Bagaimana cara nak lebih “feel” dalam nyanyian? Ini 4 Cara yang anda boleh cuba lakukan




Sememangnya menjadi impian bagi semua penyanyi apabila dapat menarik ratusan malah ribuan penonton dan pendengar ketika menyampaian sebuah lagu.

 

Beza antara penyanyi hebat dan penyanyi biasa adalah, dari segi penyampaian. Penyanyi yang hebat, dapat “deliver” nyanyian sehingga penonton merasai kisah penceritaan lagu yang dinyanyikan.

 

Untuk menjiwai dan lebih “feel” dalam nyanyian, bukan perkara mudah. Ianya perlukan latihan yang mencukupi. Malah, melalui proses persembahan yang kerap (pengalaman) juga dapat tingkatkan tahap penyampaian seseorang penyanyi itu.

 

Untuk penyanyi baharu, mungkin anda tertanya apa cara yang boleh dilakukan untuk tambah baik nyanyian. Anda boleh cuba salah satu dari 4 cara ini.

 

#1 Kenal si penyanyi

kenal si penyanyi

Sekiranya anda penyanyi cover, anda boleh cuba untuk mengenali si penyanyi/komposer lagu yang anda nak nyanyi itu. Dengan cara ini, menjadikan anda untuk lebih faham dan hargai lagu tersebut.

 

#2 Faham setiap patah lirik lagu

Faham setiap patah lirik lagu

Pastikan anda faham setiap patah perkataan lirik yang anda nak nyanyi. Fahamkan kisah yang ingin disampaikan. Kalau anda nyanyi tanpa faham, macam mana nak lebih “feel” ketika menyanyi?

Sebagai penyanyi, peranan adalah sebagai pencerita. Kalau anda sendiri tak faham apa yang anda nyanyi, macam mana penonton nak faham apa yang anda nak sampaikan. Kan?




#3 Visual lagu

Visual lagu

Apabila anda sudah faham penceritaan lagu tersebut, anda bayangkan cerita itu depan mata anda. Bayangkan seolah-olah ianya betul-betul terjadi. Bayangkan anda adalah watak dalam kisah lagu tersebut.

Dalam seni nyanyian, anda perlu pandai untuk berimaginasi. Lebih jelas visual imaginasi anda, lebih mudah untuk anda mejiwai lagu yang anda nyanyi.

 

#4 Belajar asas teknik nyanyian

Belajar asas teknik nyanyian

Belajar teknik membantu untuk anda dapatkan feel. Selain itu, dengan belajar teknik, anda akan lebih berdisiplin ketika menyanyi. Jangan “over do”. Teknik digunakan bila perlu. Bukan semua teknik anda perlu “apply” dalam setiap nyanyian anda.

Untuk belajar teknik, Anda boleh hadir mana-mana kelas vokal yang anda untuk belajar lebih mendalam tentang teknik.

 

arrow

“..TAK SANGKA ADA STUDIO YANG BOLEH RAKAM LAGU UNTUK PENYANYI AMATUR MACAM SAYA..” – KLIK SINI SEKARANG!

Muat turun rahsia Komposer & Penulis lirik jana pendapatan melalui royalti – Muat turun sekarang!




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *