Merilis lagu pertama adalah langkah yang besar bagi setiap penyanyi baru. Terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali meriliskan lagu Single.
Selain dari bilangan pendengar yang menjadi keutamaan, antara kunci utama kejayan bagi setiap rilisan lagu adalah kita dapat sasarkan kepada pendengar yang tepat dan betul.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 5 langkah penting yang anda perlu ambil tahu sebelum rilis lagu anda di platform digital.
#1 Siapkan Visual dan Branding
Sebelum lagu anda dirilis, anda memerlukan Cover Art dan Logo untuk menggambarkan identiti dan muzik anda. Visual yang menarik akan membantu mencipta “hook” yang kuat.
Platform seperti Canva atau Fiver membolehkan anda mendapatkan pereka grafik pada kos yang berpatutan. Pastikan reka bentuk Cover Art anda sesuai untuk semua platform digital contohnya :
3000 x 3000 pxl.
Pro Tip :
Gunakan warna dan imej yang sepadan dengan mood lagu anda.
#2 Cipta Strategi kandungan Media Sosial
Anda perlu memanfaatkan platform media social seperti youTube, TikTok, Instagram, Thread, dan Facebook Page untuk membina kehadiran pendengar dan pelawat. Berikut adalah contoh cara anda boleh menggunakan platform :
TikTok & Instagram Reels : Hasilkan video pendek seperti teaser lagu, proses anda mencipta lagu (lirik & melodi), Behind-the-scenes semasa rakaman vokal di studio.
YouTube : Muat naik video teaser atau Video Lirik rasmi. Anda juga boleh muat naik video proses penghasilan lagu anda.
Pro Tip :
Gunakan sebahagian bajet anda untuk mempromosikan posting di Instagram atau Tiktok untuk capaian audiens yang lebih ramai.
#3 Rancang kempen Pra-Rilis (Pre-Save Campaign)
Melancarkan kempen Pre-Save di platform seperti Spotify dan Apple music adalah cara terbaik untuk membina momentum sebelum lagu anda diriliskan. Pre-Save membantu lagu anda meningkatkan peluang untuk dimasukkan ke dalam algoritma platform seperti playlist editorial.
Pro Tip :
Gunakan platform seperti Linkfire atau Hypeddit untuk memudahkan audiens mendapat akses ke pautan Pre-Save.
#4 Jalankan kempen bersama Influencer Mikro
Anda boleh mulakan dengan bajet yang rendah seperti RM400 hingga RM800 untuk anda bekerjasama dengan Influencer Mikro di Tiktok atau Instagram. Influencer Mikro yang mempunyai pengikut 5 ribu hingga 30 ribu mempunyai engagement yang lebih tinggi dan lebih mampu memberikan pendedahan yang lebih lagu anda kepada audiens mereka.
Pro Tip :
Cari influencer yang boleh bantu review lagu, bina konten yang bersesuaian dengan lagu kisah/genre/penceritaan/tema lagu anda.
#5 Strategi rilis lagu 1 bulan sebelum dan selepas rilis.
Pastikan anda mempunyai jadual posting yang konsisten di setiap platform digital anda. Rancang apa posting yang anda perlu muatnaik 1 bulan sebelum dan selepas tarikh rilis. Tetapkan :
Berapa kerap posting dalam 1 minggu?
Apa jenis format posting yang perlu dimuatnaik. Video? Poster?
Apa content yang perlu dimuat naik. Behind-the-scene? Lirik lagu video? Poster Count-down?
Berapa kali nak buat sesi “Live” dalam 1 minggu?
Pro Tip :
Gunakan hashtag yang releven untuk pastikan lagu anda mudah ditemui oleh sasaran audiens anda.
Tak cukup masa nak buat kesemua langkah-langkah yang kami kongsikan tadi?
Banyak benda anda nak kena fikirkan.
Kena buat strategi.
Rancang jadual posting.
Kena buat poster untuk platform digital.
Kena buat cover art.
Kena buat video.
Kesemua ini memang rumit dan susah nak konsisten buat! (jujur cakap..).
Andai kata, kami ada team yang boleh uruskan media sosial anda, anda tak perlu fikirkan apa nak kena buat dan rancang.
Semua itu kami buatkan.
Video – Kami buatkan.
Poster – Kami buatkan.
Design Cover Art – Kami buatkan.
Pelan 1 bulan sebelum dan selepas rilis lagu apa yang perlu dimuatnaik di media sosial anda – kami buatkan.