5 Tip Wajib Sebelum Masuk Studio Rakam Vokal – untuk Amatur.

Anda baru nak masuk studio untuk rakam vokal buat pertama kali? Jangan risau.

Kami ada 5 tip penting untuk bantu anda bersedia sebelum sesi rakaman vokal anda. Tak kisah apa jenis lagu yang anda nak rakam pun, yang penting suara anda berada pada tahap yang terbaik. Jom kita tengok apa yang anda perlu buat!

#1 latihan Vokal Sekurang-kurangnya 1 Minggu Sebelum Rakaman.

Menurut Jurulatih vokal Ken Taylor, berlatih sekurang-kurangnya seminggu sebelum sesi rakaman dapat membantu memastikan vokal anda lebih stabil dan lancar.

Tak perlu berlatih lama sangat pun. 30 minit – 1 jam sehari pun sudah memadai. Yang penting, semasa sesi latihan fokus kepada :

  • Melodi lagu
  • Dinamik vokal
  • Kawalan nafas
  • Kelancaran menyampaikan lirik.

Contoh : Kalau lagu yang anda nak rakam adalah genre balada, berlatih lebih pada dinamik dan kawalan nafas. Jika lagu yang anda nak rakam adalah Rap, fokus kepada kelancaran setiap patah-patah lirik.

#2 Latihan Nada Tinggi dan Kawalan Nafas.

Menurut jurulatih vokal professional Brett Manning, teknik pernafasan yang betul dan latihan nada tinggi seperti latihan “sirens” adalah kunci untuk mencapai nada tinggi tanpa menekan suara anda.

Kawalan nafas pula penting supaya suara anda tak cepat habis sewaktu menyanyi. The Vocalist Studio mencadangkan latihan pernafasan seperti menarik nafas dalam-dalam melalui hidung kemudian lepaskan perlahan-lahan untuk membina stamina vokal.

#3 Rasai Emosi lagu

Jurulatih Vokal Cheryl Porter menekankan pentingnya menyampaikan emosi dalam setiap lagu. Untuk lagu sedih, bayangkan situasi sebenar yang menyedihkan atau kaitkan lirik dengan pengalaman peribadi anda.

Bila anda rasa emosi itu, ia akan lebih mudah terpancar dalam suara anda.

#4 Jaga Kesihatan Suara Anda.

Jaga kesihatan vokal anda terutamanya dalam tempoh seminggu sebelum sesi rakaman vokal anda bagi mengelakkan suara anda keletihan.

Pastikan anda cukup rehat, elakkan makan atau minum berlebihan (terlalu kenyang) sebelum sesi rakaman.

#5 Datang Studio Dengan Penuh Persiapan

Datang ke studio dengan membawa Salinan lirik, pensel/pen, dan air kosong. Walaupun anda mungkin dah hafal lirik lagu yang anda nak rakam, dengan membawa lirik, lebih mudah untuk anda membuat sebarang nota pada lirik sekiranya perlu.

arrow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *