
Rakyat Malaysia ni memang suka menyanyi. Shopping Mall ada pusat karaoke. Majls Resepsi kebanyakkannya ada persembahan nyanyian. Nak buat apa-apa majlis pembukaan / penutupan mesti akan ada artis yang buat persembahan. Merata-rata tempat, ada nyanyian.
Nyanyian dah jadi sebahagian budaya kita di Malaysia. Tak boleh tak ada. Mesti ada.
Yang menonton pula, sedikit sebanyak mesti ada rasa teringin nak berdiri depan atas pentas pegang mikrofon nyanyi 1-2 lagu.
Mesti ada, kan?
Haa.. mulalah nak berangan. Best juga menyanyi ini. Alah.. nak cuba sahaja. Bukan nak serius sangat pun.
Mula-mula tu memang nak cuba-cuba sahaja. Lama-lama, eh.. macam best pula.
What if..
Kalau dapat buat show sendiri?
Dapat jemputan buat persembahan?
Kalau dapat rilis lagu sendiri?
Jadi macam mana nak tahu ya?
1. Kepuasan peribadi mengatasi keinginan dipuji
Tanda pertama yang menunjukkan kita ini betul-betul minat adalah kita dapat rasa kepuasan diri itu lebih banyak berbanding dengan pujian. Aktiviti menyanyi itu sendiri dah cukup berikan semangat, keinginan dan keseronokkan untuk terus menyanyi. Anda tak ambil kisah sangat orang puji anda ataupun tidak.
2. Sifat ingin tahu
Seseorang yang betul-betul minat takkan puashati jika sekadar hafal lirik dan melodi. Cara anda mendengar lagu pun lain, tak macam orang lain. Telinga anda akan lebih peka, lebih teliti. Anda bukan sekadar dengar melodi, tapi anda betul-betul dengar dan kaji “apa yang buatkan bahagian chorus lagu ini betul-betul rasa feel bila mendengarnya? Apa teknik yang penyanyi ni guna dalam nyanyian yang membuatkan feel lagu ni sampai?”.
3. Rutin harian anda
Rutin anda tak sama macam orang yang “suka-suka”. Rutin menyanyi dalam kehidupan harian anda, tiada siapa yang paksa. Anda sendiri “auto” ada masa nak menyanyi. Menyanyi dah jadi keutamaan. Anda sentiasa akan ada-kan masa anda untuk menyanyi (sama ada praktis, dengar lagu baharu, nyanyi lagu baru, explore lagu baru).
Anda mula ambil berat tentang peti suara anda. Anda mula nak jaga suara, rajin bersenam. Tak ramai yang tahu menyanyi ni perlukan stamina. Yang betul-betul minat je tahu. 🙂
- Anda mula fikir langkah seterusnya
4. Anda mula fikir langkah seterusnya
Dah minat kan? Menyanyi ni takkan berhenti setakat nyanyi dalam kereta, dalam bilik karaoke. Orang yang minat akan fikir “apa lagi yang aku nak capai dalam nyanyian?”
Mula dengan nyanyi bilik karaoke, Kawan pejabat yang tengok anda ni ada kebolehan nyanyi, mula ajak anda nyanyi di event ofis.
Dapat feedback yang okay, anda mula rasa yakin sikit, cuba nyanyi majlis resepsi kawan.
Eh, feedback okay juga.
Anda dah tak boleh nak duduk diam, otak ligat fikir apa next step nak kena buat.
Waktu ini anda mula fikir nak cuba rakam lagu sendiri, nak rilis lagu sendiri, nak fikir cara nak promosi lagu.
Semua benda ini bukan senang. Banyak benda nak kena fikir. Tapi, sebab anda minat. Anda hadap dan buat je. Orang yang nyanyi sekadar suka-suka, takkan buat ketahap ini.
5. Berani bereksperimen dan mencuba
Yang paling ketara, orang yang betul-betul minat, dia akan cuba untuk keluar dari zon selesa. Anda akan sentiasa ada dorongan untuk cuba genre muzik yang berbeza, cuba sesuatu yang anda tak pernah cuba sama ada dari segi muzik, cara nyanyian, pembawakkan dalam lagu.
Walaupun anda kurang mahir, keinginan untuk cuba pada peringkat awal dan bereksperimentasi membuat kan anda lain dari orang lain.
6. Nyanyi sebagai medium bercerita
Menyanyi bukan sekadar lontar suara. Tetapi sebagai alternatif terapi jiwa. Dalam setiap diri kita pasti ada kisah, pengalaman, cerita yang kita tak boleh nak cerita pada orang lain, susah nak cerita dalam bentuk komunikasi biasa.
Anda jadikan nyanyian sebagai medium yang paling ampuh untuk anda rilis bebanan jiwa dalam diri anda. Nak bercerita rasa susah, takut tak sampai, orang tak faham. Tapi dengan lagu (nyanyian), anda lebih mudah untuk ekspres apa yang terbuku dalam jiwa anda.
Melangkah ke tahap seterusnya.
Ada tak sebahagian point yang kami nyatakan ada dalam diri anda? Jika ya, anda sesuai untuk ketahap seterusnya.
Untuk yang menyanyi sekadar isi lapang, sekadar suka-suka, pun tiada salahnya.
Anda bebas memilih. Anda sendiri tahu tujuan dan sebab anda kenapa anda menyanyi.
Diakhirnya, apa yang kita nak capai sebenarnya? Kita nak kepuasan. Kepuasan orang tak sama. Anda capai apa yang anda nak. Sudah lebih dari cukup. 🙂
Tapi kalau anda sebelum ini menyanyi sekadar suka-suka, tiba-tiba rasa macam mana mula serius dalam nyanyian, jom kami bantu.

