Covid-19 mengajar kita untuk berubah, jangan kekal selesa





Sedar tak sedar sudah hampir setahun kita menghadapi wabak Covid-19. Tahun 2020 bakal melabuhkan tirai. Tahun 2021 pula menyusul. Apa yang bakal kita hadapi pada tahun baru ini, kita tak pasti samada ada sinar baru atau semakin mencabar.

Yang pasti, hidup didunia ini adalah sebuah ujian. Bagi mereka yang sabar, pasti peroleh ganjaran pahala di akhirat nanti.

Sepanjang tahun 2020, apa yang kita boleh belajar untuk kita menghadapi tahun yang baru ini?

 

#1 Sentiasa sabar

sabar atas ujian

Hidup ini adalah sebuah ujian. Semasa susah, kita diuji. Semasa susah juga kita diuji. Orang sekeliling kita diuji. Kita sendiri juga diuji. Cuma ujian mungkin berbeza bagi setiap orang. Apa yang penting adalah bagaimana kita nak kekal sabar dan sentiasa membantu diantara satu sama lain.

Berhenti untuk mencari salah orang lain. Di tahun baru ini kita tanamkan azam untuk mencari solusi dan bersama-sama kita selesaikan masalah yang kita hadapi. Ramai yang terkesan disebabkan pandemik Covid-19. Ada yang tak cukup bekalan makanan. Ada yang dibuang kerja. Ada yang kekurangan duit. Ada yang dibebani dengan hutang.

Sebagai insan yang perihatin, kita didik diri kita supaya untuk jenguk-jenguk orang sekeliling kita dan hulurkan bantuan semampu kita.

 

#2 Masalah tidak akan selesai jika tiada tindakan yang betul

Masalah tidak akan selesai jika tiada tindakan yang betul

Masalah akan kekal menjadi masalah sekiranya kita tidak hadap masalah itu dan cuba untuk selesaikan. Dalam konteks kita sebagai pemuzik, penyanyi, pencipta lagu, penulis lirik atau apa sahaja posisi anda sekali pun, buat sesuatu dan cuba selesaikan masalah kita dengan ilmu.




Jika kita mengimpikan untuk menjadi seorang penyanyi yang hebat, lihat bagaimana orang hebat bekerja. Ambil semangat mereka supaya kita terus bekerja keras untuk capai apa yang kita hajati.

 

#3 Dunia sudah berubah

dunia sudah berubah

Dunia sudah berubah. Sekarang semua kerja kita lakukan atas talian. Kalau dahulu nak timba ilmu perlu berjalan jauh. Sekarang tidak lagi. Semuanya atas talian.

Acara-acara besar yang melibatkan perkumpulan ramai orang sudah menjadi satu kesalahan. Kini, acara-acara ini semua nya dilakukan atas talian. Ilmu media massa sudah menjadi satu kewajipan.

Walau berubah macam mana dunia sekali pun, sentiasa ada jalan bagi setiap masalah. Beruntung mereka yang dahagakan ilmu. Mereka tidak kekal di takuk lama. Mereka cepat menyesuaikan diri dan sentiasa cuba sesuatu benda baru.

 

Selamat datang 2021!

arrow

ANDA KHUATIR JIKA RAKAMAN LAGU ANDA TIDAK SEPERTI YANG ANDA HARAPKAN? JANGAN RISAU! LIHAT APA KATA PELANGGAN-PELANGGAN KAMI TENTANG PERKHIDMATAN KAMI

Rugi jika anda berbakat dalam mencipta lagu, tetapi tidak menjana pendapatan dengannya. Klik SINI untuk muat turun rahsia pencipta lirik & lagu jana pendapatan dengan royalti.




 


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *