5 Cara Manfaatkan Akaun Facebook Peribadi Anda Dengan Cara Yang Betul

Rata-rata bakat-bakat baru (Penyanyi/Pemuzik/Komposer/Penulis lirik/lain-lain) mempunyai akaun facebook.

 

Bermain Facebook ada pantang larang dan adab yang kita perlu tahu. Kita tidak boleh semberono menulis, atau kongsi (share) di akaun facebook.

 

Ada kalangan mereka ini yang saya gelar mereka sebagai Silent Reader. Mereka mungkin jarang komen status facebook kita. Tetapi mereka baca apa yang kita tulis.

 

Sangat berisiko jika kita selalu menulis status yang tidak baik, luah perasaan, maki hamun dan sebagainya.

 

Jika kita mahir memanfaatkan akaun facebook kita, kita sebenarnya dapat membina jaringan dan mencipta pengikut (follower) di akaun facebook.

 

Di dalam artikel ringkas ini, saya akan kongsikan tip dan cara kita nak manfaatkan akaun facebook kita dengan cara yang betul.

 

#1 LIKE apabila kita sudah baca posting

Jika kita suka tulisan atau posting seseorang itu, kita tekan butang LIKE. Jadilah pengguna facebook yang pemurah LIKE. Mereka akan rasai dihargai jika kita memberikan LIKE pada posting mereka. Nanti mereka akan LIKE balik posting kita.

 

Tetapi dengan syarat, akaun facebook kita mesti mempunyai konten yang kualiti. Status kita mestilah status yang berkualiti. Barulah orang lain suka nak LIKE status kita nanti.

 

#2 Berikan EMOJI

EMOJI sangat memberikan kesan yang baik pada posting seseorang itu. Mereka akan rasa suka. Pelbagai bentuk dan rupa EMOJI yang ada.

 

Gunakan EMOJI yang sesuai dengan posting. Jika anda tak tahu nak memberikan apa-apa komen, berikan sahaja mereka EMOJI.

 

#3 Berikan komen yang baik-baik

Ini sangat mudah nak dilakukan. Cakap sahaja yang baik-baik. Sebagai contoh, kawan kita memuatnaik status beliau memberitahu tidak sihat, kita berikan komen yang baik-baik, dan doa kan rakan anda itu.

 

Elakkan memberikan komen yang berunsur negatif, provokasi, maki, sindiran dan sebagainya. Ianya akan merugikan anda sahaja. Orang lain akan nampak perangai anda yang sebenar. Elakkan!

 

#4 Komen “Setuju” jika anda setuju dengan status rakan anda

Adakala rakan anda memberikan sesuatu pendapat tentang sesuatu perkara. Jika anda suka dan bersetuju dengan pendapat dia, berikan EMOJI atau komen Setuju.

 

Jika ada pendapat rakan anda yang anda tidak suka dan tidak bersetuju, diam sahaja. Jangan berikan apa-apa komen.

 

Kita menang hujah, tapi kita hilang kawan/jaringan. Rugi!

 

 

#5 Jangan berikan ayat nasihat atau komen di ruangan status orang lain

Jangan buat. Umpama kita bertandang kerumah orang kemudian kita kata sofa dia tak cantik. Elakkan. Rujuk pada cara #4. Jika tak setuju diam sahaja, jangan berikan komen apa-apa.

 

Jika kita tak bersetuju dengan pendapat rakan kita tu disebabkan kita ada pendapat yang lain, kita tulis di status facebook kita sahaja.

 

Sumber: Puan Ainon

 

ANDA SUKA DENGAN ARTIKEL INI? LANGGAN KAMI DENGAN MENDAFTAR DISINI – PERCUMA!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *