5 Aplikasi Wajib Install Di Smart Phone Untuk Mereka Yang Minat Cipta Lagu




Untuk anda yang memang minat mencipta lagu, ada beberapa aplikasi yang dapat bantu memudahkan anda. Bukan apa, kadang-kadang idea datang ni secara tak sengaja. Waktu tengah buat kerja lain, waktu itulah idea nak datang.

Kadang-kadang waktu tengah memandu kereta idea datang lalu berbisik dekat telinga kita. Yang paling kerap idea datang waktu dalam tandas, sewaktu mandi. Siapa macam ini? Masa tengah mandi tu lah idea mencurah-curah.

Jadi, dengan beberapa aplikasi ini boleh sedikit sebanyak bantu “save” idea anda itu dari hilang terus dalam fikiran anda.

Bukan itu sahaja, ada beberapa aplikasi yang kami kongsikan ini juga dapat bantu anda untuk membuat content yang menarik dan cantik di media social anda. Nak buat video cover, mesti nak kena kemas, ada intro outro, ada motion grafik tulisan. Barulah sedap mata memandang.

 

5 Aplikasi ini anda wajib install dalam smart phone anda.

 

#1 Mini Piano Lite

mini piano lite

Untuk anda yang nak cipta melodi tanpa memerlukan alatan muzik fizikal, aplikasi ini sangat sesuai untuk anda. Walaupun nama aplikasi ini Mini Piano, tetapi dalamnya ada juga bunyi alatan muzik yang lain seperti gitar, organ, bass, brass dan lain-lain lagi.
Aplikasi ini juga ada fungsi rakaman. Kalau anda ada melodi yang anda nak save, hanya tekan sahaja butang Record.

 

#2 Bandlab

bandlab

Aplikasi ini lebih banyak ciri dan pelbagai. Boleh dikatakan lebih lengkap berbanding Mini Piano Lite yang hanya ada pilihan alatan muzik dan rakaman. Bandlab mempunyai fungsi rakaman suara dan audio.

Kalau anda nak rakam idea anda melalui humming, boleh rakam audio guna Bandlab. Yang menariknya, anda boleh save project rakaman anda kemudian anda boleh kongsikan projeck rakaman anda kepada orang lain.




#3 Pro Guitar Tuner

pro guitar tuner

Aplikasi ini paling penting. Kalau tiada aplikasi ini, macam mana anda nak tune gitar? Sebelum petik gitar tu, Tune dahulu talinya. Jangan biarkan sumbang.

#4 Canva

canva

Nak cantikkan poster anda? Guna Canva. Sangat mudah digunakan sebab terlalu banyak template percuma untuk anda gunakan. Selepas ini jika anda nak buat posting di media social tak perlu risau lagi. Canva boleh bantu anda beri idea nak bagi cantik paparan akaun media sosial anda.

 

#5 Inshot

inshot

Aplikasi ini tidak lagi asing di kalangan pengguna media sosial. Sebelum anda muat naik video cover anda di media sosial, anda boleh edit menggunakan aplikasi Inshot ini. Sangat mudah nak digunakan.

 

Kelima-lima diatas, yang mana satu anda belum install lagi?

 

arrow

LAGU DEMO DAH BANYAK DALAM PHONE TAPI MASIH BELUM RAKAM DI STUDIO? KLIK SINI UNTUK KETAHUI PAKEJ RAKAMAN

Nak belajar bagaimana cara jana pendapatan melalui algu-lagu yang anda cipta? Klik SINI untuk muat turun




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *