RAKAM LAGU? NAK JADI ARTIS LA TU!




Tak semestinya…

 

Ada ramai diluar sana yang berbakat dalam bidang seni antaranya mencipta lirik, bermain alat muzik, menyanyi, dan mencipta lagu. Tapi mereka bukan artis mahupun penyanyi.

 

Kerjaya mereka ada diantaranya seorang guru sekolah, doctor, pensyarah, polis, pegawai bank, ahli perniagaan dan lain-lain lagi. Ada yang seawall umur 18 sehingga 50 tahun pun ada.

rakam lagu nak jadi artis

Mereka ini sangat meminati seni muzik. Cumanya mereka tidak memilih penyanyi atau artis sebagai kerjaya utama mereka.

 

Jadi, mereka ini rakam lagu sebab apa?

 

Ini 5 sebab mereka rakam lagu. Mungkin ada diantara salah satu sebab ini, anda juga turut rasa nak rakam lagu.

#1 Suka-suka

Dari hasil dapatan menemuramah setiap pelanggan kami, suka-suka antara sebab yang paling tinggi mereka nak rakam lagu. Nak seronok-seronok sahaja. Memiliki rakaman lagu sendiri sama sahaja seperti hobi yang lain seperti karaoke, bermain futsal, berjogging, memancing dan lain-lain.




#2 Hilangkan stress

Berkarya atau mencipta lagu boleh menghilangkan tekanan yang terbuku dalam hati seseorang. Seseorang yang putus cinta, bergaduh dengan kawan, geram dengan seseorang, benci akan keganasan atau apa sahaja perasaan yang ingin diluahkan, akan diterjemahkan dalam sebuah lagu.

hilangkan stress

Mencipta lagu adalah salah satu medium yang sangat sesuai.

 

#3 Hadiah untuk seseorang

Kalau dahulu, bila nak beri hadiah kepada seseorang lazimnya dalam bentuk material seperti jam tangan, tas tangan, atau telefon pintar.

 

Bagi anda yang berjiwa seni, Lagu boleh dijadikan sebagai hadiah untuk diberikan kepada insan yang kita kasihi.




#4 Untuk kenang-kenangan

Golongan ini pun ramai juga. Rakam lagu sebab untuk dijadikan kenangan. Terutamanya mereka yang dalam lingkungan umur 35-50 tahun.

 

Sewaktu mereka diusia muda, mereka ada banyak lagu yang dicipta. Tetapi Ketika itu, tiada studio rakaman seperti sekarang. Dahulu nak rakam lagu memang hanya untuk artis. Sekarang pelbagai jenis studio rakaman yang wujud. Bukan untuk artis sahaja. Harga pun lebih murah.

 

Jadi, inilah peluang yang mereka ada untuk rakam kesemua lagu-lagu yang mereka pernah cipta dahulu.

 

#5 Mencari pengalaman

Ada diantara mereka yang rakam lagu atas sebab nak mencari pengalaman. Perasaan ingin tahu bagaimana sesebuah proses lagu itu dijadikan menjadikan mereka teringin nak rakam lagu.

 

Bagi mereka yang pertama kali nak rakam lagu, ini lah masanya mereka nak rasai sendiri apa yang dilalui oleh seorang penyanyi. Rakam lagu bukan seperti “karaoke”. Feel nya berbeza sama sekali. Rakam lagu lebih rumit tetapi menyeronokkan.

arrow

ANDA SALAH SATU DARI 6 SEBAB YANG KAMI BERITAHU TADI? KLIK LINK INI. JOM !

Rugi kalau rakam lagu banyak-banyak, tapi tak daftar MACP. Anda boleh dapat MACP. Klik SINI untuk muat turun Ebook PERCUMA cara daftar. 




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *