Semasa kita dengar lagu-lagu yang berkumandang di radio, televisyen, YouTube, Spotify atau mana-mana platform yang sedia ada, pernah tak kita terfikir bagaimana proses nak hasilkan sebuah rakaman lagu?
Pernah bayangkan tak? Susah atau senang? Rumit ke tak rumit?
Secara umumnya, ini proses yang kebiasaannya digunakan dimana-mana studio bagi menghasilkan sesebuah rakaman lagu.
#1 Lagu (Lirik & Melodi)
Nak rakam lagu, mestilah kena ada perkara yang paling penting sekali. Kena ada lirik dan melodi lagu tersebut. Selalunya komposer lagu akan rakam audio secara βrawβ. Alatan rakaman audio raw ni, selalunya guna telefon pintar sahaja. Itu yang paling mudah dan kebanyakannya semua orang ada aplikasi yang sesuai untuk rakam audio.
Klik butang play di bawah untuk dengar contoh audio raw yang dimaksudkan untuk lebih mudah anda faham.
#2 Susunan lagu (Music Arrangement)
Audio raw tersebut, akan dihantar kepada studio untuk proses susunan lagu. Di fasa ini, Arranger akan mula susun instrumen yang perlu ada dalam lagu tersebut.
Arranger/Producer akan buat keputusan apa instrument yang perlu digunakan, bagaimana groove sesebuah lagu, tempo, key, susunan lagu (verse, chorus, break, solo, etc), rentak, dan sebagainya.
#3 Rakaman Instrument
Selepas susunan lagu telah dibuat, aktiviti rakaman instrumen pula dilakukan. Fasa ini, akan melibatkan pemuzik-pemuzik professional untuk rakam bahagian mereka.
#4 Rakaman Vokal utama dan Suara latar
Di fasa ini, Penyanyi akan datang ke studio untuk sesi rakam vokal. Proses rakaman vokal mengambil masa lebih kurang 2-3 jam, bergantung kepada prestasi penyanyi. Kadang-kadang ambil masa yang lama, kadang-kadang sekejap sahaja.
#5 Editing, Mixing & Mastering
Fasa akhir adalah proses dimana jurutera bunyi akan membuat trim, dan editing pada setiap track yang telah dirakam. Mixing adalah proses dimana jurutera bunyi akan membuat adunan/mixing supaya setiap track terdengar seimbang. Dalam proses mixing ini juga, akan diletakkan efek pada track yang perlu, automasi pada track dan banyak lagi.
Mastering pula adalah proses menyempurnakan audio dari hasil Mixing itu tadi. Di fasa ini, audio akan kedengaran lebih jelas, besar dan sama nada dengan lagu-lagu yang anda dengar di radio, Spotify, Youtube dan lain-lain platform.
Jadi, bagaimana? Dapat dengar proses rakaman dari raw audio sehingga lagu siap sepenuhnya? Kalau anda ada lagu sendiri, pun boleh jadi macam lagu yang kami tunjukkan. π
BERMINAT NAK MEMILIKI RAKAMAN LAGU SENDIRI? KLIK SINI SEKARANG!
Berita baik untuk komposer & penulis lirik macam anda. Anda boleh jana royalti dengan hasil lagu ciptaan anda. Muat turun Ebook PERCUMA caranya. Klik Sini!
Lagu contoh tadi adalah hakmilik & ciptaan Rasya Haikal, nyanyian oleh Hariz Fayahet. Dengar lagu versi penuh di link : https://www.youtube.com/watch?v=K8wMnsAobuo&t=197s