AI Dalam Dunia Muzik – Ancaman kepada Komposer?

Ramai pemain industri muzik dah mula rasa bimbang dengan kebangkitan teknolofi kecerdasan buatan (AI). Ada yang kata disebabkan AI, ramai komposer tak boleh nak cari makan. Kalau dahulu, guna khidmat Komposer, sekarang tidak lagi. Ya. Ianya berlaku. Tak dinafikan.

Tetapi, secara keseluruhan, betul ke AI ini akan musnahkan kerjaya komposer? Atau, sebenarnya tidak?

Kenapa ada sebahagian komposer kata AI akan ambil tugas komposer?

AI muzik sekarang dah canggih. 2-3 tahun yang lepas, tak sehebat sekarang. Nak cipta lagu guna aplikasi muzik AI sangat mudah. Bayangkan, hanya dengan taip beberapa perenggan ayat, dah boleh terhasilnya lsebuah lagu lengkap lirik dan muzik. Sebab itu, sebahagian komposer merasakan AI akan ambil kerja komposer.

Realiti : AI hanya alat.

Walaupun AI Nampak hebat, sebenarnya hasilnya masih lagi terhad. Ianya memang tak akan dapat tandingi hasil kerja dari seorang komposer. Jika kita bergantung 100% dari AI untuk hasilkan lagu, memang lagu tu akan jadi hilang “jiwa”, “kreativiti”, dan “semangat”.

Sebab itu, ada sebahagian komposer yang menggunakan AI, mereka tak harap 100% sepenuhnya Ai buatkan lagu untuk mereka. AI hanya alat bantu sokongan sahaja seperti untuk dapatkan idea.

AI sebagai alat bantu, bukan pengganti.

Sebahagian besar pemain industri juga bersetuju AI lebih sesuai jadi pembantu untuk komposer, bukan pengganti. Ai boleh bagi kita idea, susun chord untuk melodi yang kita cipta, boleh bantu variasi melodi asas yang kita beri.

Maksudnya, melodi asas itu tetap asalnya dari kita sendiri (komposer).

Contoh : Bila kita nak cipta lagu, akan ada beberapa lagu yang kita pilih untuk dijadikan rujukan melodi, susunan chord, lirik dan sebagainya. Bila kita guna AI, seolah-olah kita dah tak perlu guna reference lagu sedia ada. Kita mita terus idea dari AI untuk bantu kita mempercepatkan lagi proses mendapatkan idea.

Lagu tetap anda yang cipta. AI hanya mencadangkan idea dan cantikkan hasil melodi anda. Samalah macam guna software muzik. Ada autotune / pitch corrector bukan bermakna suara “hauk” boleh jadi sedap. Alat tu untuk makeup sikit-sikit je. Suara asal tetap kena bagus.

AI tambah nilai bagi komposer

Bukan semua komposer boleh nyanyi, boleh main alat muzik. Ya. Ada komposer yang memang boleh buat melodi yang bagus, boleh tulis lirik yang bagus, tapi tak pandai pun main alat muzik.

Jadi, gunalah AI untuk hasilkan demo. Jimat masa, jimat duit. Komposer boleh fokus cipta lagu banyak-banyak.

Bila dah ada plan nak rilis, baru fikri langkah seterusnya. Cari studio rakaman untuk rakam secara profesional dan proper. Nak rakam lagu? Klik sini ==> https://longangarage.com/rakaman-lagu/

Jadi, perlu risau ke tak?

Ya. Perlu risau. Dan tak perlu risau.

Risau kalau kita terperangkap dengan minda yang kekal. Stagnant. Terlalu fikirkan benda yang tak perlu. Teknologi sentiasa akan berkembang maju dan laju.

Ya. Sangat laju. Kalau kita taknak belajar benda baru dan taknak cuba untuk adapt dengan keadaan semasa, memang kita perlu risau.

Anda tak perlu risau kalau anda sentiasa peka dengan teknologi, sentiasa belajar, sentiasa cuba untuk buat benda baru. Maksudnya jenis taknak duduk diam. Ada je benda baru yang dia nak belajar.

Kesimpulan

AI memang ada potensi yang sangat besar dalam dunia muzik di masa akan datang (Sekarang baru mula). Tapi kalau nak kata AI akan ganti komposer secara mutlak, kami tak rasa begitu. Yang nak dengar lagu ni manusia. Bukan robot. Selagi mana yang dengar tu manusia, ianya masih lagi perlukan sentuhan “rasa” dan “jiwa”. “Rasa” dan “jiwa” ni, manusia yang lalui kehidupan berpengalaman sahaja yang boleh beri.

Dalam masa yang sama, berdamailah dengan teknologi. Belajar dan teroka. Tak rugi pun. Saya pernah dengar ada satu ungkapan ini, tapi saya tak ingat siapa yang cakap. Kalau anda tahu, bagi tahu saya siapa yang cakap ni :

“… AI takkan ganti kerja kita. Orang lain yang guna AI yang akan ganti kerja kita…”

arrow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *