Soalan Lazim (FAQs)
1. Berapa anggaran harga rakam lagu di Longan Garage Studio?
Anggaran kos rakaman bermula dari RM600 sehingga RM5,500++ bagi setiap lagu. Harga akhir bergantung kepada pakej yang dipilih mengikut kesesuaian projek anda.
2. Di Longan Garage Studio, ada menawarkan harga ikut pakej atau tak?
Ya, ada! Kami mempunyai 3 pakej. Iaitu:
- Demo (RM600/lagu)
- SINGLE (RM1700)
- SINGLE PREMIUM (RM5500 dan ke atas)
Untuk ketahui lebih lanjut perbezaan kedua-dua pakej ini, klik pada link ini: https://longangarage.com/rakaman-lagu/
3. Berapa harga kos sewa studio untuk rakaman?
Kadar sewa studio adalah RM150/jam (tidak termasuk kos suntingan). Walau bagaimanapun, kami menawarkan Pakej Vokal Komprehensif (Rakaman + Suntingan + Mixing & Mastering) pada harga istimewa RM550/lagu.
4. Harga pakej rakam lagu sudah termasuk sekali dengan suntingan (editing), mixing dan mastering ke?
Ya, harga pakej kami adalah merangkumi keseluruhan proses produksi: bermula daripada gubahan muzik (music arrangement), rakaman vokal dan instrumen, suntingan vokal, sehinggalah ke proses mixing dan mastering.
5. Longan Garage Studio menggunakan software, plugin dan audio interfaces apa?
Kesungguhan kami dalam memberikan kualiti terbaik adalah dengan menggunakan perisian asli (original) sepenuhnya, antaranya:
DAW: Cubase 13
Audio Interface: RME Babyface
Plugins & Virtual Instruments:
- Steven Slate Drum 5.5
- Toontrack EZDrummer 3
- Komplete 14 Ultimate
- UAD Spark
- Slate Digital All Access
- iZotope 11
- Waves
- Bias FX 2
6. Selain dari rakam lagu, apa lagi perkhidmatan yang ditawarkan oleh Longan Garage Studio?
Selain rakaman lagu, kami juga menyediakan perkhidmatan cipta/kompos lagu, rakaman lagu jingle dan iklan, rakaman voiceover, lagu korporat, post-audio production dan juga rakaman lagu cover kepada pelanggan kami. Klik di link ini:
https://longangarage.com/
7. Kenapa perlu pilih Longan Garage Studio berbanding studio lain?
Pelanggan-pelanggan kami terdiri dari latar belakang yang berbeza. 80% pelanggan kami adalah mereka yang bukan artis mahupun sebagai penyanyi sepenuh masa. Oleh itu, kami sangat memahami apa yang dikehendaki oleh pelanggan kami. Studio kami berbeza berbanding studio rakaman lain dari segi servis perkhidmatan. Kami sangat menitikberat khidmat pelanggan kami. Klik SINI untuk lihat testimoni pelanggan-pelanggan yang datang ke studio kami
8. Bagaimana saya nak booking studio?
Mudah sahaja. Anda boleh buat panggilan atau whatsapp di nombor 014-7314047. Maklumat lanjut berkenaan lokasi studio boleh klik link ini: https://longangarage.com/hubungi-kami/
9. Saya mampu ke untuk rakam lagu di Longan Garage Studio?
Jangan risau. Harga yang kami tawarkan sangat berbaloi dengan apa yang anda akan dapat. Anda boleh bandingkan harga kami dengan harga yang ditawarkan oleh studio lain.
Anda bukan sahaja akan dapat rakam lagu dengan kami, tetapi juga kami akan bantu anda bagaimana untuk pasarkan lagu anda, daftar MACP (untuk menjadi ahli dan layan untuk mendapat royalti), daftar untuk rilisan digital seperti Spotify, iTunes, Joox, YouTube Music, dan lain-lain platform.
Anda tidak perlu risau lagi sekiranya anda buntu tak tahu hendak buat apa dengan lagu anda. Kami susun strategi dan step ini dalam Ebook yang kami berikan secara PERCUMA kepada pelanggan yang rakam Pakej Single dengan kami : https://longangarage.com/rakaman-lagu/
10. Waktu operasi Longan Garage Studio bermula jam berapa?
Kami beroperasi setiap hari (kecuali cuti umum). Kami menasihatkan anda untuk membuat temu janji terlebih dahulu bagi memastikan slot rakaman tersedia untuk anda.
11. Tapi saya nak rakam lagu di luar waktu operasi Longan Garage Studio. Boleh ke?
Semestinya boleh! Anda hanya perlu book sesi waktu dan tarikh anda. Whatsapp/buat panggilan ke 014-7314047 untuk book sesi rakaman.
12. Boleh saya datang ke studio untuk melawat?
Boleh! Kami juga menyediakan sesi konsultansi secara PERCUMA kepada pelanggan kami. Sesi ini akan di adakan di studio kami. Jadi anda boleh tanya segala pertanyaan yang anda ingin tanya. Tiada bayaran dikenakan.
13. Bila saya perlu bayar deposit dan juga baki bayaran?
Deposit dikenakan selepas invoice telah pun diberikan kepada pelanggan. 40% untuk deposit, manakala bayaran baki 60% adalah selepas lagu/projek telah siap sepenuhnya.
14. Jika lagu dah siap, tetapi perlu penambahbaik (amendment), adakah kena cas tambahan?
Pindaan kali pertama adalah PERCUMA. Untuk pindaan kedua dan seterusnya, caj tambahan minimum akan dikenakan berdasarkan rundingan dan tahap kerumitan pindaan tersebut.
15. Adakah saya boleh bayar melalui bank in atau transfer?
Boleh! Anda boleh buat bayaran secara atas talian (transfer) dan juga bank in deposit. Pastikan resit disimpan dan di emailkan ke admin@longangarage.com atau whatsapp ke 014-7314047. Semua jenis bayaran hendaklah di lakukan keatas no akaun ini:
860 2255 244
SA Vertical Ventures
CIMB Islamic Bank
16. Di Longan Garage Studio ada disediakan ruang untuk solat dan rehat?
Ada! Jangan risau. Kami menyediakan ruang solat yang selesa serta ruang menunggu bagi memastikan pelanggan dan rakan-rakan berasa tenang sepanjang berada di premis kami.
17. Apa yang saya perlukan sebelum sesi rakaman di studio?
Persediaan fizikal dan mental amat penting. Pastikan anda mendapat rehat yang cukup dan melakukan latihan vokal yang mencukupi. Anda boleh mendapatkan tips nyanyian dan persediaan profesional di blog kami: https://longangarage.com/blog/category/tips-nyanyian/
18. Saya tak mahir sangat menyanyi, bukan penyanyi pro. Boleh ke rakam lagu?
Jangan bimbang! Majoriti pelanggan kami (80%) bukan penyanyi profesional.
Dengan bantuan teknologi rakaman terkini dan bimbingan daripada jurutera audio kami, sesiapa sahaja yang mempunyai asas nyanyian boleh menghasilkan rakaman yang berkualiti tinggi.
Dengar contoh hasil kerja kami di: https://longangarage.com/contohrakaman/
19. Saya buat lagu guna Artificial Intelligence (AI) / Suno, boleh juga ke rakam dengan Longan Garage?
Ya, boleh! Kami meraikan inovasi teknologi muzik. Jika anda mempunyai lagu yang dihasilkan melalui AI/Suno, kami boleh membantu anda untuk memantapkan lagi kualiti audio tersebut ke tahap profesional.
Masih ada soalan?
Kami sedia membantu anda. Hubungi team kami secara terus:
- Whatsapp kami : +6014 731 4047
- Email : hello.longan@gmail.com
- Lokasi : Longan Garage Studio (Waze)
