6 Aplikasi Cipta Lagu menggunakan AI yang anda patut cuba.

Teknologi yang kian berkembang pada era ini memudahkan setiap urusan kerja manusia pada masa sekarang.

Dengan teknologi sedia ada ditambah pula dengan kemajuan AI, semua orang sudah mampu cipta muzik tanpa perlu bersusah payah untuk belajar pengkhususan dalam bidang muzik.

Contohnya, kehadiran 6 aplikasi muzik yang kami kongsikan ini. Semudah anda hanya perlu “prompt” sahaja, muzik dan lagu yang anda inginkan terhasil.

Kami kongsikan 6 aplikasi dan platform yang anda boleh cuba untuk bantu anda hasilkan muzik dan lagu yang anda inginkan.

1. Aiva

https://www.aiva.ai

2. Boomy

https://boomy.com

3. Amadeus Code

https://amadeuscode.com/app/en

4. Soundraw

https://soundraw.io

5. Loudly

6. Suno

https://suno.com

kenapa perlu guna AI untuk cipta muzik? Sedangkan manusia masih lagi mampu mencipta muzik yang lebih unik dan “hidup”…

Tidak dinafikan, AI boleh memberikan kepada kita sebagai pengguna beberapa kelebihan, tetapi tidaklah bermaksud AI akan menggantikan penciptaan muzik manusia sepenuhnya.

Alat, tetaplah alat.

AI muzik ini boleh dijadikan sebagai :

  • Dengan bantuan AI, ianya mampu membantu kita membuat muzik dan lagu lebih pantas. Paling tidak pun, AI dapat bantu kita siapkan lagu yang tak siap-siap lamanya.
  • Kita dapat teroka keluasan genre muzik dan dapat memberikan inspirasi baru. Ini dapat membantu kita untuk keluar dari zon selesa dan dapat mencipta sesuatu yang unik dan baru.
  • Dengan bantuan AI, ia boleh berfungsi sebagai alat bantuan, cadangan dan panduan kepada kita yang baru berjinak-jinak dalam bidang muzik.
  • AI memberi peluang kepada semua orang untuk mencuba bermuzik. Kalau dahulu, muzik hanya untuk golongan yang berdarah “seni”. Sekarang, siapa-siapa sahaja boleh cuba untuk mencipta muzik.

Walaupun begitu, muzik yang diciptakan oleh AI tidak akan dapat menandingi hasil ciptaan manusia. Muzik dan lagu yang dihasilkan oleh AI sepenuhnya, seolah-olah hilang roh dan emosi.

Seorang manusia yang melalui fasa pengalaman peribadi seperti rasa sedih, rasa gembira, rasa suka ini perlu bagi menghasilkan sebuah karya penuh ekspresi dan emosi. Barulah sesebuah lagu itu “hidup”.

AI hanya alat. Alat yang dapat bantu kita memperkayakan lagi proses kreatif.

arrow

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *