7 Checklist Sebelum dan Selepas Rilis Lagu Yang Perlu Komposer & Penyanyi Tahu




Persiapan untuk rilis lagu yang telah siap dirakam adalah satu “moment” yang paling mendebarkan sebenarnya. Rasa teruja, gembira, gementar. Macam-macam perasaan anda.

 

Kita teruja nak tahu apa respon dan maklumbalas pendengar terhadap lagu yang kita cipta tu.

7 checklist sebelum dan selepas rilis lagu

Lagu kita bagus ke tidak. Penyampaian nyanyian dalam lagu itu bagus ke tidak. Melodi dan lirik lagu yang kita cipta tu mencapai piaiwan ke tidak. Ada orang nak dengarlagu kita ke tak. Macam-macam yang kita fikirkan.

 

Sebelum nak rilis lagu, ada beberapa persiapan yang anda perlu lakukan sebelum dan selepas lagu anda telah rilis.

 

Ini 7 checklist sebelum dan selepas lagu anda rilis:

 

#1 Rancang kempem pemasaran

Rancangan pemasaran ini perlu untuk pastikan lagu anda sampai kepada kumpulan sasaran yang betul. Anda set kan apa target yang anda nak capai dan gerak kerja untuk mencapai matlamat anda itu.

Anda boleh lakukan persiapan 1 bulan sebelum dan 1 bulan semasa lagu sudah diriliskan.

 

Contoh :

1 bulan sebelum : 4 posting setiap minggu anda perlu muatnaik ke media soial anda. Apa yang perlu anda muatnaik? Video teaser, video disebalik tabir, video sesi rakaman lagu, video interview Music Producer atau apa sahaja posting yang berkaitan dengan lagu anda.

rancang kempen pemasaran

#2 Recruit follower/raving fan

Kumpul kan rakan-rakan rapat anda dan juga pengikut tegar anda untuk turut serta dalam kempen promosi lagu anda. Caranya adalah, anda perlu sediakan material (rujuk point #1) untuk diberikan kepada mereka.

 

Mereka akan lakukan apa yang anda lakukan, iaitu membuat posting di media sosial 4 kali seminggu sehingga lagu anda rilis.

 

Teknik ini umpama anda duplicate diri anda. Cuba bandingkan kalau anda sorang sahaja yang membuat posting berbanding dengan anda buat bersama pengikut anda. Mana lebih berikan impak yang lebih besar?




#3 Nak publish lagu di mana?

Dah buat keputusan dan publish lagu anda di mana? Nak publish sendiri atau publish lagu anda di syarikat label sedia ada?

 

Kedua-duanya ada kelebihan masing-masing. Selagi mana ia selari dengan perancangan anda, teruskan. Ada sesetengah komposer, mereka suka untuk publish lagu di syarikat label sedia ada. Atas sebab syarikat label sedia ada itu, sudah mempunyai jumlah subsrribers dan pengikut yang ramai.

 

#4 Buat Lirik & Muzik Video

Anda boleh buat salah satu darinya samada nak buat lirik video dahulu, atau buat muzik video. Untuk permulaan, anda boleh mula buat lirik video dahulu. Bukan sahaja sebab ianya lebih menjimatkan, tetapi trend membuat lirik video ini tidak kurang juga memberikan impak yang besar juga kepada lagu anda.

 

#5 Photoshoot!

Anda perlu photoshoot penyanyi. Anda perlukan gambar yang menarik dan kualiti tinggi untuk material kempen pemasaran anda nanti.

 

Macam mana anda nak buat lirik video kalau tiada gambar yang cantik dan nampak hebat? Macam mana anda nak buat posting di media sosial kalau anda tiada gambar yang sesuai untuk dimuat naik?

photoshoot penyanyi

#6 Set masa bila lagu anda nak diriliskan

Pastikan tarikh anda nak rilis lagu anda pada waktu dan masa yang betul. Sebagai contoh, lagu yang anda nak rilis ini adalah lagu raya. Pastikan lagu anda dah siap awal. Paling lambat sebulan sebelum mula puasa. Supaya anda ada masa yang cukup untuk uruskan hal-hal terbitan lagu.

 

Proses nak uruskan hal publishing lagu ini makan masa juga. Takut-takut nanti, raya dah tiba, lagu anda yang tak kunjung tiba sebab rilis lambat.




#7 Daftar MACP

Selepas dah rilis, bolehlah anda hantar borang pendaftaran lagu ke MACP. Jika anda tak tahu apa itu MACP, boleh baca serba sedikit tentang MACP dan cara macam mana nak daftar jadi ahli MACP.

arrow

MUAT TURUN CARA BAGAIMANA NAK JADI AHLIS MACP & NIKMATI ROYALTI LAGU-LAGU CIPTAAN ANDA – KLIK SINI!

Lagu masih belum cukup untuk melayakkan anda jadi ahli MACP? Klik SINI untuk dapatkan pakej rakaman lagu yang berbaloi dengan pelaburan anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *