Jangan Spam lagu Anda..

Pernah tak anda buat ni?

Siapa faham maksud gambar yang saya share ni?

 

Ada yang dapat tangkap? Ke tak dapat?

 

Tak apa. Saya Terangkan sikit.

 

Ini SPAM.

 

Saya bagi sedikit konteks.

 

Gambar ini adalah tangkapan layar seseorang yang sedang promote lagu dengan cara membuat hantaran komen dengan cara paste link YouTube lagu beliau di posting saya.

 

 

Baik.

 

Promote lagu. Okaylah kan? Promote lagu? Apa yang salahnya, kan?

 

Bukan komen yang bukan-bukan pun. Kan?

 

Promote lagu : Okay!
SPAM : Tak Okay! Haha!

 

Masalah timbul bila kita rasa..

 

KITA SEDANG PROMOTE LAGU.

 

Sedangkan ianya BUKAN PROMOTE LAGU.

 

Seolah-olah ada garis halus yang memisahkan Promote dan Spam.

 

 

Tak. Tak. Ini bukan nak marah ke apa. Ini saya nak share, nak ajar (dengan ilmu yang saya yang ciput ini).

 

Bukan apa. Sebab, saya dahulu pun,

 

Buat macam ni juga. Haha.

 

SPAM komen dengan cara paste link lagu dengan cara fikir kita yang salah, kita sangka kita sedang buat Marketing. Sedang promote lagu.

 

Sedangkan, cara ini lah, cara yang :

 

Paling cepat orang abaikan, neglate, tak respon komen (link YouTube) kita tu.


Dengan kata lain, orang akan cepat menyampah. 😢

 

 

Masa kita buat tu, otak kita sangka yang :

 

❌ Paste link YouTube lagu aku dekat komen post orang akan buatkan orang dengar lagu kita.


❌ Kalau aku spam komen orang dengan harapan minta tolong dengar, mesti ada yang sudi klik.


❌ Letak link lagu kat semua tempat adalah cara marketing yang paling percuma dan power!

 

Betul tak? Anda pun mesti pernah fikir macam tu kan?

 

 

Cuba letak diri kita kat tempat orang yang kena spam tu.

 

 

Tengah sedap-sedap tulis posting panjang, tiba-tiba ada orang komen suruh dengar lagu dengan bagi link YouTube.

 

Jawab jujur, apa yang anda rasa pada waktu itu :

 

Anda rasa nak klik atau rasa annoying?

 

Jadinya….

 

Jangan buat. Sebab…

 

⛔️ Terjah post orang dan letak link secara semberono ni tak buatkan orang dengar lagu kita, ia cuma buat kita nampak macam spammer terdesak.

 

⛔️ Nilai lagu kita terus nampak murah bila dipaksa-paksa ke muka orang tanpa diundang.

 

⛔️ Secara teknikal, bila anda spam dan orang klik tapi terus tutup lepas 3 saat, algoritma YouTube akan baca lagu korang sebagai video ‘tak bernilai’ lalu membunuh ranking lagu anda.

 

Secara psikologinya, sifat manusia akan automatik “menolak” bila mereka dipaksa buat sesuatu oleh orang yang mereka tak kenal.

 

Pendengar nak rasa ada connection atau terhubung dengan artis tu secara emosi dulu, baru dorang terbuka hati nak lekat jadi peminat.

 

Pemasaran jenis pull (menarik orang dengan rela) sentiasa akan menang berkali-kali ganda berbanding pemasaran push (memaksa secara agresif).

 

 

Jadi, nak kena buat apa ni?

 

Instead of jadi spammer (macam yang pernah saya buat dulu..) Anda boleh buat 3 cara ini mulai hari ini, saat ini, dan detik ini..

 

✅ Bina Engagement yang sebenar.

Tinggalkan komen yang ada value, nampak cerdik, buatkan orang rasa “best komen mamat ni” supaya ada rasa curious nak klik link atau profile anda.

 

 ✅ Jual cerita, bukan jual link.

Maksudnya, ceritakan siapa anda. Orang nak kenal anda. Orang nak dengar cerita dan kisah anda. Yang nak dengar lagu anda ni manusia, bukan robot.

 

Kisah yang ada dalam lagu anda tu mahal nilainya. Ceritakan pada orang di luar sana.

 

✅  Konsisten buat.

Selepas dua point di atas betul caranya, baru konsisten buat. Kalau point 1 dan 2 salah, point 3 akan jadi pointless.

 

Tak ada makna. Anda akan kosisten buat perkara yang salah selama berhari-hari, berbulan-bulan.

 

Apa yang kita sama-sama boleh belajar?

 

Nilai lagu anda itu tinggi sebab adanya.. titik peluh, masa, tenaga, kreativiti, wang ringgit yang ada telah laburkan.

 

Kita nak kumpul pendengar dan memberi makna (lagu anda) kepada pendengar di luar sana. Jangan disebabkan kesalahan kecil yang kita buat ini membuatkan pendengar menjauhi lagu kita.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *