Buat Duit Dengan Lagu ? [PART 1]

Klik link untuk dapatkan rakaman demo pertama anda dengan serendah RM600 ! 

http://rakamlagu.wasap.my

Ramai yang tak tahu sebenarnya, kita boleh buat duit dengan setiap lagu yang kita cipta ! macam mana tu?

Untuk pencipta lagu (Komposer) dan pencipta lirik (penulis lirik), mereka membuat duit dengan royalti lagu. Setiap lagu yang dicipta, mereka daftar lagu-lagu tersebut kepada MACP. Setiap komposer dan penulis lirik yang berdaftar dengan MACP, layak untuk menerima royalti dari MACP sekiranya lagu-lagu mereka dikeudarakan.

MACP adalah singkatan kepada Music Authors Copyright Protection yang mana merupakan organisasi bukan berasaskan keuntungan (Non-Profit Organisation) yang mana fungsi utamanya untuk memberikan lesen kepada pemuzik dan membayar komposer, penulis lagu dan penerbit apabila karya mereka ditayangkan dan dipersembahkan kepada awam secara langsung atau melalui stesen radio dan television.

 

Dari mana datang nya duit MACP untuk membayar kepada setiap ahli MACP ?

Pernah tak kita pergi mana-mana shopping mall, restoran-restoran yang ada di shopping mall yang ada logo MACP di pintu-pintu kedai ?

Setiap kedai atau premis yang pasang lagu atau radio kedai mereka, perlu memiliki lesen dari MACP. So setiap tahun pemilik premis atau kedai akan membayar lesen kepada MACP. Bukan sahaja di shopping mall yang memerlukan lesen MACP ni, mana-mana tempat yang pasang lagu dikhalayak ramai, perlu ada membayar lesen ini.

 

Apa kelebihan menjadi ahli MACP ?

Setiap ahli berhak untuk mendapatkan royalti bagi setiap karya muzik mereka yang telah dipersembahkan kepada pihak awam secara langsung ataupun rakaman, radio dan televisyen.

Keahlian adalah PERCUMA. Royalti akan diagihkan sekali setahun dengan pengecualian kepada sesetengah kondisi yang memerlukan royalti diagihkan beberapa kali setahun.

Setiap ahli diberi peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti MACP yang melibatkan muzik seperti bengkel muzik, sukan tahunan, majlis makan malam, seminar dan banyak lagi.

 

Best kan ? Siapa yang menjadi ahli MACP, memang boleh buat duit dengan hanya cipta lagu sahaja !

Posting ni belum habis lagi. Akan ada sambungan lagi. Share sekiranya bermanfaat !

 

Layari Laman web kami untuk ketahui lebih lanjut tentang rakaman lagu.

www.longangarage.com

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *