Jika anda baru nak menceburkan diri dalam dunia muzik, mesti ada banyak persoalan tentang bagaimana ciptaan dan rakaman lagu dijalankan. Bagi peminat seni muzik, studio rakaman adalah dunia yang serba-serbi nampak canggih! (alatan rakaman, alat muzik, software)
Tapi, ada juga beberapa mitos yang mungkin anda pernah dengar dan tak semuanya benar.
Apa mitos yang sebenarnya anda perlu tahu apabila nak libatkan diri dalam dunia seni muzik ini?
Jom baca…

#1 Tak mahir menyanyi pun boleh, guna Autotune je!
Realitinya : Autotune ini adalah alat untuk bantu betulkan nada suara anda yang tak betul. Tapi anda tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan alat ini untuk “cover” atau jadikan suara anda kedengaran hebat. Anda tetap perlu latih vokal anda untuk dapatkan hasil rakaman vokal yang baik.
#2 Bergantung 100% kepada bakat
Realitinya : Bakat memang penting, tetapi usaha dan latihan perlu berjalan seiring. Kerja keras memberikan peranan yang besar untuk dapatkan hasil seni yang bagus. Sentiasa belajar, perbaiki teknik dan tambah ilmu-ilmu baru.
#3 Rakam 1 lagu terus boleh viral
Realitinya : Tak semua ada “luck” sebegitu. Malah, komposer yang hebat pun, ada sahaja lagu-lagu yang mereka hasilkan tidak menjadi. Realitinya, nak dapatkan 1 lagu berhasil memerlukan berpuluh-puluh penghasilan lagu yang lain.
4 Peralatan mahal = Rakaman hebat!
Realitinya : Tidak semestinya. Ya, peralatan yang bagus memang membantu, tapi tak semestinya menghasilkan rakaman yang sempurna. Teknik menyanyi, cara mengendalikan alatan rakaman, cara menyampaikan emosi, dan kreativiti dalam menggunakan perisian rakaman juga memainkan peranan yang sangat penting.
#5 Dalam Studio kena serius
Realitinya : Studio sepatutnya jadi tempat yang seronok dan santai. Keadaan yang selesa dan tidak terlalu tegang akan mengurangkan tahap stress penyanyi. Keadaan ini juga akan membantu penyanyi untuk lebih kreatif ketika sesi rakaman. Suasana mesra dan tenang di studio akan jadikan pengalaman rakaman lebih seronok dan bermakna.
Dunia seni muzik ini sebenarnya taklah serumit yang disangka. Yang penting, anda membuat persiapan mental, belajar teknik-teknik baru, usaha yang berterusan, anda boleh hasilkan karya yang berkualiti dan memuaskan.
