Sebelum Anda Nak Jadi Penyanyi, Ini 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Perjalanan sebagai seorang penyanyi bukan semuanya indah.

 

Perjalanannya berliku.

 

Penuh duri.

 

Penuh ranjau.

 

 

Cabaran yang datang bukan nya mudah.

 

 

Anda perlu tempuh sekiranya anda nak berjaya dalam bidang nyanyian ini.

 

 

Sebagai penyanyi baru, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu dan hadam.

 

 

Di artikel ini, saya kongsikan 5 perkara yang anda perlu tahu, sebelum anda berhajat untuk menjadi seorang penyanyi.

#1 Korban masa & tenaga

Masa dan tenaga anda akan diperah secukupnya! Percayalah. Anda akan kurang waktu tidur. Anda akan kurang waktu berehat. Masa dan tenaga anda akan habis hanya untuk latihan, latihan, dan latihan.

 

#2 Wang

Untuk menjadi seorang penyanyi, wang bagaikan jadi taruhan. Banyak wang yang anda perlu labur untuk perjalanan seni anda. Anda perlu labur kos untuk rakaman lagu, kelas vokal, belanja pemasaran, kos duit minyak dan tol, kos beli barang alatan muzik, dan sebagainya.

 

#3 Fizikal & mental yang kental

Zaman media sosial sekarang, anda tersilap sikit sahaja, anda akan dapat komen dan kecaman yang akan mematahkan semangat anda. Jika anda hati “tisu”, lupakan sahaja hasrat anda untuk jadi penyanyi. Dunia nyanyian ini kejam dan tiada belas kasihan!

 




 

 

#4 Konsisten

Jika anda tidak konsisten, apa sahaja yang anda buat, tentu tidak akan menjadi. Untuk menjadikan anda seorang penyayi yang bagus, anda perlu konsisten membuat latihan nyanyian. Anda juga perlu konsisten menambahbaik tahap nyanyian anda dengan menambah ilmu-ilmu baru.

 

#5 Anda perlukan Team!

Anda takkan boleh berjaya sorang-sorang. Anda sememangnya perlukan team atau pasukan. Anda tidak mampu untuk membuat semua perkara dalam satu masa. Bina team supaya gerak kerja akan lebih tersusun dan berkesan.

 

Perkongsian ini bukannya untuk melemahkan atau menakut-nakutkan anda.Sekiranya anda betul-betul berazam untuk menjadi seorang penyanyi yang berkualiti dan bagus, anda tidak akan gentar setiap cabaran yang datang.

 

 

Jalan terus. Hiraukan suara-suara sumbang yang nak menjatuhkan anda. Tutup mulut mereka dengan kejayaan yang anda kecapi suatu hari nanti.

 

 

Teruskan!

 

ANDA DAH BERSEDIA UNTUK MEMBUAT RAKAMAN DENGAN KAMI? KLIK SINI!

 

Anda suka dengan artikel kami? Daftar PERCUMA dengan klik SINI – Anda akan dapat terus artikel ke email anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *