Lagu kena kecam. Apa yang perlu kita buat?

Orang kecam lagu kita.

Penat-penat buat, bersengkang mata, pergi studio buat rakaman, berjam-jam lamanya untuk siapkan 1 lagu.

Lepas rilis lagu apa jadi?

Berderu komen kecaman. Hentaman.

Siapa yang dah pernah kena? Amacam? Sesak nafas tak? Hehe!

Begitulah adat dalam berkarya. Siapa suruh terjun dalam bidang muzik ni kan. Kan dah kena! 😀

Bila kena kecam teruk-teruk ni, kita mulalah fikir bukan-bukan. Nak stop menyanyilah. Nak berhentilah.

Pendek kata,

Rasa nak give up!

Sebelum kamu rasa nak give up. Cuba bertenang dahulu. Tarik nafas. Chill dahulu..

Baik.

Bila kita berhadapan dengan situasi sebegini, sebenarnya kita ada tiga pilihan jalan yang kita boleh pilih.

Sama ada :

  1. Give up. Tak perlu teruskan cita-cita dan impian anda.
  2. Balas kecaman dengan kecaman.

Atau,

  1. Ikut 5 cara yang kami nak kongsikan ini.

Jom!

1. Terima dengan hati terbuka

Langkah pertama yang sangat penting untuk kita ambil tahu adalah kita kena terima hakikat bahawa bukan semua orang akan suka karya kita. Lagi cepat kita sedar dan faham perkara ini, lagi mudah untuk kita kawal emosi dan tak cepat “melantun” bila kena kecam.

Berkarya bukan untuk memuaskan hati semua orang. Memanglah kita berkarya nak bagi orang lain dengar, tapi ada beza :

berkarya untuk “please” pendengar VS berkarya untuk diri sendiri.

Macam selfish bunyinya kan?

Pendapat kami, berkarya memang untuk diri sendiri dahulu. Kita yang pertama nak rasa seronok dengan karya kita, bukan orang lain. Lagu kita, kita sampaikan sesuatu yang datang dari diri kita, pengalaman hidup kita. Dari situ datangnya kepuasan berkarya.

Kita “feed” jiwa kita dahulu. Kemudian baru orang lain. Orang lain tak suka lagu kamu, taka pa lah!
Akan ada orang lain yang suka lagu kamu.

2. Pilih kritikan dengan bijak

Dalam banyak-banyak kritikan dan hentaman, bukan semuanya “busuk”. Akan ada kritikan yang “manis”. Cuma, kita tak perasan. Kita tak nampak. Kita tak dapat rasa sebab kita teremosi.

Dari situ, kita perlu bijak tapis yang mana kritikan yang boleh bawa kita ke tahap lebih baik.

Sebelum rilis, kita boleh sahaja dapatkan feedback dari beberapa rakan seni yang lain.

Minta pendapat jujur dari mereka supaya boleh ditambah baik apa yang kurang.

Kadang-kadang, ada komentar yang mungkin sekadar pendapat individu. Kita pilihlah. Samada perlu terima atau tak.

Dan, Kamu punya lagu. Kamu yang perlu nilai dan pilih yang mana kritikan yang boleh diambil, yang mana tak perlu.

3. Nilai kredibiliti

Tidak semua kritikan mempunyai nilai yang sama. Komentar bersifat hentaman, cercaan, atau hentaman, tak perlu risau. Boleh dibakulsampahkan.

Ada kritikan yang bersifat “personal taste”, terpulang. Nak terima boleh. Tak nak terima pun boleh.

Kalau kritikan dari orang yang memang berpengalaman dan ada kredibiliti dalam industri? Yang ini lebih wajar untuk diberi perhatian.

Mereka biasanya bercakap atas dasar pengalaman dan ilmu yang mereka ada sepanjang mereka dalam industri.

Bukanlah bermaksud pendapat orang industri sahaja yang kita perlu terima. Tak juga. Paling tidak, nasihat dan kritikan mereka berasas. Masih ada ruang samada kita nak terima atau tidak. Pilih keutamaan, dari siapa kita nak terima sesuatu pendapat atau kritikan.

4. Bukan semua kritikan dituju secara perbadi

Ini yang paling susah.

Bila orang kritik lagu kita, kita rasa mereka nak attack personal kita. Kritikan yang diterima itu seolah-olah nak menjatuhkan kita, dengki dengan kita.

Jangan. Bahaya kalau kita ada cara fikir sebegini.

Seoalah-olah kita dah tutup rapat telinga, kita dah tak nak dengar apa-apa kritikan yang kita terima.

Nanti kita yang susah. Susah nak berkembang.

Kalau dah semua kritikan kita tak terima, mana-mana kritikan yang bagus pun tak masuk dalam kepala kita.

Pisahkan antara “karya” dan “diri sendiri”.

5. Fokus pada tambah baik. Bukan pujian semata

Kalau tujuan kita berkarya nak harapkan pujian, kita akan cepat jatuh bila berdepan dengan kritikan.

Tapi kalau tujuan berkarya itu untuk asah kemahiran seni, nak sebarkan perkara baik, Insyaallah kita akan boleh terima kritikan. Kita akan lebih matang dalam membalas kritikan yang diberi.

Setiap lagu yang kita hasilkan, kita lalui proses belajar.

“Suara kau tak bagus!”

Kalau kita dapat kritikan sebegini, untuk orang yang mengharapkan pujian apa akan jadi? Give up, nak berhenti menyanyi, balas balik kritikan. Ianya tak membantu kita pun.

Tapi kalau kita ambil kritikan ini dari perspektif yang lebih baik, kita akan terima hakikat suara kita belum cukup bagus, dan apa yang kita boleh buat adalah improve nyanyian kita.

Hasilnya – kita juga yang untung? Kan?

Kecaman adalah sebahagian dari perjalanan sebagai pengkarya. Penyanyi yang memang bagus pun kena kecam, apatah lagi kita yang baru nak bertatih.

Tak perlu nak sentap. Jalan terus!

Teruskan berkarya, perbaiki apa yang kurang,

Dan yang paling penting, jangan BERHENTI !

arrow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *