5 Sebab Kenapa Anda Kena Buat Video Cover Lagu Di YouTube

Sekarang adalah zaman bakat-bakat baru yang minat menyanyi memuatnaik video cover mereka di ruangan media sosial sama ada di Facebook, Instagram atau YouTube.

 

Jikalau 10 tahun dahulu, mereka yang meminati seni muzik dan nyanyian akan berkumpul di padang, depan rumah, atau mana-mana tempat awam untuk bermain muzik.

 

Saya teringat dahulu sewaktu saya membesar dan baru hendak berjinak dalam bidang muzik, waktu itu saya baru hendak mula belajar bermain gitar. Saya dan kedua-dua abang saya belajar di rumah kawan abang saya, kami kenali beliau dengan panggilan Abang Ai. Beliau dengan kami sudah macam adik beradik. Sangat rapat. Beliau lah yang menjebakkan kami ke dalam dunia muzik. (Haha!).

 

Pada masa itu, itulah waktu dan tempat yang paling baik dan sesuai untuk kami berkomuniti, berkumpul ramai-ramai, belajar bermain gitar dan bercerita tentang muzik. Kami belajar muzik tanpa mengikuti mana-mana kelas muzik secara formal. Hanya di depan rumah.

 

Zaman dah berlalu. Teknologi makin canggih. Kita sekarang berhubung melangkaui sempadan. Dengan adanya platform media sosial sekarang, kita boleh berkongsi minat kita dengan rakan-rakan di alam maya.

 

Artikel kali ini adalah, saya nak kongsikan pada anda semua kenapa anda perlu buat video cover. Perkongsian ini adalah bedasarkan pengalaman saya sendiri dan team membina jenama dan jaringan, malah mencipta pendapatan melalui video cover di YouTube.

 

Sebab #1 – Dapat berjumpa dengan rakan baru

Nampak macam cliche sahaja sebab yang pertama ini. Tetapi ianya sangat membantu anda! Percayalah. Dengan memuatnaik video cover di YouTube, saya dapat berjumpa dengan ramai penyanyi-penyanyi cover yang berbakat.

 

Ini merupakan salah satu cara untuk kita membina jaringan. Kita dapat berkongsi idea, pendapat, dan juga belajar sesuatu melalui perkongsian di maya.

 

Sebab #2 – Membina keyakinan diri

Secara tak langsung ia dapat membina keyakinan diri anda. Anda akan belajar bagaimana untuk bercakap dan berinteraksi di depan kamera. Sememangnya menyanyi di depan kamera dan di depan penonton berbeza.

 

Tetapi ianya sedikit sebanyak dapat melatih anda supaya anda tidak terkejut apabila membuat persembahan di depan penonton secara langsung.

 




 

Sebab #3 – Orang akan mula kenali siapa anda

Cuba anda bandingkan dua situasi ini. Menyanyi di depan dua atau tiga orang rakan atau menyanyi di YouTube. Mana lebih ramai penonton? Semestinya menyanyi di YouTube. Peluang untuk anda dikenali lebih tinggi.

 

Anda tidak perlu peralatan yang canggih. Guna sahaja telefon pintar anda. Rakam sahaja. Kemudian muat naik di YouTube.

 

Sebab #4 – Cara untuk mencipta follower (pengikut)

Pada peringkat awal saya dan team membuat video cover di YouTube, memang tidak ramai yang menonton pun. Views hanya ratus-ratus sahaja. Tetapi kami konsisten membuat video. Lama-lama penonton akan mula suka dengan video kita.

 

Dari situ kami mula mencipta pengikut. Jangan kuatir dengan bilangan orang yang menonton video anda. Jika anda konsisten dan tingkatkan kualiti nyanyian anda, tentu bilangan itu akan meningkat dari semasa ke semasa.

 

Sebab #5 – Peluang menjana pendapatan

Siapa sangka, dengan hanya memuatnaik video cover di YouTube, ada orang yang sanggup panggil kita untuk membuat persembahan. Bukan panggil sahaja, ianya besertakan sekali dengan bayaran.

 

Percayalah dengan usaha dan rezeki. Jika anda konsisten dan bersungguh-sungguh, pasti akan menemui hasilnya.

 

Kadang-kadang kita tak sangka, video yang nampak biasa itulah yang dapat tackle pelanggan di luar sana.

 

Saya kongsikan pada anda, salah satu video kami yang sangat biasa, tetapi dapat pulangan pendapatan yang baik sekali.

Siapa sangka, dalam banyak-banyak video yang kami muat naik, video di atas ini yang banyak dapat panggilan untuk buat persembahan.

 

Jadi anda mahu tunggu lagi? Jangan! Anda perlu mulakan dari sekarang. Jangan tunggu-tunggu lagi!

 

ANDA ADA BAKAT MENYANYI DAN NAK JANA PENDAPATAN SAMPINGAN DENGAN BAKAT ANDA? KLIK SINI!

 

Anda suka dengan artikel kami? Langgan Kami dengan KLIK SINI!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *