PAKEJ RAKAMAN LAGU SINGLE & DEMO
Sesi Rakaman Profesional Tanpa Kos Tersembunyi. Dari Music Arrangement Hingga Mastering, Kami Sediakan Segalanya Untuk Anda!
Berbeza dengan studio lain, Longan Garage Studio menawarkan pakej rakaman yang lebih lengkap. Kami gabungkan semua proses teknikal yang mahal ke dalam satu harga yang sangat berbaloi.
Hasilnya? Anda dapat sebuah produksi lengkap yang lebih jimat tanpa perlu berkompromi dengan kualiti.
Testimoni di atas adalah "feedback" yang kami terima dari pelanggan yang sudah rakam lagu dengan kami..
Pernahkah anda berada dalam situasi ini?
- Lagu Dah ada, Tapi Buntu? – Anda sudah ada lirik dan melodi, tetapi langsung tiada idea apa langkah seterusnya untuk pasarkan karya tersebut ke platform digital.
- Cuba Rakam Sendiri, Tapi Hasilnya 'menyedihkan' – Pernah cuba rakam guna telefon atau komputer di rumah, tetapi hasilnya tidak setaraf kualiti radio kerana kekangan alat dan kepakaran teknikal.
- Side Income – Anda tahu lagu yang dicipta mampu menjana royalti dan pendapatan sampingan, tetapi potensi itu terkubur begitu sahaja.
- Karya Hanya tersimpan di Voice Notes Telefon – Sayang sekali apabila berpuluh-puluh idea lagu kreatif yang bernilai tinggi hanya tersimpan dalam telefon dan tidak pernah diterbitkan untuk didengar masyarakat luar.
- Demo Tidak Meyakinkan – Anda pasang impian nak hantar karya kepada Recording Label besar, tetapi terpaksa batalkan niat sebab tiada material demo yang berkualiti profesional untuk dinilai oleh mereka.
- Takut Studio Tak Faham 'Jiwa' Lagu – Ada rasa bimbang dan fobia sekiranya pihak producer atau studio gagal menterjemahkan konsep dan kehendak asal lagu yang ada di dalam kepala anda.
- Mencari-Cari Langkah Pertama – Sebagai orang baru dalam industri muzik, anda merasa kerdil dan sangat memerlukan bimbingan langkah demi langkah daripada mereka yang berpengalaman.
- Trauma Lagu Tak Siap-siap! – Pernah keluar modal dan rakam di studio lain sebelum ini, tetapi kecewa apabila projek lagu anda tergantung berbulan-bulan dan tak siap-siap.
- Lagu AI Yang Hilang 'Jiwa Manusia' – Anda bereksperimen cipta lagu guna Artificial Intelligence (AI), tetapi muziknya terasa kaku, robotik, dan anda buntu bagaimana nak ubah semula susunan muzik tersebut supaya kedengaran lebih organik, hidup, dan menyentuh emosi manusia.
Testimoni Pelanggan Kami
Ramai bakat-bakat baru terdiri daripada komposer, penulis lirik dan juga penyanyi yang telah merakamkan lagu bersama Longan Garage dan juga mendapat bimbingan untuk kembangkan karya mereka.
"...Apa yang saya inginkan, Longan Garage dapat berikan..."
Lagu Single Ijam Majid yang bertajuk Permainanmu, mendapat tempat di 4 stesen radio di Indonesia antaranya radio Tasik Malaya, radio Sukabumi, radio Kalimantan Tengah dan radio streaming Indonesia.
"...Harga yang munasabah dan kualiti mencapai standard..."
Tercetusnya Tuan Armin untuk terus rakamkan lagu bersama Longan Garage adalah kerana harga berpatutan dan kualiti yang mencapai piawaian. Tuan armin telah rakam lagu bersama kami sebanyak 4 buat lagu. Salah satu lagu beliau dinyanyikan oleh penyanyi dari Indonesia, Andrey Arief.
Dengar Hasil Rakaman Lagu Bersama Longan Garage
Bukan itu sahaja, Kami juga berikan
- Ebook - buat Duit Dengan Lagu, Strategi pemasaran lagu, dan rilisan digital.
- Akses penuh sesi konsultansi PERCUMA secara terus dengan team kami.
Apa yang anda dapat belajar dari E-Book ini ?
Bila anda melangkah masuk ke dunia rakaman, impian anda tidak sepatutnya terhenti selepas lagu siap dirakam. Kami tahu, ramai bakat baru rasa buntu tentang apa yang perlu dibuat selepas itu. Sebab itu, dalam E-book ini, kami bongkarkan strategi sebenar industri muzik khas untuk anda:
Â
- Rahsia Menjana Royalti & Hak Cipta Karya – Kami tunjukkan jalan paling telus bagaimana anda boleh buat duit poket berterusan melalui hasil titik peluh sendiri. Anda akan belajar cara mendaftar lagu sebagai hak cipta rasmi dan langkah demi langkah untuk menjadi ahli MACP.
Â
- Formula Pasarkan Lagu Cara ‘Online’ & ‘Offline’ – Strategi lengkap untuk hantar lagu anda ke stesen radio tempatan dan teknik berkesan gunakan media sosial seperti TikTok, Facebook, dan Instagram untuk tarik peminat setia tanpa keluar modal besar.
Â
- Panduan A-to-Z Masuk Spotify & Apple Music – Anda tidak perlukan syarikat rakaman besar lagi. Kami ajarkan cara paling mudah untuk edarkan lagu single anda ke platform digital utama dunia seperti Spotify, iTunes, TikTok, dan YouTube Music.
Â
- Strategi Dapat ‘Show’ Berbayar Melalui YouTube – Bagaimana mahu gunakan platform video anda bukan sekadar untuk suka-suka, tetapi sebagai portfolio rasmi yang mampu menarik penganjur acara untuk ambil anda membuat persembahan pentas.
Â
- Ilmu Urus Kewangan, Kos & Jualan Pentas – Bila nama anda mula naik dan tawaran menyanyi mula datang, cara urus duit itu sangat penting. Kami kongsi panduan mudah bagaimana nak kira kos pengangkutan, bayaran pemuzik, dan cara tetapkan harga (pricing) setiap kali anda dipanggil buat persembahan.
#FAKTA :
- Servis rakaman di studio lain menawarkan pakej harga berasingan setiap servis (Music Arrangement, Mixing, Editing & Mastering - Harga jadi melabung MAHAL!
- Bayaran kiraan mengikut jam - Tak tahu berapa jam ambil masa nak rakam. lagi lama jam, lagi tinggi kos!
- Kebanyakkan studio mensasarkan artis dan penyanyi sepenuh masa sebagai pelanggan mereka . Bukan untuk penyanyi yang baru nak mula.
Rakaman pakej Single & Demo dapat jimatkan ribuan ringgit duit anda. Kerana..
- Anda tak perlu bayar sejumlah besar duit untuk producer dan pemuzik yang ramai.
- Anda tak perlu bayar servis berasingan kerana pakej kami lengkap dari awal sehingga siap lagu.
- Studio kami menggunakan perisian digital, bukan Hardware. Sebab itu kami boleh tawarkan harga lebih murah.
- Sasaran pelanggan kami adalah penyanyi yang baru ceburi industri muzik, hobi muzik dan penyanyi/pemuzik separuh masa.
Studio kami menggunakan :
- Cubase 13 (Software Utama)
- WA-47jr Fet Condenser Microphone
- RME Babyface (Audio Interfaces)
- EZ Drummer 3 & Steven Slate Drum 5.5
- Komplete 14 Ultimate
- UAD Spark Plugin (Mixing)
- Slate Digital All Access Plugin (Mixing)
- Izotop 11 Plugin (Mastering)
- Waves Plugin (Mixing)
- Bias FX 2 Plugin
kami menggunakan 100% perisian (software), dan Plugin original
Lihat perbandingan dua pakej yang kami tawarkan ini untuk
memudahkan anda membuat pilihan
Rakaman
DEMO
Pakej ini sesuai untuk anda yang ingin membuat koleksi peribadi atau "propose" lagu ke Syarikat rakaman / label
(PALING JIMAT)
-
Music Arrangement
-
Guitar (Live)
-
String / Pad (Program)
-
Piano (Program)
-
Bass (Live)
-
Drum (Program)
-
Synth / Keys (Program)
-
Backup Vocal
-
Vocal
-
Editing
-
Mixing
-
Mastering
Rakaman
SINGLE
Pakej ini sesuai untuk anda yang sudah mempunyai lirik dan melodi. Kami bantu siapkan lagu anda sepenuhnya.
(PALING BERBALOI)
-
Music Arrangement
-
Guitar (Live)
-
String / Pad (Program)
-
Piano (Program)
-
Bass (Live)
-
Drum (Program)
-
Synth / Keys (Program)
-
Backup Vocal
-
Vocal
-
Editing
-
Mixing
-
Mastering
Rakaman
SINGLE
PAKEJ PREMIUMKesemua Instrumen dimainkan secara Live oleh Pemuzik Profesional
(PALING PRO !)
-
Music Arrangement
-
Guitar (Live)
-
String / Pad (Live)
-
Piano (Live)
-
Bass (Live)
-
Drum (Live)
-
Synth / Keys (Live)
-
Backup Vocal
-
Vocal
-
Editing
-
Mixing
-
Mastering
