Artikel kali ini kami akan kongsikan kepada anda pelbagai cara untuk anda yang mempunyai bakat dalam nyanyian dan juga mencipta lagu menjana pendapatan sampingan.
Mungkin ada dikalangan anda yang masih belajar, atau sudah mempunyai kerja yang tetap. Dalam suasana sekarang, membuat kerja sampingan itu sudah tidak asing lagi.
Ramai sahaja yang bergiat dalam industri muzik di Malaysia ini, bukan menjadikan muzik sebagai mata pencarian yang utama. Dalam kalangan mereka juga ada yang bermuzik secara “part time”. Mereka ada yang mempunyai kerja tetap.
Kami ingin kongsikan pada anda, 5 sumber untuk anda jana pendapatan sampingan anda.
#1 YouTube
Anda boleh jana pendapatan sampingan melalui video-video cover nyanyian anda di YouTube. Semakin banyak jumlah tontonan video anda, semakin banyak pendapatan anda.
Tetapi, YouTube menetapkan syarat untuk melayakkan Channel YouTube anda boleh untuk Monetized.
Anda boleh .
#2 Undangan Persembahan (Show)
Melalui video-video cover yang anda muatnaik, akan ada bakal pelanggan yang berminat dengan nyanyian anda dan bakal ditawarkan untuk membuat persembahan di majlis mereka.
Contohnya seperti majlis perkahwinan, majlis korporat, makan malam dan sebagainya. Pastikan video anda menarik dan kualiti nyanyian anda ditahap yang baik. Ianya supaya mudah untuk anda mendapat pelanggan.
#3 Busking
Selain dari membuat video cover di YouTube, anda juga boleh luangkan masa anda untuk turun “padang” membuat persembahan di jalanan. Melalui Busking, sangat membantu dalam membina keyakinan dan tahap persembahan anda.
Peratusan untuk anda mendapat “show” sangat tinggi berbanding video cover di YouTube. Bakal pelanggan dapat mendengar dan menonton secara langsung persembahan anda.
#4 Jual Lagu
Sekiranya anda juga berbakat dalam penulisan dan penciptaan lagu, anda boleh juga jual lagu anda kepada mana-mana penyanyi yang berminat untuk membeli lagu anda. Maksud Jual lagu yang saya maksudkan ini adalah jual hak cipta anda itu kepada pembeli.
Untuk kaedah ini, anda tidak boleh menuntut apa-apa terhadap lagu yang anda telah jual itu. Berapa nilai lagu yang anda jual? Terpulang kepada urusniaga anda Bersama pembeli yang berminat membeli lagu anda. Mungkin RM500, RM1000, atau RM5000 per lagu.
#5 Royalti
Cara ini rasanya anda pun tahu. Untuk jana pendapatan melalui royalti, anda perlu menjadi ahli MACP. Setiap tahun MACP akan membuat agihan royalti kepada semua ahli-ahlinya. Berapa banyak royalti yang anda akan perolehi adalah bergantung kepada kekerapan lagu anda di putarkan di radio, TV, streaming dan sebagainya.
Sekiranya anda belum lagi mendaftar dengan MACP, anda boleh klik link ini untuk bacaan:
1. https://longangarage.com/blog/2017/10/04/buat-duit-dengan-lagu-part-1/
2. https://longangarage.com/blog/2017/10/05/buat-duit-dengan-lagu-part-2/
Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda. Kongsikan pada rakan-rakan anda yang lain juga ya!