Semalam di Longan Garage Studio baru terima booking dari klien kami untuk siapkan rakaman lagu raya.
Kami pun baru teringat.
Haha!
Jujurnya, bila klien tu mesej dan terus lock tarikh, baru kami tersedar yang masa sebenarnya dah suntuk sangat.
Kalau ikut kalendar 2027, bulan Februari dah mula berpuasa.
Bulan Mac dah nak sambut hari raya.
Cuba anda kira balik dari hari ni.
Kita sekarang dah berada di penghujung tahun.
Tak kan bulan Februari nanti baru anda nak terhegeh-hegeh masuk studio dan mula rakam?
Tak sempaaaattt…
Sumpah memang tak sempat nak kejar semua benda dalam satu masa.
Tapi itulah hakikat yang selalu terjadi setiap tahun. Haha!
Ramai penyanyi, komposer baru, malah founder produk yang nak buat lagu raya syarikat sering terjebak dengan mentaliti last minute ni:
- Tunggu masuk bulan puasa baru nak kalut cari studio rakaman dan susun muzik.
- Ingat proses buat lagu ni sekejap? Kadang-kadang ambil masa lama tau!
- Sanggup perah tekak rakam vokal waktu tengah berpuasa dengan keadaan badan lemah dan suara serak.
- Baru nak fikir jalan cerita dan rancang shooting MV seminggu sebelum hari raya menjelma.
- Ingat hari ni siap mastering, malam ni juga lagu terus boleh keluar kat Spotify dan TikTok.
Haaa… kan? Kan? Anda mesti pernah fikir macam tu kan?
Rasa macam lambat lagi nak puasa, padahal masa tu berlari laju gila tanpa tunggu kita.
- Bulan November dan Disember adalah waktu paling sesuai untuk mula rakam lagu raya. Masa ni studio masih ada ruang bernafas dan pemuzik sesi (sessionist) pun belum sesak dengan tempahan akhir tahun.
- Bulan puasa adalah waktu paling sesuai untuk anda susun strategi rilis lagu raya dan gerakkan kempen pemasaran tanpa perlu fikir pasal masalah teknikal audio lagi.
- Paling koman, bulan 1 (Januari) lagu anda dah kena siap sepenuhnya dan terus submit untuk edaran digital (Spotify, iTunes, YouTube Music, TikTok, dan sebagainya).
Tahun lepas dan tahun-tahun yang lepas memang meriah. Ramai yang buat lagu raya..
ni kami share sikit lagu-lagu raya yang kami dah bantu produce.
Ini feedback dan review yang kami terima.. Apa yang mereka rasa bila bekerjasama dengan kami..
Dah ready nak rakam? TEKAN butang Merah dibawah.
