“…aduh! Nyanyi live je kelaut.. Tak praktis ke…?”




faktor yang mengganggu nyanyian live

Memang pedih bila kena kritik dan komen sebegini. Rasa macam tak mahu menyanyi lagi dah. Seolah-olah macam teruk sangat kita menyanyi sampai tiada ruang untuk kita buat kesalahan.

 

Hanya disebabkan 1 kesalahan dan kesilapan yang kita lakukan, habis dicanang yang kita ni tiada bakat, tak perlu lagi menyanyi, buang masa menyanyi, dan lain-lain lagi.

 

Rasa “down” kan?

 

Jadi, macam mana kita nak hadapi situasi ini?

 

 

Pertama – Tanamkan dalam mindset kita.

Kita yang pilih jalan ini. Kita yang pilih laluan ini. Jadi, bila kena kritik pedas tahap telinga berdarah ni, suka tak suka, kita kena hadap juga. (hehe!)

 

Kedua – Tapis kritikan

Tak perlu hadap semua. Ada kritikan yang bagus. Ada kritikan yang tak bagus. Kita pilih. Kita tapis. Mana yang bagus, kita sedut dan terima. Yang tak bagus, buang jauh-jauh.

 

Ketiga – Belajar

Move on. Teruskan belajar. Tengok balik persembahan kita. Sebab itu penting untuk setiap kali kita buat persembahan, kita rakam. Supaya bila habis perform, kita tengok balik video tu. Persembahan anda bagus atau tak, tengok juga video anda. Yang mana boleh tambah baik, kita tambah baik.

belajar muzik

Ingat! Kita sentiasa ada ruang untuk tambah baik apa yang kurang dengan nyanyian dan cara persembahan kita. Selagi mana kita ada mindset yang betul, iaitu sentiasa nak belajar.

Membuat persembahan nyanyian ini, kemahirannya tinggi. Bukan perkara senang. Tak semudah kita kata…

 

“.. Tak sedap dia nyanyi.. feel tak de…”

“.. Nyanyi kelaut.. kompem tak praktis…”

“… Dia ni mana boleh nyanyi.. kayu je atas stage tu..”




Sebab, ada banyak faktor yang boleh mengganggu nyanyian kita sewaktu membuat persembahan selain dari alasan-alasan yang diberikan diatas. Antaranya ialah..

1. Hilang fokus

Kadang-kadang memang boleh terhilang fokus semasa menyanyi. Kemungkinan sebab terlalu banyak fikir. Fikir perkara yang tak sepatut semasa menyanyi.

 

2. Emosi tak stabil

Emosi yang terganggu juga boleh ganggu persembahan nyanyian kita. Bawa emosi semasa menyanyi sangat membantu untuk dapatkan “feel” semasa menyanyi. Tetapi, perlu dikawal.

 

Cuba bayangkan, anda nyanyi lagu sedih. Anda tak kawal emosi anda jadi anda nyanyi sambil menangis. Boleh bayangkan tak persembahan anda macam mana jadi nya? Teruk kan?

 

3. Penat dan tiada tenaga yang cukup

Yang paling dikhuatiri oleh kebanyakkan penyanyi adalah bila tak cukup rehat atau kepenatan. Persediaan untuk membuat persembahan lebih penat dari menyanyi.

 

4. Over do/ buat benda melebihi keupayaan sendiri

Sebagai penyanyi anda kena tahu limit anda. Anda kena tahu kelebihan dan kekurangan anda. Bukan tak boleh push to the limit. Tetapi kena tengok tempat, situasi, suasana, dan audience anda. Ada keadaan yang anda cukup sekadar beri kemampuan anda.

 

Ada keadaan di mana anda ada ruang untuk cabar kemampuan persembahan anda. Disini, anda perlu bijak untuk buat tindakan mana yang perlu dan tak perlu.




5. Terlebih yakin

Terlebih yakin ni penyakit. Disebabkan kita terlebih yakin, akan buatkan kita sambil lewa. Tak praktis, tak buat latihan secukupnya, pandang rendah penyanyi lain, dan lain-lain.

 

Ubat dia adalah – Sentiasa merendah diri. Jaga tingkah laku. Sentiasa ada mind set untuk belajar.

 

Belajar sesuatu?

arrow

RAKAM LAGU DAN DAPATKAN EBOOK CARA PASARKAN LAGU SECARA PERCUMA – KLIK SINI

Muat turun rahsia Komposer & Penulis lirik jana pendapatan melalui royalti –  Muat turun sekarang!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *