Lakukan 4 Perkara Ini, Jadikan Anda Lebih Semangat Untuk Cipta Lagu




“…Alhamdulillah.. Rasa lebih bersemangat nak cipta lagu..”

 

Best kan bila ada kawan-kawan sekeliling yang sentiasa bimbing dan berikan support moral pada kita. Bila ada rasa kebersamaan, rasa “down” tu, kurang lah sikit. Rasa lebih bersemangat nak cipta lagu-lagu baru.

 

Setiap hari, bila ada masa terluang sahaja, mesti dapat tulis lagu baru. Sama ada jadi atau tak lagu tu, sedap atau tak, itu perkara kedua. Yang utama adalah, mula menulis. Tak perlu untuk tunggu sempurna. Buat dahulu, kemudian boleh betulkan mana yang kurang.

 

Sebenarnya, perasaan semangat nak cipta lagu ini boleh dipupuk dan dibentuk dengan melakukan 4 perkara ini:

 

#1 Tukar circle

Circle disini bermaksud orang sekeliling anda. Boleh jadi rakan sekerja anda, rakan lepak, atau rakan sekolah. Tukar circle ini bukanlah bermaksud anda kena tinggalkan rakan anda atau tak berkawan lagi dengan mereka. Tetapi anda kurangkan masa bersama mereka.

Cari circle baru. Bila dapat circle baru, kita dapat idea baru, semangat baru. Circle yang berkualiti, akan mendorong anda untuk jadi orang yang berkualiti juga.

fokus pada track

 

#2 Fokus pada track sendiri

Kurangkan masa kita bercakap dan buat perkara yang bukan kerja kita. Fokus kita apa? Fokus kita adalah pada track kita. Apa yang kita impikan? Nak dapat royalti lagu? Nak lagu kita dinyanyikan oleh artis ternama? Nak perform di pentas besar? Fokus pada impian kita.




#3 Tukar mind set

Mind set ini maksudnya cara fikir. Cara fikir kita kena ubah. Bagaimana nak ubah? Banyak bergaul dengan orang yang hebat. Seperti point nombor 1 – Tukar circle. Bergaul dengan circle baru. Selain itu, banyakkan input yang bagus seperti banyakkan bahan bacaan.

 

#4 Tukar habit

Nak ubah perkara yang sudah menjadi rutin harian kita, memang bukan perkara yang mudah. Tetapi, anda tak perlu ubah secara total. Ubah sedikit demi sedikit. Kemudian konsisten.

Belajar sesuatu?

arrow

RAKAM LAGU DAN DAPAT KAN FREE EBOOK CARA NAK PASARKAN LAGU – KLIK SINI!

Muat turun Cara Nak Daftar Keahlian MACP. Lagu yang anda cipta boleh dapat royalti – Klik Sini!

 




 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *