Nak Guna ChatGPT tulis lirik lagu? Ini Cara Prompt yang lebih baik.

Nak prompt lirik bukan sekadar tulis :

“saya nak buat lagu..”

“buat kan saya lirik lagu..”

Sejak ChatGPT dan AI makin popular, makin ramai yang guna untuk bantu tilis lirik dan lagu. Tak salah. Boleh sahaja nak guna. Malah, kalau guna dengan cara yang betul, AI ini boleh jadi alat yang sangat membantu dalam proses kreatif.

Cumanya..

Ada beza kalau kita guna ChatGPT tu dengan cara yang terlalu ringkas. Lepas tu, kita sendiri rasa kecewa, kenapa lirik yang terhasil tu tak “best”, kosong, rasa tak hidup.

Contoh prompt ringkas :

“Saya nak buat lagu sedih..”

Ringkas sangat kan? Prompt terlalu ringkas dan umum.

Prinsis asas guna ChatGPT.

Sebelum kita pergi lebih jauh, ada satu perkara penting yang kita kena faham.

ChatGPT tak boleh baca fikiran kita. Dia tak tahu apa yang kita rasa, apa pengalaman yang kita lalui. ChatGPT tak tahu apa-apa pasal kita.

Dia hanya respon berdasarkan apa yang kita tulis.

Kalau kita tulis tu kabur, pendek, umum, hasilnya pun akan jadi kabur dan umum juga.

Baik. Macam mana nak prompt supaya lirik kita lebih bermakna, ada cerita, ada hala tuju, ada kisah?

#1 jangan terus suruh buat lirik.

Tetapkan dulu peranan (role) ChatGPT dahulu. Bandingkan dua ayat ini.

Prompt lemah :
“buatkan lirik sedih”.

Prompt yang lebih kemas :
“Kamu sebagai pakar dalam penulisan kreatif dan lirik yang berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam industri muzik Malaysia…”

Dengan satu ayat ini sahaja, kita sebenarnya :

• Tetapkan siapa ChatGPT itu.
• Naikkan tahap profesional.

#2 Nyatakan struktur dan susunan lirik.

Lirik yang baik dan bagus kebiasaannya ada struktur yang jelas. Jadi, jangan harap AI teka sendiri. Kita yang perlu jelaskan spesifik.

Beritahu secara spesifik seperti :

• Verse 1
• Chorus
• Verse 2
• Bridge
• Chorus

Bila struktur jelas, lirik akan jadi lebih kemas, penceritaan dalam lagu lebih tersusun.

#3 Suruh ChatGPT tanya soalan dahulu.

Ini bahagian yang ramai juga orang terlepas pandang, tapi sebenarnya penting juga iaitu kita minta ChatGPT tanya kita soalan.

Macam mana caranya?

Kita minta dia tanya kita. Masukkan ayat ini dalam prompt anda.

“Kamu perlu tanya saya seberapa banyak soalan yang releven sehingga kamu dapat maklumat dan input yang mencukupi sebelum kamu menulis lirik untuk saya..”

Siapa pernah tulis ayat seperti diatas? Pernah? Tak pernah?

Kenapa penting untuk ChatGPT tanya kita soalan?

Supaya ChatGPT boleh faham konteks lirik yang kita nak. Lirik kita akan lebih “bercerita”, lebih emosi, lirik itu seolah-olah rasai pengalaman.

Kalau tak, lirik kita akan jadi umum, tak ada identiti.

#4 AI bukan pengganti penulis lirik.

Realitinya adalah, AI tiada pengalaman hidup, tak rasa emosi, tak lalui apa yang kita lalui. Tapi, AI boleh jadi alat bantu kita gerakkan dan cambah idea, pembuka jalan, pembantu.

Selebihnya, tetaplah jiwa lagu itu datang daripada manusia.

Hasil prompt, tak semestinya kita boleh terus guna apa yang ChatGPT hasilkan. Ubahlah mana yang perlu. Kerja-kerja “refine” tetap perlu supaya lirik itu ada originaliti.

Nak guna ChatGPT untuk tuliskan lirik lagu memang boleh, tapi jangan guna secara sambil lewa. Kalau tak, hilang kemanisan “seni” itu nanti.

arrow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *