Aplikasi AI Muzik sekarang sudah makin popular dalam kalangan pengkarya bukan sahaja di Malaysia, tetapi boleh dikatakan seluruh dunia menggunakannya.
Bukan yang amatur sahaja, yang professional pun ada sebahagian komposer, penerbit muzik gunakan.
AI Muzik ni apa? Secara ringkasnya, ia adalah alat untuk kita cipta muzik, cipta lirik dan melodi lagu.
Dah cuba? Dah cuba guna?
Gunalah. Explore. Tak salah pun.
AI itu hanya alat sahaja. Gunalah alat itu sebaiknya. Memang best! Senang kerja. Secara jujur, kami pun guna! 🙂
Tapi..
Sebaik-baik dan sebagus-bagus AI Muzik ini, ada juga sisi buruk yang kita kena berwaspada dan berjaga-jaga. Takut tujuan asal kita tersasar.
Jom kami kongsikan sikit sisi buruk kalau cipta lagu guna AI Muzik.
#1 Proses belajar dan faham ciptaan lagu – Hilang.
Bila kita terlalu bergantung (saya guna perkataan terlalu bergantung), maksudnya, kita tak ada input/bahan mentah/raw idea – kemudian kita serah 100% kepada AI janakan lagu untuk kita.
Sedangkan, dalam proses nak mencipta sesebuah lagu, kita perlukan :
a. Memahami struktur lagu. (Verse, Pre Chorus, Chorus, Bridge, dan lain-lain).
b. Proses mencipta lirik dan melodi
c. Meletakkan emosi dalam muzik.
Perasan tak, masa kita prompt, kadang-kadang melodi yang AI bagi bersepah-sepah, susunan struktur entah kemana-mana, perkataan (lirik) yang kadangkala tak sesuai untuk dijadikan lirik lagu – Emosi jadi kosong.
Siapa yang selalu dan pernah cipta lagu sendiri (tanpa AI), pasti akan perasan benda ini.
Pertama kali prompt, rasa hebat dan teruja sebab ada teknologi sedasyat ini boleh hasilkan sebuah lagu dalam masa yang sangat singkat. Bila lama-lama prompt, melodinya seakan berulang-ulang, melodi yang agak bosan. Lirik yang terhasil sedikit kaku.
#2 lagu yang dijana tidak mencerminkan jiwa sebenar pengkarya.
Rentetan dari #1 tadi, kita akan dapat hasil yang kurang jiwa. Sebab? Emosi yang disampaikan bukan dari jiwa kita.
AI tidak ada pengalaman, emosi, dan faham akan budaya kita. Ai tidak mempunya cukup data dan belum cukup “pandai” untuk ciptakan kita 100% lagu yang kita inginkan, melainkan kita sendiri yang perlu menyediakan bahan mentah kepada AI.
Tak percaya? Cuba try minta AI buat lagu Joget Inang dari kosong sampai siap. Haha!
Saya pernah cuba. Entah apa-apa jadinya.
Contoh ; Kita minta AI jana lagu berentak balada. Hasilnya, muzik sedap, tapi rasa janggal. Melodi dan feel Balada Malaysia tu rasa tak sampai. Malaysia punya melodi Balada ada lenggok yang tersendiri. AI belum cukup mahir dan sukar untuk jana.
#3 Hilang kemahiran mencipta.
Bila kita terlalu bergantung pada AI, lama-lama skil memerah otak akan hilang. Kemahiran mencipta lagu tiada. Proses mencipta lagu memang memenatkan otak. Siapa yang pernah laluinya, pasti tahu. Kadang-kadang sampai stresslah nak siapkan 1 rangkap.
Mencipta lagu adalah salah satu kemahiran. Ianya skillset yang bukan semua orang ada. Hanya orang tertentu yang ada bakat mencipta lagu. Saya sendiri, tak pandai langsung cipta lagu.
Kalau cara kita guna AI muzik ini secara semberono, rasanya lagi 10-15 tahun, kemahiran cipta lagu itu sendiri akan pupus.
Guna AI Muzik dengan sebaiknya. Bukan bergantung sepenuhnya.
AI Muzik ini sangat membantu – Yang ini kita tak nafikan. Untuk mereka yang tak tahu cipta lagu/tak pernah cipta lagu, AI Muzik alat bantuan yang perlu anda gunakan.
Tetapi, kita tidak boleh terlalu bergantung sehingga meletakkan 100% kepada AI untuk buatkan lagu kita, tertutamanya kepada pengkarya amatur. Ianya boleh jadi penghalang proses kreatif dalam jangka masa panjang.
Jadinya, boleh ke tak nak guna AI muzik ni?
Boleh.
Gunalah.
Ini beberapa cadangan saya cara yang lebih praktikal nak guna AI Muzik.
- Guna AI Muzik sebagai pembantu anda. Bukan sebagai pencipta utama untuk anda.
Dalam Suno (Sebagai contoh), ada fungsi muat naik audio. Disitu anda boleh muat naik nyanyian humming anda. Suno akan bantu anda untuk perkemaskan humming anda cipta.
Dalam situasi ini, Suno hanya bantu sahaja, melodi tetap terhasil originaliti dari anda.
Atau anda sudah ada melodi untuk verse, tetapi belum ada chorus, Suno boleh bantu sambungkan melodi Chorus untuk anda.
- Cuba prompt hanya muzik instrumental.
Maksudnya tiada vokal. Hanya muzik. Kemudian cuba untuk humming melodi sambil menggunakan muzik yang anda telah prompt.
Dengan cara ini, anda dibantu oleh muzik sediada untuk cipta melodi anda sendiri.
- Tukar melodi dari hasil yang anda dapat.
Anda boleh prompt lagu sehingga siap. Kemudian Muat turun lagu Secara Stem. Dengan cara ini anda boleh separate kan track Vokals dan Instrumental (Muzik).
Dengan cara ini, anda boleh cuba untuk tukarkan sedikit demi sedikit melodi yang telah dijana oleh AI kepada melodi anda sendiri.
Sedikit sebanyak, cara ini boleh melatih anda untuk cipta melodi anda sendiri tanpa bergantung sepenuhnya oleh AI Muzik.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. 🙂
Nak tak saya bantu tambahbaik lagu AI anda?
Tekan sini untuk dapatkan pakej lengkap rakam lagu.