Pertama kali Rakam Suara Di Studio? 5 Tips Sebelum Sesi rakaman




“… Rasa gementar pula. Tak pernah rakam suara di studio.. Mesti berjam-jam nak siap ni..”

 

Mungkin ada diantara anda yang pertama kali nak rakam suara di studio. Sebelum ini hanya rakam sendiri-sendiri pakai telefon sahaja. Itu pun rakam sebab nak buat lagu cover di Instagram atau YouTube. Bila nak rakam suara untuk lagu sendiri jadi gugup pula. Macam-macam fikir. Takut rakaman nanti makan masa yang lama. Rasa tak bersedia pun ya juga. Tak pasti apa nak kena “prepare”.

 

Macam-macam perasaan yang muncul dalam diri sebelum nak rakam suara. Tetapi, jangan khuatir. Keresahan anda itu boleh dikurangkan dengan lakukan beberapa perkara yang kami akan kongsikan ini.

 

Sebelum sesi rakaman suara, anda boleh cuba 5 tips ini.

 

#1 Hafal melodi

hafal melodi

Melodi lagu yang anda nak nyanyi mesti anda kena hafal. Anda kena “firm” dengan melodi anda itu. Jangan dah sampai studio baru nak tercari-cari melodi. Ingat-ingat lupa. Jangan begitu.

Pastikan anda sudah bersedia awal. Bila anda ingat melodi, proses rakaman akan jadi lebih mudah. Anda tidak akan makan masa yang lama semasa proses rakaman suara.

 

#2 Print lirik

print lirik

Seeloknya print lirik. Bukan tak boleh guna telefon tetapi akan ada kekurangan dan kekangan. Semasa sesi rakaman, akan ada kemungkinan anda perlu catit nota tambahan pada lirik anda.

Pastikan size font besar supaya anda jelas membacanya dan ada “spacing” bagi setiap baris.




#3 Alas perut

alas perut

Elakkan terlalu kenyang sebelum sesi rakaman. Takut nanti mengah masa nak rakam suara. Kesannya, anda susah nak nyanyi sehabis baik. Cukup sekadar alas perut sahaja.

 

#4 Cukup tenaga

cukup tenaga

Menyanyi ini memerlukan kestabilan emosi dan kecukupan tenaga anda. Jadi, anda perlu rehat secukupnya. Sekiranya anda ada sesi rakaman pada sesi malam, pastikan di siang harinya anda tidak membuat kerja-kerja yang terlalu berat.

 

#5 Enjoy!

enjoy

Sesi rakaman adalah kerja yang menyeronokkan. Jangan rasa stress bila nak rakam suara nanti. Anda perlu rasa rileks dan enjoy. Jangan terlalu fikirkan sangat untuk anda dapat rakaman yang sempurna. Anda hanya perlu”deliver” sahaja. Enjoy okay! 🙂

arrow

ANDA BERIMPIAN UNTUK MEMILIKI RAKAMAN LAGU SENDIRI? KLIK LINK SINI!

Muat turun rahsia bagaimana Penulis Lirik & Komposer jana pendapatan sampingan melalui royalti lagu –  Klik SINI untuk muat turun

 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *