Zaman sekarang adalah zaman teknologi. Apa-apa sahaja maklumat yang kita ingin nak tahu, kita layari sahaja di Google, boleh jumpa maklumat-maklumat yang kita inginkan. Taip sahaja di papan kekunci computer dan telefon pintar anda, pasti jumpa.
Dalam konteks yang ingin kita bincangkan di artikel ini, sebagai bakat-bakat baru yang belajar di YouTube, adakah berkesan ilmu yang kita ambil di Youtube itu?
Ada sebahagian masyarakat seakan “menyindir” apabila kita menggunakan medium seperti YouTube ataupun Google. Seolah-olah Google dan YouTube ini secara umumnya sumber yang tidak begitu bagus untuk dijadikan rujukan.
Sebenarnya, ianya memerlukan kebijaksanaan kita untuk menapis ilmu-ilmu yang kita ambil. Kalau kita belajar dengan guru atau di buku sekalipun, kita tetap perlu tapis setiap apa yang guru kita katakan. Guru adalah manusia. Selagi mana ianya manusia, tetap terdedah dari melakukan kesilapan ketika mengajar. Cumanya, apabila seorang guru itu mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk bercakap mengenai sesuatu ilmu itu, kebarangkalian guru itu melakukan kesilapan adalah sangat rendah.
Kata kuncinya adalah KREDIBILITI.
Samalah juga belajar dengan apa-apa medium sekali pun. KREDIBILITI orang yang mengajar itu lebih utama. Jika belajar di YouTube, lihat pada kredibiliti orang yang mengajar dalam YouTube itu. Jika belajar melalui artikel di Google, lihat juga kredibiliti orang yang menulis artikel itu.
Dalam artikel ini, kami ingin kongsikan pada anda apa kelebihan dan kekurangan belajar di YouTube atau Google ini.
Kekurangan :
#1 Mempunyai keterbatasan
Makusdnya adalah, tidak semua apa yang kita cari di YouTube itu kita akan jumpa. Secara umumnya, di YouTube mahupun di Google, apa-apa maklumat dan info yang dikongsikan itu dikupas secara dasar dan umum sahaja. Sebab ia percuma.
#2 Tak boleh bertanya secara terus jika ada soalan/masalah
Berbanding dengan belajar dengan guru secara berdepan, apa-apa masalah atau soalan yang ingin ditanya kita boleh terus tanya pada waktu itu dan boleh dapat jawapan pada waktu itu juga. Berbanding di YouTube atau Google, jawapan yang kita dapat mungkin mengambil masa berhari-hari.
#3 Kita tahu bagaimana cara, tetapi tak faham kenapa
Maklumat yang kita perolehi, secara umumnya akan menceritakan bagaimana cara/step. Mereka tak terangkan kenapa sesuatu cara/step itu dilakukan.
Kelebihan :
#1 Keputusan yang cepat
Apabila kita mencari maklumat atau info yang umum, kita mudah untuk perolehi.
#2 Boleh belajar tidak kira di mana anda berada
Didalam telefon pintar semuanya ada aplikasi YouTube. Kita boleh tonton video di mana-mana sahaja. Selagi ada data internet dan liputan (Dibaca: coverage).
#3 Jimat masa dan kos
Sudah tentunya ia menjimatkan masa dan juga kos anda. Anda tidak perlu berjalan jauh. Hanya menggunakan telefon pintar anda sahaja.
#4 Boleh ulang siar
Jika anda tidak faham maklumat yang dikongsikan di YouTube, anda boleh berhenti atau ulang siar berulang kali. Ini memudahkan proses pembelajaran anda. Semasa menonton, anda boleh berhentikan video sebentar untuk anda salin pada nota.
#5 Lebih interaktif
Tonton video sudah tentu ianya lebih interaktif dan tidak bosan.
#6 Percuma
Anda tidak perlu mengeluarkan apa-apa kos untuk tonton video di Youtube. Tetapi, seperti yang kami katakana tadi, disebabkan ianya percuma, sudah pasti ada keterbatasannya. Hanya maklumat yang umum sahaja dikongiskan di YouTube.
ANDA MINAT NAK BELAJAR APA? BUAT PILIHAN DENGAN KLIK DIBAWAH: