Perkhidmatan Rakaman Lagu Jingle
Tarik perhatian bakal pelanggan anda dengan lagu
Jika saya minta anda bacakan ayat di bawah ini, apa yang bermain difikiran anda? Apa yang anda fikir?
Adabi… Melazatkan…
Adabi.. Menyelerakan…
Mengandungi berbagai rempah..
Melazatkan kari dan kuah…
Saya suruh baca, bukan nyanyi. Hehe!
Mari kita cuba lagi. Baca lagi ayat di bawah ini.
Ibu..Ibu..
Engkaulah Ratu Hatiku..
Bila ku berduka…
Engkau hiburkan selalu..
Ibu ibu…
engkaulah Ratu Hatiku…
Bagaimana? Baca sahaja ayat di atas buatkan kita ingat Jenama produk tersebut kan?
Begitulah kesan Lagu Jingle pada pendengar dan pengguna. Mereka yang kerap kali mendengar sesebuah lagu akan cepat ingat kepada lagu tersebut.
Secara tidak langsung akan ingat kepada jenama sesebuah produk atau sesebuah perniagaan itu.
Jenama Adabi (sebagai contoh) memang sudah bertapak lama dalam pasaran. Produk-produk Adabi sememangnya sinonim kepada para ibu dan peniaga-peniaga yang menyediakan juadah makanan.
Kekuatan Adabi makin terserlah apabila mereka mengukuhkan lagi jenama mereka melalui kempen pemasaran di setiap ruang media masa melalui lagu Jingle mereka yang catchy, senang hafal, dan segar di telinga.
Sehingga sekarang kita masih lagi boleh ingat melodi lagu tersebut!
Anda sebagai pemilik perniagaan, anda cuba bayangkan jika anda di tempat Adabi?
Bagaimana respon dan penerimaan pengguna terhadap produk dan perkhidmatan anda?
Sudah tentu memberikan kesan yang sangat positif.
Kenapa pemilik perniagaan perlu ada jingle?
- Mengukuhkan jenama anda di pasaran yang semakin sengit.
- Pengguna akan lebih ingat jenama anda berbanding pesaing anda.
- Muzik dan lirik sebagai alat untuk tarik perhatian kumpulan sasaran anda dan menimbulkan minat mereka untuk membeli
- Jingle bertindak sebagai agen jualan anda secara tidak langsung
- Senjata pemasaran yang berkesan, ianya pelengkap kepada kempen pemasaran anda.
- Iklan berbentuk video mampu tangkap "mata" yang melihat. Jingle pula mampu tangkap "telinga" yang mendengar.
Kami sangat berbesar hati sekiranya kami dapat bantu melonjakkan jenama perniagaan anda.
Pasaran semakin sengit dengan kemunculan produk-produk yang semakin banyak.
Tekan Butang “Play” Untuk dengar Contoh Jingle
Untuk pakej ini, kami akan bantu buatkan sepenuhnya untuk anda. Termasuk:
- Lirik
- Melodi (Lagu)
- Penyanyi disediakan
- Susunan muzik
- Kerja-kerja proses rakaman
- Suntingan & Mixing sehingga lagu siap sepenuhnya...
Dengan pelaburan sebanyak anda mampu mengukuhkan Jenama anda di dalam pasaran yang semakin sengit ini.
Sekiranya anda berminat atau mempunyai sebarang soalan, boleh klik butang di bawah untuk berurusan dengan kami. Klik butang dibawah sekarang!