4 Cara Menghayati Dan Menjiwai Lagu Dalam Nyanyian

Dalam persembahan nyanyian, yang membezakan seseorang penyanyi itu dapat menyampaikan sesebuah lagu itu dengan baik atau tidak adalah dengan melihat kesan kepada pendengar itu.

Kalau persembahannya biasa-biasa sahaja, pendengar tidak akan dapat rasa apa yang ingin disampaikan dalam penceritaan lagu.

Jika persembahan nyanyiannya bagus, sudah tentu pendengar akan terkesan dan dapat merasai apa yang disampaikan oleh penyanyi.

Untuk menghayati dan mejiwai sesebuah lagu, sebenarnya bukan lah perkara yang senang. Ianya sudah tentu memerlukan banyak latihan. Bukan dalam satu malam , tetapi berbulan-bulan malah bertahun.

Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan 4 cara nak hayati dan menjiwai lagu yang anda nyanyikan. Tip ini kami perolehi dari penyanyi-penyanyi yang berpengalaman dalam industry. Kami wawancara sendiri mereka dan ini yang dapat kami simpulkan.

 

#1 Dapatkan seberapa banyak maklumat tentang penyanyi tersebut.

Jika kita ingin menyanyikan lagu penyanyi lain, salah satu cara untuk menjiwai lagu adalah dengan mengenali diri si penyanyi lagu yang kita hendak nyanyi. Dengan mengetahui serba sedikit kisahnya, kita sedikit sebanyak akan menghargai hasil karya dan penat Lelah penyanyi itu dalam dunia seni.

 

Sebagai contoh :

Anda ingin menyanyikan salah satu lagu dari penyanyi kumpulan The Carpenters. Anda buat sedikit kajian tentang latar belakang kumpulan ini. Siapa penyanyinya, apa kisah disebalik penyanyi ini, dan sebagainya.

Karen, yang merupakan penyanyi kumpulan ini menghidapi “Anorexia” dan beliau sendiri tidak disukai oleh ibunya. Ibunya lebih cenderung saying kepada abang kepada Karen yang juga merupakan pencipta lagu-lagu The Carpenters. Karen yang kekurangan kasih sayang dari keluarganya sendiri, menyanyi adalah satu-satunya perkara yang dapat mengembirakan hatinya. Mati dalam usia yang muda akibat tekanan hidup yang dihadapi.

Melihat kepada kisah Karen ini, gunakan ia sebagai alat untuk anda faham dan menjiwai lagu yang anda ingin bawa.

 

#2 Baca dan faham lirik sebelum menyanyi

Sebelum anda menyanyi, pastikan anda baca lirik dengan penuh perasaan. Fahamkan kisah lagu yang ingin dibawa. Cara ini sangat berkesan ketika sebelum sesi rakaman.

Dalam sesetengah situasi, lagu yang kita akan nyanyikan bukan lah lagu yang kita cipta. Pencipta lagu itu lebih faham cerita lagu tersebut. Kita hanya menyanyikan sahaja. Baca lirik sebelum menyanyi akan lebih membantu anda untuk menghayati lagu tersebut.




 

#3 Letakkan emosi dalam lagu

Cara ini agak diketahui umum oleh mana-mana penyanyi. Dengan meletakkan emosi dalam lagu, sedikit sebanyak membantu anda menjiwai lagu.

Sebagai contoh:

Lagu yang anda ingin nyanyikan adalah lagu sedih. Apa yang boleh anda lakukan adalah, cuba unutk ingat peristiwa sedih yang pernah terjadi dalam hidup anda. Cuba visualkan peristiwa itu. Kemudian kaitkan dengan lagu yang anda ingin nyanyiakan.

 

#4 Belajar sedikit asas Teknik nyanyian

Teknik sebenarnya sangat membantu dalam persembahan nyanyian anda. Belajar sedikit Teknik-teknik asas supaya anda boleh aplikasikan dalam nyanyian anda. Melalui belajar Teknik juga, anda akan belajar disiplin dalam nyanyian.

 

Selamat mencuba!

ANDA NAK TINGKATKAN KEMAHIRAN MENYANYI ANDA? TEKAN SINI!

Anda suka dengan artikel kami? Klik SINI untuk daftar PERCUMA! – Anda akan dapat notifikasi di email setiap kali kami terbitkan artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *