3 perkara rutin yang anda perlu lakukan sebagai penyanyi & komposer baru




Sebagai penyanyi, penulis lirik dan juga komposer baru, ada banyak perkara yang kita perlu lakukan bagi memastikan tahap kita sentiasa bertambah baik hari demi hari.

 

Semasa dalam fasa permulaan, sudah tentu banyak benda yang kita kena lakukan. Sebagai contoh, anda sebagai penyanyi. Menjadi lumrah pada peringkat awal nyanyian kita biasa-biasa sahaja. Mustahil kita sebagai penyanyi lahir-lahir sahaja sudah hebat menyanyi. Sudah tentu tidak bukan?

 

Jadi, apakah rutin yang anda perlu lakukan secara konsisten bagi memastikan setiap hari anda dapat tambah baik kemahiran anda?

 

Kami nak kongsikan kepada anda 3 perkara rutin yang anda perlu lakukan supaya tahap nyanyian, kemahiran mencipta dan menulis anda semakin hari, semakin baik.

 

1. Teruskan praktis

teruskan praktis

Praktis adalah kunci utama kejayaan anda. Tidak mengapa jika nyanyian anda masih belum hebat. Tidak mengapa juga jika tahap anda mecipta lagu masih baru. Sebab itu perlu praktis. Percaya kepada proses. Praktis ini memakan masa bergantung kepada individu. Boleh jadi cepat atau lambat. Yang penting, Praktis!




2. Konsisten membina konten

konsisten membina konten

Konten adalah kunci untuk anda mendapatkan pengikut (followers/Fans). Manusia di luar sana tidak akan ikut anda jika mereka tidak kenal anda. Mereka tidak suka-suka akan ikut kita. Mereka akan ikut kita bersebab.

Orang yang minat menyanyi akan ikut orang yang menyanyi. Orang yang minat main gitar akan ikut orang yang main gitar.

Jika anda penyanyi, bina konten video nyanyian anda supaya orang yang minat nyanyian juga akan ikut anda.

Kemudian, konsisten untuk muatnaik video supaya orang lain akan lebih mudah kenal anda.




3. Engage dengan followers anda

engage dengan followers

Apabila sudah mula ada pengikut, engage dengan mereka. Bersosial dan berkomen dengan mereka. Jaga mereka. Sentiasa berhubung dengan mereka. Jangan rasa remeh dengan nilai seorang pengikut. Boleh jadi mereka itu peminat tegar anda suatu hari nanti.

arrow

SERLAHKAN BAKAT MENYANYI DAN MENCIPTA LAGU ANDA DENGAN STRATEGI PEMASARAN LAGU YANG BERKESAN – KLIK SINI

 

Muat turun PERCUMA rahsia bagaimana Pencipta lagu dan lirik menjana pendapatan dengan royalti – Muat Turun SEKARANG!




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *