Rakam vokal sendiri dirumah, lebih jimat duit dan masa

alatan rakaman rumah


alatan rakaman rumahSekiranya anda seorang yang minat menyanyi dan mencipta lagu, sudah tiba masanya untuk anda cuba “explore” benda baru, iaitu Recording.

Sebenarnya, rakaman (Recording) ini tak susah seperti yang anda bayangkan.

 

“…macam mana nak setup ni…?”
“…bunyi tak keluar la…”
“…Saya tak pandai guna software…”
“…macam susah je guna audio interfaces ni…”

 

Bagi pemula atau anda yang baru-baru nak berjinak, memang rasa susah. Tapi, jangan risau. Selagi mana anda mempunyai minat dan rasa ingin tahu menebal dalam diri, ianya akan jadi mudah.

alatan rakaman rumah

Alatan yang anda perlu ada cukup dengan Mikrofon, laptop/computer, audio interfaces, headphone, dan software. Ini sahaja. Dah cukup untuk and amula aktiviti rakaman di rumah anda.

 

Banyak kelebihan sebenarnya bila anda ada set rakaman ni dirumah.




#1 Jimat masa dan waktu lebih fleksibel.

jimat masa dan wang

Anda tak perlu travel jauh untuk datang ke studio. Bukankah itu menjimatkan masa anda? Dan anda bebas untuk pilih waktu yang sesuai untuk anda rakam. Tak perlu ikut waktu studio.

 

#2 Jimat kos

Kos akan lebih murah dari segi kos minyak & tol. Kos rakaman lagu juga lebih jimat. Sebabnya, dalam pakej rakaman lagu, harga untuk masa rakaman vokal di studio sudah tidak lagi dimasukkan dalam pakej, jadi harga akan lebih jimat.

 

#3 Boleh buat content/rakam cover

Bila dah ada alatan rakaman sendiri dirumah, takkan nak biarkan begitu sahaja kan? Inilah masanya anda nak tingkatkan lagi content anda dengan rakaman yang lebih berkualiti. Kalau sebelum ini, anda mungkin hanya rakam guna smartphone sahaja. Tapi bila dah ada alatan sendiri, upgrade sikit content anda, kan?

boleh buat content rakam cover




#4 Boleh jana pendapatan sampingan

Permintaan pasaran agak tinggi untuk penyanyi demo atau talent Voice Over. Disebabkan tak ramai yang memiliki alatan rakaman sendiri dirumah, persaingan agak kurang. Inilah masanya anda rebut peluang yang ada untuk tambah pendapatan.

 

arrow

KAMI NAK BERIKAN MIKROFON PERCUMA UNTUK ANDA – KLIK SINI!

Ketahui cara bagaimana Komposer & Penulis lirik jana pendapatan melalui royalti. Muat turun ebook Percuma Sekarang!




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *