Kadang-kadang kita terkeliru dengan istilah yang diberikan ini. Dalam nak menerbitkan sebuah lagu kadang-kadang ramai orang yang terlibat. Bila ramai terlibat, banyaklah istilahnya.
Sebab itu pelbagai “title” yang diberikan untuk setiap orang yang terlibat. Setiap orang yang terlibat mempunyai peranannya yang tersendiri dan memerlukan kepakaran yang berbeza.
Mari kami kongsikan apa peranan setiap orang yang terlibat dalam penerbitan sesebuah lagu ini.
#1 Komposer
Komposer ni adalah gelaran yang diberikan kepada orang yang mencipta lagu, lirik atau boleh jadi kedua-duanya sekali. Komposer ini akan nyanyi lirik itu dan rakam dahulu guna phone atau software rakaman bagi mereka yang mahir.
Secara umumnya, seorang pencipta lagu berkebolehan untuk bermain sekurang-kurangnya 1 alat muzik iaitu piano atau gitar.
Tetapi, bukanlah syarat komposer itu mesti mahir. Ada sesetengah komposer sekadar tahu asas sahaja. Tak tahu langsung bermain apa-apa alat muzik pun ada dan ianya bukan satu masalah pun.
#2 Producer
Producer pula adalah seseorang yang akan tentukan hala tuju sesebuah lagu. Beliau yang buat keputusan muzik jenis apa yang dinginkan, rentak bagaimana, tempo, genre, dan sebagainya. Setiap producer ini, ada sentuhannya tersendiri. Lain producer, lain air tangannya.
Producer juga yang tentukan siapa yang akan bekerja di bawahnya. Siapa pemuzik, siapa juruadun (mixing engineer) yang akan bekerja untuk lagu yang ingin dirakam.

#3 Executive Producer
Lebih kurang juga peranan Executive Producer ini dengan Producer, cumanya tugasan beliau ini tak terlibat secara langsung dengan aktiviti yang berkaitan penerbitan lagu. Mereka ini lebih kepada menguruskan hal-hal pembiayaan/orang yang melabur/mengeluarkan duit (funding), hal-hal berkaitan tadbir urus (admin) bagi sesebuah lagu itu dijayakan.
#4 Music Arranger
Atau dikenali sebagai penyusun lagu/penggubah lagu. Kerja mereka ini menterjemahkan idea-idea dari producer menjadi sebuah muzik yang lengkap. Music Arranger selalunya akan bekerjasama sekali dengan producer. Selain itu, kerja mereka ini juga, mereka akan rakam dahulu instrumen dalam sesebuah lagu itu samada menggunakan live instrument ataupun MIDI.
Dengan kata mudah, Music Arranger akan buat dahulu muzik asas sebelum proses rakaman sebenar dengan pemuzik.
Mereka ini kebiasaanya berkebolehan untuk bermain dan memprogram pelbagai alat muzik dan bunyian.(boleh klik SINI : proses sesebuah lagu dirakam)
#5 Sessionist / Musician / Penyanyi
Apabila susunan lagu sudah siap, peranan producer juga yang akan pilih siapa pemuzik yang akan rakam setiap instrument dalam lagu tersebut. Di proses ini, pemuzik-pemuzik jemputan dan penyanyi akan datang ke studio untuk jalankan aktiviti rakaman.
Di fasa rakaman ini, input-input tambahan juga akan diberikan oleh pemuzik kepada producer untuk menyempurnakan sesebuah lagu yang dirakam.

#6 Recording Assistant/Jururakam
Siapa yang akan bantu rakam apabila pemuzik dan penyanyi membuat sesi rakaman? Kerja jururakam inilah. Peranan mereka juga memastikan setiap rakaman itu dapat dirakam dengan baik.
#7 Mixing/mastering engineer
Tugas mereka pula adalah untuk mengadun, menyunting, membuat ”balancing” setiap instrument yang ada dalam sesebuah lagu. Tugas mereka juga memastikan lagu yang akan dirilis itu menepati piawaian dan juga sama level/kekuatan bunyi(loudness) dengan lagu dalam pasaran.
Jika kita lihat dalam konteks penerbitan lagu sekarang, Boleh jadi juga seseorang itu memegang lebih dari 1 posisi yang kami kongsikan tadi.
Sebagai contoh :
(A) – Anda yang cipta lirik dan melodi. Anda sudah ada idea hala tuju, genre, muzik yang bagaimana anda inginkan. Kemudian anda pergi ke mana-mana studio untuk rakam lagu anda itu.
(B) – Sampai sahaja di studio, anda minta music arranger untuk buat muzik seperti yang anda inginkan.
(C) – Kemudian arranger itu pun buat muzik dan rakam instrumen. Lagu itu pula tak memerlukan instrumen yang banyak. Hanya perlu Gitar, Piano dan Vokal.
(D) – Apabila muzik dah siap, Anda sendiri yang nyanyi lagu tu.
(E) – Selesai rakaman, Arranger akan pas kepada studio lain untuk membuat mixing dan mastering.
(F) – Lagu anda siap. Anda bayar upah kepada pemilik studio. Pemilik studio bayar upah kepada pemuzik.

Jika kita lihat proses aktiviti di atas, anda sebenarnya bukan sahaja komposer, tetapi juga penyanyi dan producer. Oh ya.. jangan lupa. Anda juga yang keluar duit untuk siapkan projek ini.
Dapat lihat? Ada sesetengah projek rakaman, tak libatkan ramai orang, kadang-kadang gelaran itu boleh jadi semuanya pada anda. Boleh jadi lebih ramai orang yang terlibat dalam projek anda. Bergantung kepada dana yang anda ada. Ini dipanggil self-produce. Anda terbit sendiri. Produce secara sendiri.
Ada sesetengah kes, anda hanya perlu pergi ke satu studio sahaja. Pemilik studio itu boleh juga berperanan sebagai producer lagu anda.
Setiap orang yang terlibat mempunyai “art” nya tersendiri, ada kelebihan tersendiri. Terpulang kepada anda dengan siapa yang anda selesa bekerja.
Bagaimana dengan kami, Longan Garage?
Kebanyakkan pelanggan kami yang datang, mereka sudah pun mempunyai lagu. Mereka juga sudah tahu, muzik yang bagaimana mereka inginkan. Kerja kami, ikut apa yang pelanggan kami inginkan.
Kadang-kadang ada juga kes yang mana pelanggan kami tak tahu nak muzik yang macam mana. Kami bantu, kami guide dan berikan rujukan-rujukan supaya lebih “clear” hala tuju lagu.
Yang datang rakam lagu dengan kami tak perlu nak pening-pening nak cari music arranger, nak cari pemuzik, nak cari orang yang boleh edit dan mixing lagu. Tak perlu. Kami mudahkan kerja anda.
Bagi kami lirik. Bagi kami Melodi. Selebihnya kami buatkan. Sampai lagu siap. Kan senang tu? Hehe!
TEKAN SINI UNTUK DAPATKAN PAKEJ PENUH RAKAMAN SINGLE.

