Saya nak jual lagu.. Hakcipta lagu itu masih milik saya ke..?




Sebelum kita bercerita tentang menjual lagu, mari kita fahami dahulu definisi Hak Cipta.

 

Apa maksud Hak Cipta?

Hak Cipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk mengawal hak penggunaan karya oleh si pencipta/pengkarya bagi tempoh masa tertentu.

 

Antara jenis-jenis karya yang berhak mendapat pelindungan intelek adalah karya sastera, karya muzik, karya seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan karya terbitan.

 

Dalam konteks seni muzik, anda sebagai pencipta lirik dan pencipta mempunyai hak penuh untuk menjaga karya anda. Anda sebagai orang yang berkarya, ada 3 kategori hak pemilik Hak Cipta.

 

1.  Hak perundangan

Anda sebagai penulis lirik dan pencipta lagu, diberikan hak eksklusif untuk mengawal dibawah undang-undang hakcipta. Sekiranya ada mana-mana pihak yang melanggarnya, anda berhak membuat tindakan undang-undang.

 

2.  Hak ekonomi

Untuk setiap karya anda, pihak lain tidak boleh sewenang-wenangnya membuat penyiaran di mana-mana tempat seperti di stesen televisyen, radio, media massa, ataupun siar raya.

 

3.  Hak Moral

Hak Moral terbahagi kepada dua iaitu Hak Paterniti dan Hak Intergriti

 

Hak Paterniti – Sekiranya anda yang mencipta sesebuah lagu tersebut, anda mempunyai hak untuk dikenali dan keaslian ciptaan anda itu dikekalkan. Sebagai contoh – Anda sebagai penulis lirik untuk lagu Artis Z, nama anda perlu ada sebagai penulis lirik lagu untuk Artis Z tersebut.

 

Hak Intergriti – Anda mempunyai hak untuk menghalang mana-mana pihak yang cuba mengubahsuai karya anda sehingga menjejaskan reputasi atau kehormatan pencipta.




 

Berbalik kepada isu utama, iaitu adakah apabila kita menjual lagu kita kepada pihak lain, kita masih mempunyai hak untuk menuntut lagu itu?

 

Isu ini perlu jelas diantara kedua belah pihak diantara si Penjual (anda yang mencipta lagu) dan si Pembeli (Orang yang nak beli lagu anda).

 

Terma Jual ini difahami sebagai pindah hak milik. Bermaksud anda sudah serahkan sepenuhnya asset (difahami sebagai karya) anda kepada pembeli. Anda tiada hak untuk menuntut apa-apa dengan lagu yang anda cipta itu selepas transaksi jual beli berlaku.

 

Anda jual lagu kepada pembeli dengan sebuah nilai (RM) yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Proses penjualan ini perlu mempunyai hitam & putih supaya mana-mana pihak faham akan akad yang telah dibuat.

Rujukan : http://www.myipo.gov.my/ms/hak-cipta/

arrow

ANDA SUDAH ADA LAGU TAPI BELUM JUMPA STUDIO YANG BOLEH BUATKAN MUZIK DAN RAKAMAN LAGU ANDA? MARI KAMI BANTU! – KLIK SINI

Muat turun rahsia bagaimana Komposer & Penulis Lirik jana pendapatan sampingan melalui royalti – Klik sini Muat turun!




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *