Daftar RPM – Penyanyi pun boleh dapat royalti.

Sebelum ni, kami banyak kongsi tentang MACP, sebuah badan kutipan dan agihan untuk pencipta lagu dan penulis lirik. Siapa yang belum pernah baca, boleh baca disini :

Sebenarnya ada 1 lagi badan kutipan dan agihan tetapi untuk penyanyi dan pemuzik.
Recording Performers Malaysia Berhad (RPM). Siapa pernah dengar? Kalau belum, teruskan baca.

Apa itu Recording Performers Malaysia Berhad (RPM)?

RPM adalah badan yang bertanggungjawab membuat kutipan dan agihan royalti kepada ahlinya. Beza RPM dengan MACP adalah, MACP buat kutipan dan agihan untuk penulis lirik dan pencipta lagu.

Tetapi RPM adalah untuk penyanyi dan pemuzik yang terlibat dalam pembikinan sesebuah lagu tersebut.

Dalam ahli RPM itu, terbahagi kepada 2 kategori iaitu :

  1. FP – Featured Performer
  2. NFP – Non Featured Performer

Untuk memudahkan anda lebih faham, kami berikan contoh :

Tajuk lagu : Genderang Cinta
Penyanyi : Yasser Sharifudin (RPM) Featured peformer
Lirik : Dalin Lienda (MACP)
Komposer : Ili Akmal (MACP)
Pemain keyboard : Hazwan Ariff (RPM) Non Featured performer
Pemain Gitar : Hazwan Ariff (RPM) Non Featured performer
Pemain Percussion : Zufar Adzahan (RPM) Non Featured performer
Pemain Bass : Syahir Miswan (RPM) Non Featured performer
Midi Programmer : Syahir Miswan (RPM) Non Featured performer

Dari mana mereka dapat dana untuk buat kutipan dan agihan? Sama juga seperti MACP iaitu bayaran permit akan dikenakan kepada TV, Radio, pusat beli belah, panggung wayang, restoran, pusat karaoke, gig, dan hotel.

Semua penggiat seni layak untuk mendaftar bersama RPM. Syaratnya pun tak susah. Lagu anda itu mestilah dirakam dan dimainkan di Malaysia.

Dari segi pecahan royalti, untuk FP adalah sebanyak 65%, manakala NFP pula adalah sebanyak 35%. Tinggikan pecahan royalti untuk penyanyi? Rugi kalau tak daftar.

Kebanyakan pelanggan kami yang rakam di Longan Garage Studio adalah mereka yang menyanyikan lagu ciptaan sendiri. Bermaksud, anda boleh daftar MACP dan juga RPM (Featured Performer).

Macam mana nak daftar RPM?

Langkah 1 : layari website RPM : https://www.rpm.my/
Langkah 2 : Klik PERFORMER dan klik MEMBERSHIP.

Langkah 3 : Klik JOIN RPM NOW.

Langkah 4 : Klik CREATE AN ACCOUNT untuk yang belum ada akaun.

Langkah 5 : Selepas anda cipta akaun, Log-in dan kemudian akan keluar paparan MY DASHBOARD.

Langkah 6 : Klik pada MY APPLICATIONS dah isi borang secara atas talian.

Sekiranya anda ada sebarang masalah, atau pertanyaan, boleh terus hubungi mereka di nombor ini :
03-64118336.

arrow

LAMA DAH CARI STUDIO YANG BOLEH BANTU SIAPKAN RAKAMAN LAGU? TEKAN SINI.

Sumber :

https://www.rpm.my/
https://www.youtube.com/watch?v=2dWOvbKNvig

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *