Berbulan-bulan lagu tak siap. Sebab tak cuba 5 cara mudah ini.

Mencipta lagu sendiri adalah satu pengalaman yang menarik dan juga tidak kurang mencabar! Bagi mereka yang baru mencipta lagu, proses untuk menyiapkan sebuah lagu ini agak rumit dan susah.

Ini fasa yang normal bagi pencipta lagu amatur. Sebenarnya, bagi mereka yang selalu cipta lagu pun, kadang-kadang “stuck” juga.

Dalam artikel ini, kami nak kongsikan 5 cara yang mudah untuk siapkan lagu anda yang berbulan-bulan tak siap tu.

#1 Mulakan dengan kisah atau emosi

Setiap lagu yang hebat mempunyai kisah dan ceritanya. Anda cuba fikirkan emosi atau cerita dan tulis di kertas apa yang anda nak sampaikan dalam lagu. Tulis ringkas sahaja.

Contoh :

Jika anda mempunyai pengalaman putus cinta, bayangkan perasaan, rasa kecewa dan kesedihan yang anda rasa waktu itu. Kemudian, gunakan emosi anda tersebut kepada bentuk lirik seperti;

#2 Tulis lirik seperti puisi

Lirik tak perlu terlalu rumit dan kompleks. Fokus kepada kata-kata yang mudah difahami. Dan yang penting, kata-kata itu mesti jujur dari hati anda.

Contoh :

“… Bintang di langit tak seindah senyumanmu..”

#3 biarkan melodi mengalir secara semula jadi

Cuba nyanyi lirik yang anda dah tulis tadi secara spontan. Ikut sahaja apa yang anda rasa waktu itu. Jangan rasa risau jika melodi itu tak sempurna. Yang penting, Jangan lupa untuk rakam.

Selalunya, melodi yang “sedap” cepat hilang dari ingatan anda.

#4 Eksperimen dengan struktur lagu

Jangan terlalu ikut sangat format Verse – Chorus. Dalam dunia kreatif ini, anda bebas untuk rangka dan susun melodi sebagaimana yang anda nak. Fasa mencipta lagu, kadang-kadang idea Chorus datang dahulu berbanding Verse.

#5 Ambil masa

Anda tidak perlu terburu-buru untuk siapkan lagu itu dalam tempoh masa yang singkat. Maksudnya, ambil sedikit masa dan “rehat” sekejap. Segarkan dulu telinga dan fikiran anda. Buat dulu perkara lain.

Kemudian, dengar dan tengok balik lagu anda selepas beberapa hari. Betulkan dan perkemaskan mana-mana bahagian melodi/ lirik yang perlu.

Cipta lagu ni “best”. Apa-apa pun, nikmati setiap detik proses yang anda lalu semasa cipta lagu. Biarkan kreativiti memandu karya anda.

arrow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *