10 Kesilapan Penyanyi Baru Yang Ingin Serius Dalam Dunia Nyanyian

Ramai yang amat meminati seni nyanyian ini. Jika kita lihat, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lambakan bakat-bakat baru yang berimpian untuk menjadi penyanyi.

 

Ada dalam kalangan mereka ini juga yang begitu bersungguh-sungguh untuk mengecapi apa yang mereka idamkan.

 

Diantara mereka juga, ada yang sudah pun bergelar penyanyi. Memiliki rakaman single, lagu diputarkan di radio dan mendapat undangan persembahan di serata majlis dan tempat.

 

Dalam suasana sekarang ini, sebahagian bakat-bakat baru ini melihat, untuk menjadi penyanyi yang terkenal ini mudah. Hari ini muatnaik lagu, esok sudah viral. Lusa lagu sudah pun diputarkan di radio. Dalam tempoh yang singkat, jumlah tontontan di YouTube mencecah jutaan tontonan.

 

 

Bakat-bakat baru ini terkesan dengan keadaan ini dan menganggap untuk menjadi artis ini mudah. Akibatnya adalah, mereka terlupa dan juga sering melakukan kesilapan yang akan saya terangkan sebentar lagi.

 

Mereka sebenarnya juga tidak tahu bahawa, untuk menaikkan sesebuah lagu atau artis itu bukan kerja yang mudah. Memerlukan kos yang tinggi terutama kos pemasaran yang sangat mahal bayarannya.

 

Syarikat-syarikat rakaman melaburkan puluhan ribu ringgit untuk promosi dan pemasaran. Belum lagi termasuk kos-kos yang lain.

 

Jadi, bagaimana dengan bakat-bakat baru yang baru nak menapak ini? Adakah tiada langsung cara untuk menaikkan nama dan lagu mereka?

 

Sudah tentu ada. Caranya adalah jangan lakukan 10 perkara yang saya kongsikan ini.

Artikel ini saya ingin tekankan 10 kesilapan penyanyi-penyanyi baru sering lakukan.

 

#1 Jarang memuat naik video cover

 

Video cover ini sangat penting. Memuat naik video cover dengan konsisten dan berkala akan membantu Branding anda. Anda kena ingat. Sebagai penyanyi, Diri anda adalah jenama anda. Untuk membuatkan orang lain ingat siapa anda, anda perlu kerap melakukan video cover.

 

Ianya bukan sahaja mengingatkan orang lain tentang siapa diri anda, tetapi juga salah satu cara merekrut follower sejati anda. Klik pada SINI untuk bacaan lanjut tentang cara kumpul follower.

 

#2 Spam komen video Youtuber lain

 

Jangan spam pada komen video-video cover penyanyi lain. Sudah tentu pemilik video akan tahu yang anda sedang spam. Cepat-cepat mereka akan delete komen anda.

 

Apabila anda lakukan spam, ianya akan menampakkan anda terdesak untuk mendapatkan view. Dan biasanya, apabila kita dapat mesej atau komen berunsur spam ini, apa biasa kita buat? Kita delete. Kita tak tengok pun link pada komen spam itu.

 

Sebenarnya, ada cara komen yang betul. Ini caranya contoh:

 

“.. Saya suka cara anda menyanyi kan lagu XXXXXXX (TUNJUK MINAT).. nyanyian yang sangat baik.. (PUJI).. Saya juga ada membuat cover lagu ini. Jika berkesempatan, boleh tengok di channel youtube saya. (MENJEMPUT/MENGAJAK). Boleh berikan sedikit komentar nyanyian saya? Boleh saya tambah baik nyanyian saya..(MINTA PENDAPAT)“.

 

Jika anda lihat, contoh komen yang saya berikan tadi ada unsur Tunjuk Minat, Pujian, Menjemput/Mengajak dan juga Minta Pendapat.

 

Anda boleh cuba tip ini. Kemudian kongsikan pada saya, menjadi atau tak tips ini. Boleh? 😉

 




 

 

 

#3 Terlalu cepat untuk menjual lagu kepada “Strangers”

Ya betul. Matlamat kita adalah untuk orang mendengar dan membeli lagu kita. Tetapi kita kena tahu 1 perkara. Pendengar dan pembeli mesti pada tahap suka dengan kita. Baru mereka ingin mendengar dan membeli lagu kita.

 

Jika pendengar suka kita pun belum, macam mana mereka nak suka dengar lagu kita?

 

Sebab itu, salah satu tujuan video cover juga adalah untuk tarik dan kumpul pendengar ke channel anda. Dalam kesemua yang tonton video anda, 20% akan betul-betul suka dengan anda. (Sekiranya tahap nyanyian anda ditahap yang baik).

 

Dengan golongan 20% inilah anda menjual lagu anda. Proses menjual kepada golongan ini lebih mudah. Peratusan untuk menjadi pembeli anda sangat tinggi. Kemduain, fokus untuk tingkatkan jumlah 20% ini untuk tingkatkan lagi hasil pendapatan dari lagu anda.

 

#4 Keterampilan tidak menarik

Apabila anda telah pun membuat keputusan untuk menceburi bidang nyanyian, penampilan anda harus dijaga. Anda mesti kelihatan menarik. Rata-rata bakat-bakat baru yang bercita-cita ingin menjadi penyanyi, tidak mengambil berat soal keterampilan.

 

Suara anda sudah hebat, lagu anda pun hebat, keterampilan anda juga perlu hebat. Pakaian yang anda pakai melambangkan keseriusan anda dalam bidang nyanyian ini.

 

#5 Tidak sabar

Perjuangan untuk menaikkan karya-karya anda adalah perjuangan yang perit, penat, penuh pancaroba dan meletihkan.

 

Sekiranya anda mengharapkan lagu anda terus meletup, lupakan sahaja hasrat anda untuk jadi penyanyi. Ini permainan jangka masa panjang. Cepat anda naik, cepat juga anda bungkus. Dalam dunia nyanyian ini, kita nak bertahan lama.

 

Biar lagu kita tak ramai yang dengar. Sedikit demi sedikit kita naikkan jumlah pendengar lagu kita. Tak mengapa. Biar lambat, asal berhasil.

 

#6 Tidak konsisten

Konsisten adalah kunci kejayaan bagi seseorang penyanyi itu. Dalam mana-mana bidang yang anda cari, konsisten adalah salah satu syarat untuk anda jadi seorang yang berjaya.

 

Konsisten memerlukan ketekunan dan keazaman yang tinggi. Bina roadmap anda sendiri. Anda tetapkan KPI anda sendiri. Anda cuba lakarkan, 1 tahun dari sekarang, apa yang anda akan capai. Kemudian fokus kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mencapai sasaran anda itu.

 

#7 Tidak bersosial

Besarkan rakan jaringan anda. Luangkan 1 minggu sekali untuk berkenalan dengan bakat-bakat baru yang lain. Bina jaringan baru anda melalui platform yang sedia ada.

 

Bersosial dalam internet sahaja tidak cukup. Anda perlu turun padang untuk berjumpa dengan orang.

 

Saya sarankan untuk anda buat persembahan di Studio Lokasi. Klik SINI untuk maklumat lanjut.

 

Di Studio Lokasi, anda akan berjumpa dengan ramai bakat-bakat baru. Disitu juga anda akan belajar secara praktikal, bagaimana untuk membuat persembahan di depan orang ramai dalam skala yang kecil.

 

#8 Matlamat yang tidak jelas

Anda sendiri tiada matlamat. Anda tiada sasaran. Sebenarnya, apa yang anda nak? Anda nak jadi penyanyi atau nak popular?

 

Sebahagian bakat-bakat baru ini, masih belum jelas lagi matlamat mereka. Jika anda nak jadi penyanyi, sepatutnya anda fokus kepada membuat persembahan atau mencari mana-mana platform untuk anda persembahkan karya anda.

 

#10 Suka salahkan industri

Menyalahkan mana-mana pihak tidak akan menjadi kan lagu anda laku pada telinga pendengar. Ianya hanya dapat memuaskan hati anda yang sementara sahaja. Fokus sahaja untuk tambah pengikut dan pendengar. Fokus sahaja trek anda sendiri.

 

Tambah ilmu-ilmu baru ataupun bina tim supaya anda tidak cepat putus asa. Bergerak secara sendiri, anda akan cepat penat. Berbanding bergerak secara tim.

 

KLIK SINI SEKIRANYA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN UNTUK MERAKAMKAN LAGU ANDA.

 

Anda suka dengan artikel ini? Langgan kami secara PERCUMA. Klik SINI!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *