7 Sebab Kenapa Orang Biasa Pun Nak Rakam Lagu – Bukan Hanya Penyanyi Profesional.

Tak semua orang yang masuk studio rakaman bercita-cita nak jadi penyanyi profesional. Ramai juga yang datang sekadar nak merakam lagu untuk tujuan tertentu.

Ini kerana muzik telah menjadi medium untuk mereka ekspresikan diri. Kalau anda pernah terfikir nak rakam lagu, mungkin sebab-sebab ini boleh jadi inspirasi anda juga!

#1 Luahan Emosi & Kreativiti

Muzik adalah salah satu cara yang menarik untuk meluahkan apa yang kita rasa. Kadang-kadang, perasaan sedih, gembira, atau marah lebih mudah diungkapkan melalui lagu berbanding kata-kata biasa.

Dengan mencipta lagu sendiri, anda bukan sahaja berkongsi cerita peribadi, tetapi juga membiarkan kreativiti mengalir tanpa batas.

Contohnya, ada seseorang yang merakam lagu tentang kehilangan orang tersayang. Lagu itu menjadi terapi emosi untuk dirinya.

#2 Kenangan Yang Tak Akan Dilupakan

Lagu boleh menjadi simbol kenangan manis. Bayangkan lagu itu dimainkan semula bertahun-tahun kemudian; perasaan yang sama akan kembali.

Sebagai contoh, seorang pensyarah pernah merakamkan lagu khas untuk anak-anak muridnya sebagai hadiah. Lagu itu bukan sekadar “lagu”, tetapi kenangan perjuangan seorang guru dan murid yang akan diingati sepanjang hayat.

#3 Hadiah Unik Untuk Orang Tersayang

Nak beri hadiah yang lebih bermakna? Rakam lagu! Tak ramai yang terfikir nak buat hadiah seperti ini, jadi ia akan jadi sesuatu yang sangat istimewa.

Contohnya, seorang suami merakamkan lagu cinta untuk sempena perkahwinan mereka. Bila lagu itu dimainkan semasa majlis resepsi, anda boleh bayangkan tak, apa perasaan si isteri bila mendengarnya? Boleh cair si isteri!

#4 Menaikkan Keyakinan Diri

Sebelum ini mungkin anda pernah rasa sedikit kurang yakin terhadap bakat menyanyi atau mencipta lagu. Selepas rakam, anda akan terkejut dengan hasilnya!

Rakaman di studio boleh mempersiapkan suara anda untuk maju setapak. Dan hasil akhirnya boleh buat anda rasa lebih yakin dan terus untuk lebih berkarya.

#5 Hidupkan Semula Cita-Cita Lama

Yang ini tidak kurang ramai yang kami jumpa. Ramai yang pernah berimpikan untuk menjadi seorang penyanyi atau pencipta lagu, tetapi belum lagi ada rezeki.

Walaupun tidak menjadi kerjaya utama, tak ada salahnya. Tetap mereka mencuba berkarya dan mula merakamkan lagu walaupun sebagai “side hustle”.

#6 Bina Portfolio Untuk Lagu Ciptaan Sendiri

Ada juga yang rakam lagu bukan untuk dinyanyikan sendiri, tetapi untuk dijual atau diberikan kepada penyanyi lain.

Mereka fokus untuk membina nama dalam industri muzik sebagai komposer atau penulis lirik dengan mencipta seberapa banyak lagu.

#7 untuk Viral Di Media Sosial

Bagi sesetengah orang, muat naik lagu di TikTok, Instagram, atau YouTube boleh jadi langkah pertama untuk mencipta nama.

Apabila sudah ada nama, sudah ada banyak pengikut, mereka akan mula menjual produk. Yang ini, Founder Bisnes suka!

arrow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *