Kenapa Sesebuah Lagu Itu Jadi “Sedap” Didengar? Ini 5 Sebabnya!

Kadang-kadang kita perasan tak kenapa kita suka pada sesebuah lagu itu? Ada beberapa faktor yang menjadikan sesebuah lagu itu diangkat sebagai “Sedap” ditelinga kita. Bagi sesetengah orang, sesebuah lagu itu “sedap” ditelinga kita, tetapi belum tentu di telinga orang lain.

 

Inilah seni. Ianya bersifat subjektif. Jika kita hidangkan 1 lagu kepada 10 pendengar, tentu pendapatnya berbeza. Ada yang akan kata “sedap” dengan sebab-sebanya tertentu, dan begitulah sebaliknya.

 

Disini kami kongsikan kenapa sesebuah lagu itu jadi “sedap” didengar.

 

#1 Lirik & melodi


Ada sesetengah lagu, mempunyai kekuatan dari segi penulisan lirik dan melodi itu. Menjadikan pendengar suka akannya. Bab lirik dan melodi, jarang untuk orang hargai nilai keseniannya. Tetapi bagi lagu yang kaya dengan nilai seni yang tinggi, tetap ada peminatnya tersendiri walaupun bilangannya kecil.

 

#2 Susunan lagu (Music Arrangement)


Bagi sesetengah pendengar, mereka mengangkat sesebuah lagu itu “sedap” ditelinga mereka adalah kerana susunan lagu. Antaranya adalah pengengar yang minat dengan genre” seperti Rock, Metal, Jazz, atau instrumental. Genre seperti ini, skil pemuzik dalam permainan sesesebuah lagu itu lebih dominan.




#3 Suara penyanyi yang hebat


Ada juga pendengar yang suka dengan sesebuah lagu itu disebabkan kebolehan seseorang penyanyi itu. Sebagai contoh lagu dari kumpulan Steelheart – She’s Gone. Rata-rata mereka yang suka dengan lagu ini adalah kerana penyanyi ini mampu menyanyi dengan pitch yang tinggi.

 

#4 Dengar secara berulang-ulang


Kekerapan ulang dengar pada sesebuah lagu itu boleh mendorong kita untuk minat pada lagu tersebut. Contoh yang mudah adalah lagu-lagu yang diputarkan diradio. Kekerapan sesebuah stesen radio memutarkan lagu tersebut menjadi asbab kenapa pada awalnya kita tak suka lagu itu, kemudian boleh jadi suka!

 

#5 Nostalgia


Ada sesetengah lagu memerlukan masa untuk dia jadi “Sedap” ditelinga kita. Mungkin bertahun-tahun baru lagu itu kena dengan selera kita. Ianya memakan masa mungkin kerana pada waktu lagu itu diriliskan, pendengar belum boleh terima genre lagu tersebut. Selepas 10 tahun, baru lagu itu relevan.

 

Kami perlukan bantuan anda!

Boleh tak anda kongsikan pada kami lagu-lagu yang anda suka? Kami juga mahu dengar koleksi lagu-lagu anda. Kita boleh bertukar-tukar citarasa lagu. Menarik kan?

 

Caranya mudah sahaja.

  1. Anda klik butang Subscribe dibawah – Akan bawa anda ke pautan Channel YouTube Kami.
  2. Tekan Subscribe dan tekan loceng 😉
  3. Nyatakan lagu-lagu kesukaan anda diruangan komen mana-mana video  untuk kami dengar dan review. Contoh : Siti Nurhaliza – Anta Permana.

 

Okay. Mulakan langkah pertama anda dengan klik butang dibawah ini.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *