
Persaingan dalam bidang muzik ini semakin hari semakin sengit. Semakin ramai yang jadi penyanyi, lagu dalam pasaran juga semakin bertambah dan banyak. Ianya kesan dari munculnya studio-studio rakaman yang tawarkan perkhidmatan rakaman lagu dengan harga yang mampu milik.
Selain itu, peralihan kepada dunia teknologi yang semakin berkembang maju lalu wujudnya platform media sosial yang pelbagai juga memberi kesan kepada scenario industri muzik di Malaysia.
Bagi pengkarya amatur, baru nak bermula dan juga yang sudah bertapak lama dalam industri sekali pun, ini adalah fenomena yang biasa. Ianya normal. Apabila muka-muka baru mula masuk pasaran/industri, pemain dalam padang akan makin bertambah kesannya makin tinggi persaingan. Masing-masing akan berebut dan bersaing untuk tarik perhatian pendengar. Makin ramai pendengar, makin lakulah lagu kita, kan?
Jadi, macam mana nak bersaing ni?
Dalam industri yang makin sengit ini, kita perlu ada nilai “unik”. Keunikan akan membezakan kita dari penyanyi dan lagu-lagu yang ada dalam pasaran. Dalam ilmu pemasaran, Unique Selling Point (USP) adalah faktor yang penting yang mana pemilik entiti/bisnes/brand perlu ada supaya lebih menonjol dari persaing.
Dengan mempunyai USP yang jelas, kita akan lebih memahami apa sudut pandang pendengar terhadap kita.
Apa yang uniknya lagu kita?
Apa beza kita dengan penyanyi lain?
Kenapa mereka kena dengar lagu kita?
Kenapa mereka kena “follow” kita?
Nak jadi unik, bukan semestinya kena buat perkara-perkara pelik. Bukan. Tak perlu buat perkara yang bukan-bukan untuk jadi menonjol. Kita hanya perlu jadi penyanyi yang bagus yang boleh hasilkan lagu yang bagus sudah cukup menjadikan kita unik.
Cumanya, sudut pandang bagus itu bagaimana? Rujuk balik kepada apa USP anda.
Apabila kita berbeza dari pesaing, secara tak langsung, kita akan :
#1 Fokus kepada kekuatan kita sendiri. Contoh –

Dalam pasaran, lagu berentak Balada sangat dominan di hati pendengar rakyat Malaysia umumnya. Tetapi anda tahu, diri anda tak boleh dan tak sesuai nyanyi lagu balada. Jadi, apa yang anda buat adalah anda fokus kepada kekuatan anda.
Anda tak mahir nyanyi lagu balada. Tapi anda ada kelebihan lain iaitu sangat mahir nyanyi lagu Hindustan.
Dengan kelebihan yang anda ada, anda fokus kepada sasaran golongan yang suka lagu-lagu Hindustan. Di Malaysia, ramai ke tak ramai yang suka dengar lagu Hindustan? Ramai kan? Di Malaysia, berapa ramai penyanyi yang dikenali sebagai penyanyi lagi-lagu Hindustan? Tak ramai kan?
Ini bermakna anda sudah cipta keunikan anda sendiri. Pesaing pun kurangkan?
#2 Keunikan melahirkan “raving Fan”.
Apa itu Raving Fan? – Atau dipanggil Die Hard Fan/peminat setia. Mereka ini adalah golongan yang sangat tergila-gilakan anda. Mereka ini akan sentiasa bercakap tentang anda. Mereka juga akan sentiasa kongsi cerita-cerita tentang lagu anda kepada orang lain. Apa sahaja yang anda hasilkan, mereka akan jadi orang terawal yang membeli dan mendengar lagu-lagu anda.
Contoh artis yang ada raving fan. Dato Sri Siti Nurhaliza dan Hujan (Band). Antara penyebab mereka ini kekal ke hari ini adalah sebab sokongan padu dari peminat-peminat mereka sendiri.
Semakin banyak penyanyi-penyanyi baru dan band yang muncul masuk pasaran, mereka tetap boleh bertahan, sebab keunikan mereka dan sokongan oleh raving fan.
#3 Cipta konsep tersendiri

Media sosial adalah plaform pemasaran yang sangat berkesan. Media sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube, atau TikTok, adalah platform untuk kita dapatkan audience/follower dan juga bina hubungan Bersama audience/follower kita.
Jika kita rujuk kepada persoalan tentang USP kita, apa sebab atau apa cara nak “pancing” follower baru dan lama untuk terus ikut perkembangan kita di media sosial? Semestinya content kita kena menarik dan cukup unik.
Contoh – kita nyanyi lagu Di Matamu – Sufian Suhaimi dengan muzik dan nyanyian ala-ala Hindustan. Unik kan?
Nak mencipta keunikan, bukan perkara mudah, walaupun ianya satu strategi yang sangat berkesan bagi memastikan kita kekal dapat bersaing dalam padang yang penuh dengan pemain. Ianya memerlukan masa, idea, dan cubaan demi cubaan. Trial and error.
Pokok pangkalnya, mesti mahu cuba, cuba dan cuba. Belajar sesuatu?
LAMA DAH MENCARI STUDIO YANG BOLEH BANTU ANDA SIAPKAN LAGU SEHINGGA KE PROSES RAKAMAN? KLIK SINI!
Muat turun E-Book PERCUMA cara bagaimana nak dapat royalti dengan lagu yang anda cipta. Klik sini!

