Teknologi yang makin membangun di era digital ini sebenarnya memberi peluang kepada bakat-bakat baru terutamanya yang meminati seni nyanyian untuk ketengahkan karya-karya mereka kepada pendengar.
Kalau dahulu, artis atau penyanyi sahaja yang rakam lagu. Sekarang tidak lagi. sesiapapun dan apa sahaja latar belakang anda, jika anda berkeinginan, boleh sahaja rakam lagu.
6 Sebab kenapa zaman sekarang lebih mudah nak rakam lagu berbanding dahulu.
#1 Alatan rakaman mudah didapati dan mampu milik
Nak beli alatan rakaman seperti mikrofon kondensor, Audio Interfaces, Monitor Speaker lebih mudah dan murah harganya. Banyak kedai muzik yang jual alatan-alatan ini. Kalau tak tahu guna, boleh tonton tutorial sahaja di YouTube.
#2 Banyak studio rakaman
Disebabkan alatan rakaman sekarang lebih mudah untuk dimiliki, ramai yang rebut peluang untuk buka bisnes studio rakaman. Ramai yang tawarkan rakaman lagu dengan pelbagai jenis pakej harga.
#3 Boleh setup studio sendiri
Ada yang beli alatan rakaman untuk kegunaan sendiri. Self-produced. Kalau dahulu, ada idea tulis lagu, hafal sahaja dalam kepala. Sekarang, boleh rakam dan simpan dalam software.
#4 Lagu boleh “publish” sendiri
Lagu siap sahaja, boleh muatnaik ke channel YouTube sendiri. Nak edar lagu ke digital platform seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer atau Joox pun mudah. Ada syarikat yang boleh uruskan untuk edaran digital lagu anda. Klik link ini : https://www.frmy.my/
#5 Nak rakam suara tak susah macam dahulu
Semuanya digital. Kalau nyanyi salah, boleh Cut-Delete sahaja dalam software. Vokal ter”flat” atau ter”sharp”? boleh edit betulkan pitch.
#6 Kos lebih murah
Zaman sekarang dah ada pilihan. Ada studio yang tawarkan rakaman lagu dengan harga yang mahal, sederhana dan murah. Untuk yang rakam lagu suka-suka atau baru mula nak cuba rakam lagu sendiri, boleh mula rakam dengan harga yang lebih rendah dahulu.