Biografi

Syahir Miswan merupakan seorang penerbit muzik, jurutera audio, dan pengasas kepada Longan Garage Studio, sebuah jenama yang kini menjadi tumpuan bagi penggiat seni di Malaysia. Beliau memegang ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Kewangan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), namun minat yang mendalam terhadap seni muzik telah mendorong beliau untuk menceburi bidang perniagaan kreatif. Bagi memastikan kualiti teknikal yang terbaik, Syahir Miswan telah memperkukuhkan kemahirannya melalui pengajian pengkhususan dalam bidang rakaman antaranya adalah Yamaha Music Malaysia, dan RML Studio.

Kerjaya beliau dalam industri ini bermula pada tahun 2011 menerusi penubuhan sebuah studio jamming. Walau bagaimanapun, menyedari permintaan pasaran yang semakin meningkat dalam rakaman audio dan muzik, beliau telah melakukan transisi sepenuhnya untuk memberikan fokus kepada perkhidmatan rakaman audio, gubahan muzik (arrangement), serta proses mixing dan mastering. Sepanjang beroperasi, antara barisan artis ternama tanah air yang pernah membuat rakaman di Longan Garage Studio adalah Haqiem Rusly, Imran Ajmain, Tasha Manshahar, Nizam Laksamana, Wani, Isma AF, Le Rumba, Shiha Zikir, Azmani, X Factor, Zara Zya, dan Syafeek Ikwan.

Dalam sektor korporat dan kerajaan, kewibawaan Syahir Miswan terbukti melalui penghasilan lagu-lagu rasmi bagi agensi berimpak tinggi. Antara karya beliau adalah Lagu Korporat KOSPEN serta lagu kempen kesihatan nasional “Suku Suku Separuh” untuk Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, beliau turut bertanggungjawab menerbitkan lagu korporat bagi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). Beliau juga menunjukkan keprihatinan sosial dengan menerbitkan lagu khas untuk Kanak-kanak Autisme sebagai medium bantuan mengajar yang efektif.

Tahun-tahun kebelakangan ini menyaksikan penglibatan Syahir Miswan dalam projek-projek berskala besar dan produksi televisyen. Pada tahun 2024, beliau memainkan peranan penting dalam pembikinan susunan muzik mingguan bagi pasukan Shiha Zikir dan Ieda Zikir sehingga mereka dinobatkan sebagai Juara dalam pertandingan Famili Duo Musim 4 di TV3. Momentum ini diteruskan dengan penglibatan beliau dalam pembikinan muzik bagi Konsert Meletop Era anjuran ASTRO. Menjelang tahun 2025, beliau diberi kepercayaan untuk memberikan nafas baru melalui susunan muzik bagi lagu-lagu yang akan dipersembahkan oleh Shiha Zikir dan Wani Kayrie sempena Persembahan Pembukaan ASEAN 2025.

Walaupun kini beliau menumpukan sepenuh perhatian kepada kerja-kerja produksi di studio, Syahir Miswan mempunyai latar belakang yang kukuh dalam seni persembahan. Sehingga tahun 2018, beliau aktif sebagai pemuzik persembahan akustik untuk majlis-majlis korporat dan resepsi eksklusif. Antara kemuncak kerjaya persembahannya adalah peluang keemasan membuat persembahan di hadapan Yang Dipertuan Agong ke-14, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh kerabat diraja. Kini, kepakaran tersebut disalurkan sepenuhnya di sebalik tabir bagi memacu kualiti muzik di Longan Garage Studio.

Mohd Syafiq Miswan mendapat pendidikan Diploma Kesihatan dan Kecergasan UiTM Shah Alam seterusnya menyambung ke peringkat sarjana muda (kepujian) Sains Sukan. Berpeluang berkhidmat di Bahagian Pengenalpastian Bakat, Institut Sukan Negara selama 6 tahun sejak 2007. Beliau meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Sains (Sains Sukan) di universiti yang sama, dan ditawarkan sebagai pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi di UiTM Arau Perlis. Merupakan Koordinator Kursus Fakulti ketika ini, tapi punya waktu untuk bermuzik di waktu lapang.

Minat bermain muzik sejak dibangku sekolah dan mula memetik gitar seawal 14 tahun. Mula jamming bersama teman-teman dan dipengaruhi budaya rock dari barat yang kental. antara karya yang terhasil adalah EP Soul Meets Rox ‘Jatuh Hilang Terang pada 2014 dan terlibat dengan pelbagai idea belakang tabir. Sebagai co-founder untuk longan Garage, mahu melihat syarikat ini terus maju dan sma-sama berjuang dalam industri hiburan tanah air.

Mohd Shah Kamarudin merupakan anak jati negeri Selangor dan sentiasa menunjukkan minat yang mendalam di bidang seni. Mendapat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sains Pemakanan dan melanjutkan pengajian Sarjana dalam bidang Sains Sukan di Universiti Teknologi MARA. Disebabkan minat yang mendalam dalam penghasilan bahan-bahan kreatif, beliau aktif mengambil tempahan hantaran perkahwinan di antara tahun 2008- 2013.

Semasa bekerja di Institut Sukan Negara pada tahun 2011, beliau baru mula mengenali sahabat di Longan Garage Studio. Ketika inilah kumpulan Soul Meets Rox (SMR) ditubuhkan dan shah merupakan vokalis bagi kumpulan SMR. Kini beliau bekerja sebagai Pegawai Pemakanan di Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Selaras dengan bidang yang diceburi sekarang, Shah turut terlibat dalam penghasilan lagu-lagu program Kementerian Kesihatan sebagai penulis lirik seperti Lagu Suku- suku Separuh, Peneraju Pemakanan Negara dan KOSPEN (Komuniti Sihat Pembina Negara). Kini beliau aktif menghasilkan pelbagai resepi masakan sihat di Instagram dan facebook beliau.

Azizi Azizan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Batu Sembilan, Cheras. Di sinilah bermulanya detik pertemuan dan perkenalan dengan beberapa ahli Longan Garage yang lain. Dari bualan kosong dan angan-angan, idea untuk menubuhkan studio sendiri sering menjadi topik utama perbualan sejak di bangku sekolah lagi. Dengan minat yang mendalam dalam bidang muzik dan semangat ingin mencuba, maka terlahirlah Longan Garage Studio pada 2011.

2011, tahun permulaan Longan Garage Studio, juga merupakan tahun permulaan kareer perubatan beliau sebagai doktor di Australia. Kekangan kerja dan jarak fizikal ternyata sedikit sebanyak telah merencatkan aktiviti muzik beliau. Kini, beliau bertugas sebagai doktor di unit rawatan rapi (ICU) di salah sebuah hospital besar di Australia. Walaupun sibuk dengan bidang kerja dan keluarga, namun di hati kecil, beliau masih menaruh harapan untuk meluaskan minatnya di bidang muzik jika berkelapangan di masa hadapan.

Mas Rizat berasal dari Cheras, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di SMK Perimbun, Cheras. Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang perakaunan dan kini memegang Ijazah Sarjana Perakaunan (Master in Accountancy). Selepas tamat pengajian sarjana muda dalam bidang yang sama, beliau bertugas sebagai Juruaudit Luar (External Auditor) di salah sebuah firma audit di ibu negara. Kini beliau bertugas sebagai pensyarah di UiTM Cawangan Melaka dan sedang menyambung pengajian dalam program professional perakaunan, ACCA.

Mengenai pembabitan Mas Rizat dalam Longan Garage Studio, beliau sudah mengenali majoriti ahli Longan Garage Studio hampir 25 tahun lamanya. Antara ahli terawal dalam menubuh dan membangunkan Longan Garage Studio, beliau menggunakan kepakarannya dalam bidang perakaunan dan kewangan dalam menguruskan hal-hal perakaunan, kewangan dan aliran tunai pada awal-awal penubuhan studio ini. Sepanjang penubuhan Longan Garage Studio, beliau lebih banyak menguruskan perkara-perkara pengurusan belakang tabir dan menyerahkan segala urusan operasi kepada ahli-ahli yang lain. Kini beliau masih bergiat dalam pengurusan Longan Garage Studio.

Langgan Newsletter kami untuk dapatkan maklumat terkini servis, harga promosi, tip muzik, events, dan peluang kerjaya.