Cara Untuk Dapatkan “1000 Subscribers” dan “4000 Watch Time”.

“Macam mana nak dapatkan 1000 Subscribers? Saya nak dapatkan 100 Subsribers pun susah!”

 

Soalan ini bermain di fikiran anda bukan?

 

 

Soalan ini juga bermain difikiran saya 1 tahun yang lalu. Macam-macam cara juga saya dan pasukan bereksperimen untuk dapatkannya.

 

 

Dan hari ini kami dah jumpa caranya. Kami kongsikan pada anda, untuk anda pula cuba teknik yang saya akan kongsikan ini.

 

 

Menjana pendapatan sampingan melalui video-video di YouTube adalah keinginan bagi semua YouTubers.

 

 

YouTube telah menetapkan syarat yang agak ketat untuk melayakkan pemilik akaun mendapat jana pendapatan di YouTube.

 

 

Untuk dapatkan 1000 Subsribers dan 4000 Watch Time ianya bukanlah sesuatu yang mustahil. Ada cara untuk dapatkannya.

Baca juga:

5 Sebab Kenapa Anda Kena Buat Video Cover Lagu Di YouTube

Bagaimana Cara Buat Duit Dengan YouTube

8 Cara Untuk Dapatkan 1000 Subcsribers dan 4000 Watch Time.

 

#1 Buat konten yang Trending & Viral

Sekarang lagu apa yang viral? Lagu apa yang trending sekarang? Sebagai contoh – Lagu Sesungguhnya oleh Raihan dan Aliff Satar yang mana tengah trending sekarang. Jadi, anda perlu buat video cover lagu ini. Kita tumpang trending lagu tersebut untuk naikkan tontonan (dibaca: View) dan Subscribers.

 

#2 Fokus kepada 1 topik sahaja

Anda tetapkan 1 topik sahaja buat masa permulaan ini. Contoh – Anda memilih untuk memilih topik menyanyi.

 

Dalam video tersebut, anda pilih 1 lagu kemudian anda kongsikan teknik/cara anda menyanyikan lagu tersebut. Kongsikan kepada penonton. Kemudian, ulang pada video-video anda yang seterusnya.

 

Topik adalah bebas. Pastikan topik itu adalah topik yang tidak terlalu berat dan anda mahir pada topik itu.

 




 

 

#3 Gunakan Thumbnail yang menarik

Thumbnail yang menarik akan membuatkan penonton untuk tekan pada video anda. Thumbnail juga adalah salah satu cara untuk membezakan video anda dengan video-video YouTubers yang lain.

 

Pastikan Thumbnail anda mempunyai tema tersendiri.

 

#4 Tajuk yang menarik dan Keyword yang berkesan

Tajuk memainkan peranan yang penting untuk pastikan Keyword ditajuk itu membantu Google untuk mencari video anda.

 

Sekiranya anda menggunakan Keyword yang jarang digunakan, kebarangkalian untuk Google jumpa video anda pun sukar.

 

#5 Video & Audio yang jelas & seimbang

Video yang dirakam menggunakan kamera yang mahal bukanlah syarat untuk dapatkan tontonan yang lebih tinggi. Cukup sekadar video itu jelas, tidak kabur, tidak gelap, terang supaya jelas subjek didalam video, ianya sudah memadai.

 

Audio pula pastikan tidak terlalu perlahan atau terlalu kuat sehingga bunyi pecah. Pastikan bunyinya juga jelas apa yang dituturkan dan dinyanyikan.

 

#6 Kolaborasi dengan Youtubers Lain

Sekarang adalah zaman kolaborasi. Kolaborasi lah dengan YouTubers lain. Ianya juga salah satu cara untuk menaikkan jumlah tontonan video anda.

 

#7 Muatnaik secara berkala dan konsisten

Pastikan anda tetapkan bagi setiap 1 minggu, berapa banyak video yang anda mahu muatnaik. Jumlah yang ideal untuk seminggu, adalah 2-3 video. Pastikan konsisten ya!

 

#8 Buat konten yang berdurasi panjang

Video yang berdurasi lebih dari 10 minit akan meningkatkan jumlah Watch Time anda dalam tempoh yang cepat.

 

Soalnya, jika video panjang ada orang nak tonton sampai habis ke video tu?

 

Penonton berkemungkinan tidak akan tonton anda sampai habis.

 

Kiraannya begini.

 

Sekiranya secara purata video yang anda muat naik adalah sekitar 5 minit, penonton akan luangkan masa tonton video kita secara purata sekitar 2 minit 30 saat. Anggarkan 50%.

 

Tetapi, jika video 10 minit, penonton akan luangkan masa sebanyak 5 minit secara purata. (50%)

 

YouTube telah ubah policy mereka yang mana mereka tidak lagi mementingkan jumlah view, tetapi jumlah minit penonton luangkan masa di video anda.

 

Cabaran disini adalah, bukan pada panjang atau pendek video anda. Ianya adalah, bagus atau tidak konten anda itu. Sekiranya konten anda bagus, tentunya penonton akan luangkan masa yang lama pada video anda.

 

Anda dah tahu cara untuk dapatkan 1000 Subscribers dan 4000 Watch Time? Ini masanya.

 

Saya sertakan sekali link video untuk anda lebih mudah faham bagaimana caranya. Klik SINI.

 

Selamat mencuba!

 

KETAHUI CARA BAGAIMANA MEMAKSIMA PENDAPATAN ANDA MELALUI BAKAT NYANYIAN ANDA – TEKAN SINI!

 

Anda suka dengan artikel kami? Klik SINI untuk melanggan. Anda akan dapat secara terus artikel ke Email anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *