Nak Cipta Lagu? Ini Kemahiran Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Cipta Lagu




“..Aduh.. Kenapalah susah sangat nak buat lagu ni..Ingat kan senang..Banyak kali cuba, asyik tak menjadi je ni..Berjam-jam dah luangkan masa.. Satu idea pun tak datang..!”

 

Pernah tak hadapi situasi diatas? Bagi mereka yang baru-baru nak cuba cipta lagu, lagilah mencabar. Tak tahu macam mana nak mula. Kan?

 

Idea nak mencipta lagu ini, tak datang dengan sendiri. Cipta lagu ni bukan benda magik. Kita duduk lepak depan televisyen, tiba-tiba ilham datang. Tak dinafikan, memang kadang-kadang idea datang dengan cara macam tu. Tetapi, tak setiap masa ilham datang macam tu.

 

Kalau nak tunggu ilham datang dengan cara menunggu, itu yang lagu tak siap-siap tu! Hehe

 

Kita perlu cipta suasana, dan “push” diri kita untuk dapat ilham tu. Persediaan perlu ada. Baru ilham boleh datang. Ilham dan idea nak menulis lagu dan lirik ni datangnya dari tuhan. Usaha perlu ada, baru tuhan bagi ilham.

 

Untuk mereka yang baru nak belajar cipta lagu, ada beberapa kemahiran yang anda perlu tahu sebelum anda boleh cipta lagu. Proses akan jadi lebih mudah dan idea akan lebih mudah untuk dapat jika anda belajar 4 kemahiran yang kami kongsikan ini.

 

#1 Boleh menyanyi

Tak semestinya anda perlu hebat menyanyi. Cukuo sekadar boleh menyanyi. Bermaksud, anda kenal pitch. Anda nyanyi tak sumbang. Anda tahu tempo. Macam mana nak tahu anda boleh nyanyi atau tak? Rakam video/audio anda nyanyi lagu cover. Jika anda boleh ikut tempo, dan pitch, maksudnya anda boleh nyanyi.




#2 Bermain alat muzik seperti Gitar atau Keyboard

2 alat muzik ini paling umum dan jadi pilihan utama untuk mereka yang nak belajar main alat muzik. Samada gitar atau keyboad/piano.Jika anda tak tahu salah satu alat muzik ini, saya sarankan sangat untuk anda belajar. Belajar paling asas pun tak apa. Yang penting ada dapat belajar pegang chord.

 

Bila anda boleh main alat muzik, gitar contohnya, baru anda boleh belajar untuk cipta chord progression. Susunan chord ini akan membentuk melodi yang anda nak cipta.

mendengar lagu

#3 Mendengar

Belajar untuk dengar pelbagai jenis lagu / genre. Jangan hanya rigid dengan 1 jenis sahaja. Jika tidak, kefahaman dan pengetahuan anda tentang lagu jadi terbatas. Dalam muzik, jangan sempitkan telinga anda. Belajar untuk dengar lagu yang anda tak pernah dengar. Zaman sekarang lebih mudah nak dapat access macam-macam lagu. Buka sahaja Spotify, macam-macam lagu ada.

Spotify Perpustakaan Muzik Terbesar – Klik Untuk Baca

 

#4 Kajian

Anda kena kaji setiap lagu yang anda dengar. Jika nak jadi pencipta lagu yang hebat, cara mendengar lagu anda sudah berbeza dari pendengar lagu biasa. Anda kena latih telinga anda untuk dengar secara teliti setiap elemen dalam lagu yang anda dengar.

Sebagai contoh – Anda sedang mendengar lagu Siti Nordiana & Nubhan -Sekali Lagi

Bila kita dengar lagu, kita kena tanya pada diri kita beberapa soalan. Makin banyak soalan, lagi bagus. Saya sediakan beberapa soalan supaya anda lebih mudah faham.

 

  1. Lagu ini pakai Key apa?
  2. Kenapa lagu ini bila penyanyi perempuan nyanyi, tak sama dengan key lelaki?
  3. Kenapa tak guna key yang sama?
  4. Lagu ini mengisahkan tentang apa?
  5. Kenapa susunan lagu ini begini? Lagu lain ada bahagian Bridge, lagu ni kenapa tiada Bridge?

 

Ini beberapa soalan yang kita boleh tanya pada diri kita, untuk kita berfikir bagaimana komposer & producer lagu ini terbitkan lagu ini. Makin banyak soalan, lagi bagus. Lagi banyak kita berfikir.

 

Belajar sesuatu?

arrow

TAK PANDAI NAK CIPTA LAGU TAPI NAK ADA LAGU SINGLE SENDIRI? KLIK SINI!

Nak tahu bagaimana Komposer & Penulis lirik jana pendapatan sampingan dengan cipta lagu? Muat turun sekarang!




 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *