FAQ

Soalan Lazim (FAQs)

1. Berapa anggaran harga rakam lagu di Longan Garage Studio?

Anggaran harga yang kami tawarkan kepada pelanggan kami secara kasarnya diantara RM600-RM5500 dan ke atas untuk rakaman 1 lagu. Harga bergantung kepada bilangan pemuzik yang terlibat dalam pembikinan lagu, jenis rakaman, alatan muzik dan pakej yang disediakan. 

2. Di Longan Garage Studio, ada menawarkan harga ikut pakej atau tak?

Ya, ada! Kami mempunyai 3 pakej. Iaitu Demo (RM600/lagu), SINGLE (RM1700), dan Rakaman SINGLE PREMIUM (RM5500 dan ke atas)

Untuk ketahui lebih lanjut perbezaan kedua-dua pakej ini, klik pada link ini: https://longangarage.com/rakaman-lagu/

3. Berapa harga kos sewa studio untuk rakaman?

Harga sewa studio untuk sesi rakaman adalah RM100/jam tidak termasuk harga suntingan (editing). Tetapi sekiranya anda rakam vokal + editing vokal + Mixing dan Master, kami berikan harga pakej iaitu RM550/lagu.

4. Harga pakej rakam lagu sudah termasuk sekali dengan suntingan (editing), mixing dan mastering ke?

Ya! Harga pakej sudah termasuk bermula dari susunan lagu / music arrangement, rakaman vokal dan alat muzik, editing vokal, mixing dan juga mastering.

5. Longan Garage Studio menggunakan software, plugin dan audio interfaces apa?

Di Longan Garage Studio kami menggunakan :

  • Cubase 13 – Software Utama
  • RME Babyface – Audio Interfaces
  • Steven Slate Drum 5.5
  • Komplete 14 Ultimate
  • UAD Spark Plugin
  • Slate Digital All Access Plugin
  • Izotop 11 Plugin
  • Waves Plugin
  • Bias FX 2 Plugin

6. Selain dari rakam lagu, apa lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Longan Garage Studio?

Selain rakaman lagu, kami juga menyediakan perkhidmatan cipta/kompos lagu, rakaman lagu jingle dan iklan, rakaman voiceover, post-audio production dan juga rakaman live cover kepada pelanggan kami. Klik di link ini:
https://longangarage.com/

7. Kenapa perlu pilih Longan Garage Studio berbanding studio lain?

Pelanggan-pelanggan kami terdiri dari latar belakang yang berbeza. 80% pelanggan kami adalah mereka yang bukan artis mahupun sebagai penyanyi sepenuh masa. Oleh itu, kami sangat memahami apa yang dikehendaki oleh pelanggan kami. Studio kami berbeza berbanding studio rakaman lain dari segi servis perkhidmatan. Kami sangat menitikberat khidmat pelanggan kami. Klik SINI untuk lihat testimoni pelanggan-pelanggan yang datang ke studio kami

8. Bagaimana saya nak booking studio?

Mudah sahaja. Anda boleh buat panggilan atau whatsapp di nombor 014-7314047. Maklumat lanjut berkenaan lokasi studio boleh klik link ini: https://longangarage.com/hubungi-kami/

9. Saya mampu ke untuk rakam lagu di Longan Garage Studio?

Jangan risau. Harga yang kami tawarkan sangat berbaloi dengan apa yang anda akan dapat. Anda boleh bandingkan harga kami dengan harga yang ditawarkan oleh studio lain. 

Anda bukan sahaja akan dapat rakam lagu dengan kami, tetapi juga kami akan bantu anda bagaimana untuk pasarkan lagu anda, daftar MACP (untuk menjadi ahli dan layan untuk mendapat royalti), daftar untuk rilisan digital seperti Spotify, iTunes, Joox, YouTube Music, dan lain-lain platform. 

Anda tidak perlu risau lagi sekiranya anda buntu tak tahu hendak buat apa dengan lagu anda. Kami susun strategi dan step ini dalam Ebook yang kami berikan secara PERCUMA kepada pelanggan yang rakam Pakej Single dengan kami : https://longangarage.com/rakaman-lagu/

10. Waktu operasi Longan Garage Studio bermula jam berapa?

Waktu operasi Longan Garage Studio adalah seiap hari (kecuali cuti umum). Sekiranya anda ingin datang ke studio kami, boleh buat temu janji dahulu untuk booking sesi bersama kami.

11. Tapi saya nak rakam lagu di luar waktu operasi Longan Garage Studio. Boleh ke?

Semestinya boleh! Anda hanya perlu book sesi waktu dan tarikh anda. Whatsapp/buat panggilan ke 014-7314047 untuk book sesi rakaman.

12. Boleh saya datang ke studio untuk melawat?

Boleh! Kami juga menyediakan sesi konsultansi secara PERCUMA kepada pelanggan kami. Sesi ini akan di adakan di studio kami. Jadi anda boleh tanya segala pertanyaan yang anda ingin tanya. Tiada bayaran dikenakan.

13. Bila saya perlu bayar deposit dan juga baki bayaran?

Deposit dikenakan selepas invoice telah pun diberikan kepada pelanggan. 40% untuk deposit, manakala bayaran baki 60% adalah selepas lagu/projek telah siap sepenuhnya.

14. Jika lagu dah siap, tetapi perlu penambahbaik (amendment), adakah kena cas tambahan?

Untuk amendment kali pertama, tiada bayaran akan dikenakan. Untuk kali yang kedua dan seterusnya, ada bayaran tambahan. (bergantung pada negosasi)

15. Adakah saya boleh bayar melalui bank in atau transfer?

Boleh! Anda boleh buat bayaran secara atas talian (transfer) dan juga bank in deposit. Pastikan resit disimpan dan di emailkan ke admin@longangarage.com atau whatsapp ke 014-7314047. Semua jenis bayaran hendaklah di lakukan keatas no akaun ini:

860 2255 244
SA Vertical Ventures
CIMB Islamic Bank

16. Di Longan Garage Studio ada disediakan ruang untuk solat dan rehat?

Ada! Jangan risau. Studio kami mempunyai ruang solat untuk pelanggan yang ingin menunaikan solat. Kami juga menyediakan ruang rehat/menunggu untuk pelanggan yang menunggu di luar bilik rakaman.

17. Apa yang saya perlukan sebelum sesi rakaman di studio?

Soalan yang baik. Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum sesi rakaman. Semestinya persediaan dari segi kesihatan, latihan dan juga persediaan sebelum menyanyi. Klik link ini untuk ketahuinya: https://longangarage.com/blog/category/tips-nyanyian/

Sekiranya anda ingin dapatkan tips berkenaan nyanyian dan muzik yang lain, boleh layari ke blog kami : https://longangarage.com/blog/