Studio Rakaman : Dahulu VS Sekarang

Sekarang senang. Nak rakam lagu, tak macam zaman dulu. Teknologi yang kian berkembang dan semakin canggih, memberi kita banyak peluang-peluang baru.

Dulu, nak rakam lagu hanya untuk artis sahaja. Sekarang, siapa sahaja berpeluang untuk rakam lagu.

Walaupun masih ada studio yang kekal dengan cara lama, tetapi umumnya kita dapat lihat banyak studio-studio rakaman muncul kesan dari perkembangan teknologi.

5 perbezaan studio rakaman dahulu dan sekarang.

1. Teknologi

Sekarang – studio modern sekarang banyak menggunakan perisian digital seperti pro Tools, Logic Pro, Cubase, Ableton Live, dan lain-lain Digital Work Station (DAW) atau Software. Rakaman, suntingan dan mixing dilakukan secara digital. Kerja jadi lebih fleksibel dan ketepatan hasil yang lebih tinggi. Hampir semua alatan muzik sudah ada dalam bentuk VSTi.

2. Kos

Dahulu – Sudah tentu studio rakaman dahulu lebih mahal. Alatannya sahaja sudah mencecah puluhan ribu. Malah ada alatan yang mencapai ratusan ribu jumlah harganya. Pelaburannya sangat besar.

Sekarang – Dengan kemunculan DAW dalam pasaran, audio interfaces, Condensor Mic, Plugin, VSTi Plugin, Home Studio menjadi kebiasaan dizaman sekarang. Bukan sahaja Artis, malah siapa sahaja yang berkeinginan untuk rakam, boleh merakamkan lagu sendiri.

3. Ruang Keluasan

Dahulu – Mempunyai saiz yang besar dan direka khas untuk pelbagai jenis tujuan yang spesifik seperti bilik rakaman Drum, Vokal, Gitar, Orkestra dan sebagainya.

Sekarang – Keluasan bilik tidak menjadi masalah. Seluas bilik tidur sahaja boleh berubah jadi studio rakaman. Bilik pula tidak perlu kedap bunyi. Cukup ada langsir, sofa, karpet, span telur yang hanya perlu tutup sebahagian dinding sahaja.

4. Gerak Kerja

Dahulu – Kerja-kerja rakaman memerlukan pemuzik untuk datang ke studio secara fizikal.

Sekarang – Kerja lebih fleksibel. Pemuzik dan penyanyi mempunyai pilihan untuk bekerja dari lokasi yang berbeza. Fail-fail rakaman boleh dikongsi secara atas talian. Ianya membolehkan kerja-kerja produksi dijalankan tanpa perlu keberadaan semua orang di studio yang sama.

5. Rilisan dan Capaian

Dahulu – Selepas siap rakaman lagu, kerja-kerja pengedaran lagu adalah dalam bentuk fizikal seperti piring hitam, kaset dan CD. Untuk menyampaikan muzik kepada pendengar, pihak artis/penyanyi akan bekerjasama bersama syarikat label dan pengedar.

Sekarang – Dengan adanya platform digital seperti Spotify, iTunes, YouTube Music, capaian lebih tinggi dan lebih jimat. Pengkarya sekarang tidak perlu lagi melalui syarikat label dan pengedar. Mereka boleh rilis lagu sendiri sahaja.

arrow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *