Tambah Follower Berkualiti – Bagaimana Caranya?

Sifat manusia, dia akan ikut kepada perkara yang dia suka lihat, tonton atau dengar. Contohnya:

 

Jika sesorang itu minat lagu rock, dia akan cari kawan yang minat rock ataupun dia akan jadi peminat kepada penyanyi rock. Lumrahnya begitu.

 

Ini konsep yang perlu kita fahami. Begitu juga dengan follower. Mereka ikuti kita bersebab.

 

Ada kalangan follower mengikuti kita mungkin atas sebab :

  1. Suara sedap dan lunak.
  2. Rupa paras kita cantik dan hensem!
  3. Mereka suka nak tahu hal peribadi kita.

 

Sebagai bakat-bakat baru dan penyanyi baru, kita perlu tahu kenapa mereka ikut kita. Apa yang istimewanya kita sehingga menjadikan kita ini diikuti?

 

Apabila kita sudah tahu apa sebabnya, kemudian barulah kita boleh tambah follower kita.

 

Ada beberapa cara dan pantang larang yang kita perlu tahu untuk tambah follower kita yang berkualiti.

 

Follower yang berkualiti sangat penting. Walaupun bilangannya kecil, tetapi ia mampu memberi impak yang sangat besar.

 

Saya berikan analogi mudah untuk anda faham.

 

Situasi 1:

Anda mempunyai bilangan follower yang sangat ramai, tetapi tidak berkualiti. Mereka ikut anda atas dasar rupa sahaja. (Bukan atas sebab suara anda)

 

Situasi 2:

Anda mempunyai bilangan follower yang tidak berapa ramai, tetapi berkualiti. Mereka kenali anda dan mengikuti anda atas dasar minat dengan hasil seni anda. (suara sedap, lagu sedap!)

 

Jika anda mempunyai produk (Lagu Single atau Album), di situasi yang manakah yang akan melariskan produk anda?

 

Sudah tentu Situasi 2 memberikan anda keuntungan jangka masa panjang.

 

Matlamat kita adalah :

Kumpul follower berkualiti ===> Kemudian tingkatkan bilangannya.

 

Bagaimana caranya?

 

Caranya adalah melalui Personal Branding.

 

Personal Branding yang baik di media sosial akan memberikan nama baik dan kepercayaan kepada diri kita.

 

Nama kita mesti boleh dipercayai dikalangan rakan-rakan dan juga follower. Kepercayaan pula, mestilah bersifat SPESIFIK.

 

Tiada istilah percaya bulat-bulat atau bersifat umum. Maksudnya, tidak mungkin kita boleh mempercayai segala-galanya kata-kata seseorang itu.

 

Sebagai contoh :

 

Doktor gigi menceritakan kepada anda cara merawat pesakit mental.

Adakah kita percaya dengan doktor gigi tersebut? Tidak. Ini yang dimaksudkan kepercayaan yang spesifik.

 

 

Bagi membina Personal Branding yang baik, ada beberapa perkara yang perlu kita buat.

 

 

#1 Positioning

Apabila kita menjalankan kerja-kerja positioning, kita pilih 1 sahaja.

 

Contoh :

Dalam dunia bola sepak, ada ramai pemain. Setiap pemain mempunyai position mereka tersendiri. Iaitu Penjaga Gol, pertahanan, pemain tengah, dan penyerang.

 

Kita perlu pilih 1 sahaja. Tidak mungkin kita sebagai penjaga gol dalam masa yang sama menjadi pemain penyerang.

 

Dalam dunia seni ini, kita mahu position diri kita sebagai apa? Pencipta lagu? Penulis lirik? Pemain gitar? Pilih 1 sahaja, kemudian tulis posting yang berkaitan dengan position yang kita pilih.

 

#2 Menjaga nama baik

Kita perlu jaga nama baik kita. Nama kita adalah jenama kita. Jenama kita adalah sumber pendapatan. Baik nama kita, pengikut yang bagus dan berkualiti akan ikut kita.

 

Elakkan membuat posting yang boleh menjejaskan nama baik kita.

 

Sebagai contoh:

– Mengumpat di media sosial.
– Luah perasan
– Kutuk seseorang di media sosial.

 

#3 Share berkaitan dengan kita

Semua orang suka share di media sosial. Cuma, apa yang menjadikan kita berbeza dengan orang lain? Perkara yang kita share.

 

Jika kita seorang penyanyi, elakkan share perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan muzik.

 

Sebagai contoh:

– Share berkaitan dengan politik.
– Share tip memasak.
– Share video-video bukan berkaitan dengan muzik.

 

 

#4 Guna laras bahasa yang betul

Elakkan guna perkataan budak-budak Wechat. GUna perkataan penuh. Sebagai contoh anda nak kongsikan video cover terbaru anda di Media sosial. Elakkan dengan menulis cara begini:

 

“.. Akum semua, ni lgu cover terbaru aku..jom krg share banyak2.. tenks guys..!”

 

Tulis dengan perkataan penuh dan ayat yang betul. Contohnya begini:

 

“…Anda salah seorang peminat muzik genre jazz? Ini salah satu video cover terbaru dari saya. Video ini tampil berbeza dengan video cover yang lain kerana saya membawakan lagu ini berentak jazz. Berbeza dengan rentak yang asal. Boleh tonton video ini dengan klik link dibawah..”

 

 

Sumber : Ainon Mohd

 

ANDA MINAT UNTUK MERAKAMKAN LAGU ANDA? KLIK SINI!

 

Anda suka dengan artikel ini? Jika anda belum melanggan, klik DISINI untuk melanggan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *