Oleh : Syahir Miswan
Elak dari lakukan perkara yang boleh membantutkan impian dan bakat anda.
Tak kisah pun jika anda baru-baru sahaja minat dalam dunia nyanyian atau muzik.
Tak kisah pun jika tahap nyanyian anda sangat asas.
Tak kisah pun jika tahap pengetahuan anda tentang muzik dan nyanyian masih sangat baru.
Walaupun di tahap mana pun anda, ianya tak penting pun.
Ya! Tak penting.
Setiap Kejayaan pastinya melalui proses.
TAK TAHU jadi TAHU
TAK PANDAI jadi PANDAI
TAK FAHAM jadi FAHAM
TAK MAHIR jadi MAHIR
Begitulah resamnya..
Yang pentingnya adalah – sentiasa ingin BELAJAR.. BELAJAR.. dan BELAJAR 😉
Jika anda semat dalam hati dan jiwa anda ingin sentiasa tambah baik diri anda dan sentiasa ingin belajar benda-benda baru..
TAHU jadi LEBIH TAHU
PANDAI jaid LEBIH PANDAI
FAHAM jadi LEBIH FAHAM
MAHIR jadi LEBIH MAHIR
Tiada istilah rugi jika anda sentiasa ingin belajar 😉
Yang pasti rugi adalah berilmu tapi tidak amalkan. Serupa macam tak belajar.
Saya teringat zaman saya belajar dahulu. Saya merupakan pelajar lulusan Perakaunan dan Pegurusan Kewangan. Secara umum, apa yang saya belajar adalah tentang perakaunan dan asas perniagaan.
Masa zaman belajar, saya bukanlah pelajar yang bagus. Belajar hanya sekadar untuk lulus. Belajar hanya untuk sijil.
Jadi apa yang saya dapat?
Saya dapat sijil. Ada tersimpan dalam almari rumah. Tak jadi apa.
Jika saya betulkan niat saya masa saya belajar dulu, adalah untuk ILMU. Apa yang saya bakal dapat dipengakhiran?
Saya dapat ILMU.
Ilmu ini sangat mahal nilainya..
Selepas saya tamat belajar di UiTM, saya memulakan perniagaan pertama saya iaitu perniagaan studio rakaman, Longan Garage Studio dalam keadaan saya tak tahu apa-apa. Saya lupa apa yang saya belajar di UiTM dahulu.
Sehinggalah terdetik dalam hati saya untuk pergi menuntut ilmu dan hadir ke kelas-kelas di luar yang mana kos pengajiannya lebih mahal.
Saya belajar balik asas-asas perniagaan, cara urus kewangan, kelas rakaman, macam-macam lagi lah.. bila dikira-kira balik, lebih mahal dari saya belajar di UiTM dahulu.
Waktu tu barulah kita sedar. Kita lebih hargai ilmu apabila kita guna duit sendiri untuk belajar.
Dalam keadaan kita tedesak, baru kita sedar kita perlu ilmu untuk kita terus hidup. Kini baru saya rasa ilmu tu sangat penting.
Dan hari saya rasa ketagih untuk belajar ilmu-ilmu baru. Setiap hari saya akan rasa keterujaan untuk belajar benda-benda baru.
Begitulah kehidupan kita semua. Sentiasa belajar, dan belajar.
Tak kisah lah ilmu apa-apa pun. Selagi ia bermanfaat untuk anda. Jangan rasa lokek untuk labur duit anda 😉
p/s: Anda belajar sesuatu di artikel ini? balas artikel ini dan kongsikan pengalaman anda.
KLIK SINI JIKA ANDA DAHAGAKAN ILMU BARU! – CARA JANA PENDAPATAN SAMPINGAN MELALUI BAKAT YANG ANDA MILIKI
Anda suka dengan artikel ini? Langgan kami dan dapatkan artikel baru setiap minggu! – Daftar PERCUMA