
Lagu anda dah siap mastering? Tahniah! Tinggal beberapa langkah sahaja lagi lagu anda boleh diriliskan.
Tapi..
Last.. Sebelum nak rilis, kita kena semak dahulu. Nak bagi betul-betul lagu anda mencapai tahap yang maksimum dan optimum sebelum di muat naik ke Spotify, iTunes, Joox, YouTube Music dan lain-lain platform.
Perkongsian ini adalah untuk anda yang dah rakam lagu dan nak pastikan lagu yang anda hasilkan atau nyanyikan tu sedap didengar, jelas, cukup kekuatan bunyinya, berkualiti sebelum dilepaskan ke digital platform.
Ramai orang ingat proses semakan ini hanya tugas penerbit (producer) atau audio engineer sahaja. Tapi sebenarnya, anda sebagai pemilik lagu juga memainkan peranan penting. Anda juga mempunyai hak untuk melontarkan idea dan cadangan kepada penerbit dan audio engineer sekiranya lagu anda perlu dibetulkan dari segi pengadunan (mixing) dan mastering. Sebab telinga anda juga mewakili pendengar sebenar di luar sana.
Kenapa perlu semak?
Ada beberapa sebab. Salah satu yang utama adalah anda sendiri sebagai penyanyi dan pencipta lagu yang paling tahu akan lagu anda. Kadangkala emosi dan mesej asal lagu boleh hilang bila terlalu banyak aplikasi teknikal yang digunakan sewaktu mixing dan mastering.
Dengan buat semakan sendiri, anda boleh pastikan semua elemen penting seperti vokal, mood, dan kekuatan lagu dapat dikekalkan.
Apa yang perlu disemak?
1. Vokal
Ini yang paling utama. Anda sendiri yang menyanyi lagu anda, sudah tentu ini perkara paling utama yang anda perlu semak.
Cuba anda Tanya diri anda selepas anda dengar lagu anda :
• vokal lagu ini jelas atau tak? Terlalu timbul atau perlu perlahankan sikit?
• Bingit atau tak?
• Tajam atau tak?
• Seimbang tak dengan muzik?
2. Keseimbangan muzik & effect
• Anda boleh semak sama ada setiap instrument “blend” dengan baik atau tidak.
• Ada instrument yang perlu kedepan di bahagian tertentu seperti Gitar solo?
• Bass dan Kick drum cukup “glue” tak untuk bagi kedengaran lebih rasa groove?
Ini antara salah satu contoh semakan yang anda boleh buat. Anda punya lagu, apa yang anda rasa perlu ditambah atau dikurangkan?
Nak semak guna apa?
1. Speaker Kereta
Ini yang paling praktikal. Tempat yang sesuai untuk dengar lagu. Sambil memandu, kita boleh dengar lagu secara santai dan bersahaja.
2. Headphone atau Earphone
Sesuai juga digunakan untuk buat semakan alternative selain dari kereta. Selalunya, untuk Headphone/earphone, kita boleh semak “panning”. Maksudnya, dalam lagu apa instrument yang keluar dari bahagian speaker kiri dan kanan.
Anda juga boleh semak dari sudut kekuatan Reverb atau Delay lagu anda. Perlu kuatkan? Kurangkan? Atau tak perlu langsung?
3. Speaker handphone
Macam tak sesuaikan? Tapi masih boleh digunakan untuk buat semakan. Cumanya, kalau dengar secara terus dari speaker handphone, kita tak dapat dengar frequency bahagian bass. Memang tak dapat dengar. “Panning” pun tak dapat dengar.
Kami pernah sekali guna buat semakan guna Handphone untuk semak kekuatan reverb. Bolehlah nak cuba. Tapi tak digalakkan. Elok lagi guna speaker kereta atau headphone.
Selepas dah buat semakan, anda rasa macam nak kena ubah dan betulkan lahh..
Boleh sahaja. Hubungi semula studio atau audio engineer yang mixing lagu anda, kemudian beritahu apa yang perlu dibetulkan.
Tips tambahan supaya gerak kerja lebih teratur.
Jika anda ada bahagian yang perlu diubah dan betulkan, anda boleh buat dalam bentuk list kemudian nyatakan minit sekali.
Komentar anda perlu jelas dan straight to the point supaya proses suntingan semula berjalan lebih lancar.
Jangan tulis macam ini, pening engineer nanti.
“Bang, vokal naikkan..tenggelam”
Tulis begini :
“Bahagian chorus 2 selepas solo, minit ke 2.34, perkataan xxxx tu tak jelas, naikkan sikit..”
Tulis begini lebih detail dan straight forward.
Kemudian, boleh buat senarai jika ada banyak yang perlu dibetulkan. Ini salah satu contoh klien kami punya senarai pembetulan. (Rajin dia siap dalam bentuk PDF). Tak buat macam ni pun tak apa. Yang penting ada maklumat :
- minit
- Perkara yang nak dibetulkan.
- Cadangan tambah baik / komen

Jadi, bagaimana? Belajar sesuatu? Kalau perkongsian ni membantu, boleh kongsikan pada rakan-rakan anda yang lain juga. 🙂

