5 Cara Tingkatkan Karisma Anda Sebagai Penyanyi




Pernah tak kita jumpa orang yang selalu disenangi oleh orang sekeliling? . Kehadiran orang ini dalam kumpulan manusia, sentiasa dapat perhatian walaupun di mana dia berada.

 

Itulah Karisma. Karisma ini bermakud kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang individu yang menjadikannya berupaya untuk mempengaruhi khalayak ramai (rujukan : Kamus Dewan Edisi Keempat).

cara tingkatkan karisma

Sebagai Penyanyi atau penghibur, anda kena ada ciri-ciri orang yang berkarisma. Ianya akan jadi “Wow Factor” pada diri anda. Jika tiada Wow Faktor, anda akan kelihatan biasa. Anda tak nampak atau dilihat sebagai penyanyi yang hebat. Persoalannya, adakah karisma ini boleh dibentuk/dipupuk atau semula jadi?

 

Ada sebahagian pendapat kata karisma ini sifatnya semulajadi. Ia bukan sifat yang boleh dibuat-buat. Bukan boleh belajar dari sesiapa. Ada juga sebahagian pendapat mengatakan boleh. Ia boleh dibentuk dan dipupuk.

 

Ini 5 cara untuk tingkatkan karisma anda jika anda ingin menjadi penyanyi yang hebat :

 

#1 Kuasai kemahiran komunikasi dengan betul

Cara bercakap, lenggok percakapan, laras bahasa yang anda guna, gerak geri badan semaca anda dikhalayak ramai, semua perkara ini akan mendorong anda untuk lebih berkarisma.

Sebagai penyanyi, kemahiran komunikasi sangatlah penting. Anda jangan ingat nak jadi penyanyi, hanya perlu hebat menyanyi sahaja ya.




#2 Bersikap jujur

Jadi seorang penyanyi yang jujur. Yang pling penting, anda kena jujur dengan diri anda. Baru anda peroleh kepercayaan dari orang sekeliling anda. Lebih mudah orang sekeliling menerima anda, anda akan lebih kelihatan speerti orang yang berpengaruh.

 

#3 Mesra

Apabila kepercayaan anda diraih, mudah orang sekeliling untuk rasa selesa. Pernah tak kita jumpa orang yang baru kenal, tapi apabila berbual kita rasa selesa. Tak rasa seperti baru berjumpa. Rasa macam dah kenal lama.

cara tingkatkan karisma mesra

#4 Berfikiran optimis

Sentiasa merasakan apa yang anda usahakan ini akan membuahkan hasil yang baik. Cara berfikir anda seperti seorang juara. Anda meletakkan kejayaan didepan. Walau apa rintangan, cabaran dan halangan, anda akan cuba untuk selesaikan dan tidak lari dari masalah anda.

#5 Presentable

Sukar untuk anda jadi orang yang disenangi oleh orang sekeliling jika keterampilan anda tidak dijaga. Jika anda nak dilihat sebagai penyanyi profesional, cara anda berpakaian juga perlu begitu.

Tidak perlu melampau-lampau dalam berpakaian. Cukup sekadar kemas, bersih dan nampak segak. Supaya bila anda bertemu dengan seseorang, orang akan nampak anda seorang yang bersedia dan hormat kepada orang yang anda nak jumpa itu.

 

 

Belajar sesuatu? 🙂

arrow

SERLAHKAN BAKAT ANDA SEBAGAI PENYANYI & PENCIPTA LAGU – KLIK UNTUK KETAHUI PAKEJ RAKAMAN LAGU SINGLE

Muat turun cara untuk daftar ahli MACP – Anda pencipta lagu dan penulis lirik? Daftar sekarang! – Klik Sini




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *